3 Dis 2014

Mashitah Memutar Lidah Apabila Kena Hentam Isu Artis Berhijrah


Tiada niat menghina artis berhijrah, kata Mashitah Ibrahim

Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan hari ini, beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ di kalangan artis yang berhijrah.

Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.

“Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain,” katanya menurut Sinar Harian Online hari ini.

“Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat,” beliau dipetik sebagai berkata dalam portal berita itu.

Mashitah berkata, atas konteks tersebut, beliau menyentuh kewujudan mereka yang tidak mahir dalam bidang agama, termasuk segelintir artis yang baru menyertai PAS dan bercakap hal agama dan hukum hakam, sehingga menambah kekeliruan orang ramai.

Semasa berucap pada persidangan parti itu atas kapasiti perwakilan Wanita Umno Kedah, beliau berkata: "Artis pakai tudung, dipanggil ustazah dan mengendalikan program agama. Kemunculan ramai ustaz ekspres, ustazah jadian yang asalnya pelakon, penyanyi, 'rockers', kemudian masuk PAS, celaru keadaan!”

"Mereka mungkin mempunyai pandangan menyimpang, mungkin menyesatkan. Ada kesedaran dan semangat Islam tetapi tak boleh cakap pasal hukum kerana mereka tak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz."

Beliau yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial.

Katanya, menurut Sinar Harian, beliau mengalu-alukan usaha dakwah golongan itu yang sudi berkongsi pengalaman atau menceritakan kisah hidup mereka sebagai pengajaran.

Mengulas mengenai kaedah pendakwah sama ada menyanyi atau berjenaka seperti yang juga disentuh dalam ucapannya, katanya kepada akhbar itu, beliau sekadar mengingatkan agar tidak keterlaluan sehingga mencacatkan ilmu yang hendak disampaikan.

“Setiap pendakwah ada kaedah tersendiri menarik perhatian hadirin. Namun, kita harus tahu seimbangkan cara dan isi.

“Ceramah ialah majlis ilmu, bukan persembahan hiburan seperti Maharaja Lawak Mega. Audien juga dinasihatkan tidak memilih ceramah kerana ada jenaka, tetapi kerana ilmunya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mashitah juga berkata beliau bimbang sekiranya terlalu banyak gelak ketawa dan disulami percakapan berunsur lucah atau menghina orang lain, majlis ilmu itu akan hilang keberkatannya.

Ditanya mengenai tuntutan permohonan maaf presiden Panglima Malaysia, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak, Mashitah berkata, tiada keperluan berbuat demikian kerana beliau tidak menghina sesiapa.

“Saya tiada agenda peribadi bangkitkan isu ini. Jangan putar belit kenyataan saya. Tanggungjawab semua menegur apa yang tidak betul dalam masyarakat... Saya cadangkan beliau meneliti ucapan saya, bukan sekadar memetik sebaris dua petikan,” katanya.

Semasa dalam bahasnya minggu lepas, beliau berkata: "Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama." -TMI




Ustaz ekspres': Abby Abadi Bidas Mashitah

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

Menurut beliau, mengajak orang kepada Islam itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak perlu bimbang kerana mereka bukannya merupakan ancaman kepada mana-mana pihak.

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain. "PAS mempunyai tanggungjawab dalam menjadikan setiap mereka yang bersama parti itu berurusan mesti mengikut kaedah Islam yang sebenarnya," katanya lagi.
-HD










13 ulasan:

Awanama berkata...

Hari kes Anwar?JIKA ANWAR DIZALIMI SEMOGA ALLAH HANCURKAN PIHAK YANG MEZALIMI!!!AMIN

Awanama berkata...

Mashitah oh mashitah lu secara tidak langsung mengacau ustaz azhar idrus, kazim elias dan ustaz don daniel yg tidak terlibat dengan politik. Apa salah diaorg sampai lu dengan mulut laser fitnah diaorg atau lu mahu dengar lagi teguran dari ustaz kazim elias, ustaz don daniel dan beberapa ustaz dan ustazah di luar sana. SO MASHITAH LU ADA MASALAHKAH SAMPAI LU NAK KACAU DIAORG?

ATAU LU JEALOUS SEBAB DIAORG LEBIH FAMOUS DARIPADA LU YG SEKARANG BANYAK BUAT KENYATAAN AUTA BELAKA? I DON CARE LU NAK CARI HAL DENGAN ARTIS YG JOIN PAS SEBAB DAH SEDIA MAKLUM KALAU DAH BERPOLITIK TU KENA BERANILAH BERHADAPAN DENGAN TIPU MUSLIHAT DAN FITNAH POLITIK. TAPI LU CARI HAL DENGAN USTAZ DAN USTAZAH YG TIDAK TERLIBAT DENGAN POLITIK DAN ARTIS YG BERHIJRAH YG TAK JOIN PARTI POLITIK ADALAH SATU PERBUATAN YG KURANG AJAR NAMANYA.

Awanama berkata...

sampaikan walau sepotong ayat.

itu seruan kpd kita.

dlm masa yg sama, kita mesti timba ilmu dgn ramai guru.

kadang2 ust pun silap dlm berhukum atau pendekatan lebih keras atau lebih rasional.

sebagai umat kita kena bijak menilai ilmu.

Awanama berkata...

PAU ni tempat tonjol-tonjolkan diri. kalu cakap hal biasa memang tahun depan x la. so, biar masa PAU cakap ja isu panas pembakar darah, lepas tu nnt kata la wartawan spin ucapan dia. ini la politik dia orang. isu untuk bela rakyat bukan isu penting.

Awanama berkata...

Padan muka, ustazah sesat! Mulalah tu nak jadi macam musang berbulu ayam. Lain kali jangan amalkan tabiat mulut celaka lagi!

Awanama berkata...

Masuk Umno akan jadi utazah kebanggaan nabi rasul . mcam kazim . eret k hulu hilir mgata mengupat mhina. Lembu

Awanama berkata...

kalau berani mashitah tegur dan nasihatkanlah isteri pm dan lain2 vvip umno yg tak tutup aurat. duit yg masyuk tu semua halal ke?

Awanama berkata...

maSHITah eh name die eh??owh..patutlah..blajar pondok kt kedah,jd best student kt oversea.blk jadi leturer uia.bergaduh bende kecik & saman menyaman jiran die noraini ahmad pasal tanam pokok???halalkan ibu tunggal jadi pelacur atas alasan terdesak???boleh bersalaman dgn bukan muhrim selagi x naikkan syahwat????n skrg nk ckp kat org lain dgn mulut penuh kebusukan pasal ustaz jadian ustaz bollywood n maharaja lawak????patutlah nama die maSHITah...xpela mashitah jawatan anda lebih penting drpd tanggugjwb anda trhadap islam..teruskan..kesian...CELARU

Awanama berkata...

Brp kah surah2..?
brp kah surah2 ddlm Quran..?
..brp kah surah2 ddlm Quran yg brmula dgn sebutan cinta-KASEH & SAYANG..?

Apakah itu..?
apakah itu KASEH & SAYANG..?
bukankah yg itu.. "RAHMAN & RAHIM"..?

Brp 'RATUS' kali..?
brp RATUS kali KASEH & SAYANG..?
brp RATUS kali "RAHMAN & RAHIM"...?
brp ratus kali kah kalimat KASEH & SAYANG aka "RAHMAN & RAHIM" diulang2 oleh'NYA ddlm Quran..???

Lihat..
Lihat lah..
lihat lah diawal setiap SURAH..?
lihat dipermulaan setiap SURAH2 itu..
..bismiLLAH-Ar"RAHMAN-Ar"RAHIM..
Yg bermaksud,
..dgn nama ALLAH sepenuh2 maha7KASEH dan maha7SAYANG..

Itu..
itu lah..
itu lah sepenoh2 jiwa nabi2 as..
jiwa nabi2 yg penuh KASEH & SAYANG..
sepenuh2 KASEH & SAYANG..aka,
sepenuh2 RAHMAN & RAHIM drp ALLAH..

JIWA yg penuh sepenuh2nya dgn KASEH SAYANG-RAHMAN & RAHIM drp ALLAH itu langsung tiada samaskali ruang ruang & ruang utk meNIPU mmFITNAH demi menghidu mncari mmbaham "BANGKAI2" donia yg keji utk kpntinganDIRI..

Itulah jiwa..
jiwa CAHAYA nabi2 yg penuh cinta KASEH & SAYANG..RAHMAN & RAHIM sesama "ummah" demi demi demi meNYULOH sgl keGELAPan keZALIMan onar-TIPU-daya FITNAH khianat-songlap kesumat oleh "NIAT" hati2 setan IBLIS yg trsgt2 JIJIK & trsgt2 jahat!?

Jiwa nabi2..
jiwa yg UTUH sepenuh7nya dgn RAHMAN RAHIM..KASEH SAYANG drp ALLAH itu tiada tiada tiada & TIADA agenda lain ddlm hidup mrk melainkan agenda cinta cinta cinta CINTA yg penuh spenuh7 KASEH SAYANG kpd "ummah""..
...TIADA agenda peribadi
...TIADA agenda kaum
...TIADA agenda bangsa
...TIADA agenda2 ekonomi/HARTA

Yg ada..
agenda CINTA..
agenda CINTA spenuh7 KASEH SAYANG..
sepenuh7 CINTA Ar-RAHMAN Ar-RAHIM..
spenuh7 CINTA ALLAH akan semurni7 KEADILAN kpd "ummah"..

Itu lah..
itu lah CINTA..
sepenuh7CINTA hamba kpd yg maha7ESA







Awanama berkata...

jgn abl hti pd ustzah mashitah sb masyrkt pn dh tau x bolh pakai. dia asyik mengaibkn keiklsn org dlm agama tpi dri sndri byk hal x mgikuti ajrn agama. x pyhlh nk dhuraikn apa msalhnya msyarakt x bolh lupa ap dia wat sblum ni. smasa dia brucp pd prhimpunan umno prwakiln pn x bmint nk dgr ucpnnya rmai yg brsembng dn mbaca akhbr klu dprhaikn dtv. nilailh siapa sbnr utzh mashith hri ini.

Awanama berkata...

Mengapa Mashita membuat teguran di pau sedangkan Mashita boleh guna banyak ruang untuk sampaikan teguran Berani tegur lah prog Pencetus Ummah siap berlakun siap ada muzik lagi Wanita UMNO sepatut nya desak supaya Pencetus Ummah berhenti melawak ! Saya suka prog Pencetus Ummah Tak pernah miss tapi kalau buat seperti yang Mashita katakan rasa nya bukan Astro rugi Kita yang rugi

Cara Mashita pun bukan menegur Kalau menegur berucap lah biasa biasa Tak payah sampai angkat tangan dengan suara yang lantang

Bezakan cara ustad dan cara Mashita Dua dua melawak tapi yang mana menegur dan yang mana berucap

Ustad ustad melawak pendengarnya ketawa tapi Mashita berucap pendengar bertepuk dan menjerit ! Mereka bukan ketawa pasal ustad tapi pasal Mashitah mengaitkan PAS

Ahli UMNO sah sah tak suka menghadiri kuliah atau mengambil ilmu dari prog Pencetus Ummah sebab kalau yang melawak pun tak suka apa lagi kalau yang ilmiah

Awanama berkata...

Lihatlah wahai ustazah bergincu merah utk tontonan ramai lelaki.
Semua komentar di sini tak sorang pun setuju dgn anda. Walau pun lantangnya suara (aurat wanita?) anda semasa berucap dlm PAU, tak nampak ikhlas pun teguran anda.
Akhir kata, wahai Astro perbanyakkan program realiti dan jemputlah ustazah phd tu kerap sikit atau buat program khusus utk dia. Cth: Bersantai Bersama Ustazah MI.
Lepas tu tak mengomel lagilah kot.

Awanama berkata...

Lihatlah wahai ustazah bergincu merah utk tontonan ramai lelaki.
Semua komentar di sini tak sorang pun setuju dgn anda. Walau pun lantangnya suara (aurat wanita?) anda semasa berucap dlm PAU, tak nampak ikhlas pun teguran anda.
Akhir kata, wahai Astro perbanyakkan program realiti dan jemputlah ustazah phd tu kerap sikit atau buat program khusus utk dia. Cth: Bersantai Bersama Ustazah MI.
Lepas tu tak mengomel lagilah kot.