2 Dis 2014

Akta Hasutan Dikekalkan Untuk Kepentingan UMNO BN


Akta Hasutan hanya kepada yang menentang BN atau UMNO - DAP

KUALA LUMPUR: Akta Hasutan adalah taktik UMNO untuk digunakan kepada mereka yang menentang parti Barisan Nasional atau UMNO sendiri.

Demikian kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, pada Ahad.

Kata Lim, jika benar ingin memperkasakan Akta Hasutan seperti yang diutarakan dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO baru- baru ini, ia perlulah dilakukan dengan adil.

“Jika Akta Hasutan diadakan untuk menjaga keselamatan negara, ia perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama.

“Jangan hanya digunakan ke atas mereka yang menentang BN atau UMNO” katanya.

Lim mendakwa bahawa beberapa fitnah dan tuduhan yang pernah dilakukan oleh ahli tertinggi UMNO kepada masyarakat Cina sebelum ini tidak pula ditahan di bawah Akta Hasutan.

“Perkara ini boleh menyebabkan keselamatan kita terancam dan tergugat oleh UMNO.

Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri” katanya.

Sehubungan dengan itu, Lim dalam satu kenyataan hari ini telah membuat laporan polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd yang didakwa telah melakukan hasutan, hinaan dan fitnah ke atas masyarakat Cina di Pulau Pinang.

“Satu pembohongan, fitnah dan hasutan telah dilakukan oleh Mohd Zaidi dengan mengatakan bahawa kekuatan politik dan ekonomi rakyat cina di Pulau Pinang adalah datang daripada aktiviti haram seperti perjudian, pelacuran dan kelab hiburan” kata Lim yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menguatkan lagi hujahnya, Lim berkata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah menafikan wujudnya aktiviti haram yang didakwa Mohd Zaidi di Pulau Pinang.

Abdul Rahim katanya turut menegaskan bahawa sehingga akhir bulan lepas pihak polis telah mengumumkan bahawa negeri tersebut sifar dari mesin judi.

“Walaupun, laporan polis ini mungkin tidak akan diendahkan oleh kerajaan persekutuan tetapi ia perlu dibuat demi menjaga maruah rakyat Pulau Pinang terutamanya masyarakat cina yang telah dihina” katanya. -astroawani





4 ulasan:

Amuraria berkata...

berapa banyak komen dari perkasam & ngok2 yang sekandang dengannya yang teruk punya rasis tapi tarak apa pun ? ABU !

Awanama berkata...

PR akan selamat dari akta tersebut jika menunjukkan kesepakatan yang kuat dan kukuh kepada rakyat di samping membuktikan kepada rakyat PR lebih baik dari umno memegang kuasa

Keborokan umno biar ahli dan penyokong nya yang dedahkan

Dalam iau bakar Al Quran dan aktiviti judi ada lah umpan untuk DAP membuat perkara yang sama seperti mana umno bertindak menveroboh dun dan menyerang ibu pejabat DAP

PR perlu tumpu kan pada isu rakyat seperti harga minyak gst dan pendedahan rasuah yang melibatkan duit rakyat

DAP diserang perwakikan dan Anwar di burukan dengan RM100 juta oleh Najib Apa sudah jadi pada perhimpunan umno kali ini yang berlembut dengan PAS

Awanama berkata...

Dacing senget keris tumpul, itulah iman Umno.

Awanama berkata...

Nampaknya lepas ni kita mesti adakan perhimpunan membantah akta hasutan. Inilah alternatif kpd ISA