24 Apr 2009

Penanti : SPR Tiada Pilihan Kecuali Isytihar Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tiada pilihan lain kecuali mengiisytiharkan kerusi Penanti sebagai kosong dan mengadakan pilihanraya kecil untuk DUN berkenaan setelah Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kekal dengan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Dalam pada itu, Fairus berkata, "saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti."

"... serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fairus dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Kata Fairus, pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membebaskannya dari segala tuduhan adalah satu manifestasi kebenaran yang telah selama ini beliau pertahankan.

"Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya," katanya.

SPR telah mengadakan mesyuarat mengenai Penanti kelmarin tetapi menangguhkan pengumuman kekosongan DUN berkenaan serta tidak mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi sepertimana lazim dilakukan SPR.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi alasan sehingga ini SPR belum menerima kenyataan bertulis daripada pemilik-pemilik bangunan yang akan digunakan termasuk bagi penamaan calon dan pengiraan undi, juga kenyataan bertulis mengenai persetujuan pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus pilihan raya untuk mengendalikan pilihan raya itu.

"Bila urusan pentadbiran belum selesai bagaimana kita nak umumkan?" katanya.

Abdul Aziz menolak tanggapan kononnya terdapat "pengaruh luar" yang menyebabkan penundaan tersebut.

"Ini tidak ada kena-mengena dengan pengaruh politik, ini isu dalaman kami sendiri. Kami sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya dan sebaik sahaja kami dapat pengesahan mengenai perkaraperkara ini maka kami akan umumkan," katanya.

Penundaan pengumuman tarikh pilihan raya itu menimbulkan spekulasi beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik oleh akhbar parti itu, Harakah, sebagai berkata SPR kini sudah tidak bebas dan ada orang belakang yang menentukan hala tujunya.


Nizar Mahu Panel 9 Hakim Untuk Dengar Permohonan Zambry

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi hari ini, berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.

Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63.

Mahkamah telah menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan Zambry.

Beliau membawa perkara itu terus ke Mahkamah Persekutuan menerusi Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukan mahkamah teringgi di negara ini menentukan dan menafsirkan Perkara 16(2) dan 16(6) dalam perlembagaan negeri itu.

Zambry mahu mahkamah menentukan tiga persoalan berperlembagaan membabitkan penafsiran hak Sultan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak untuk melantik seorang menteri besar.

Dalam permohonannya, katanya, jika keputusan terhadap persoalan itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan memihak kepadanya, maka beliau mahu mahkamah mengisytiharkan pelantikannya sebagai Menteri Besar pada 6 Feb lepas adalah mengikut perlembagaan negeri itu.

Mohammad Nizar, bagaimanapun, memfailkan afidavit jawapan semalam dengan membantah rujukan itu, dengan menyatakan persoalan yang dicadangkan oleh Zambry untuk mahkamah menentukan tidak boleh menyelesaikan kebuntuan politik di negeri itu. - BERNAMA/GB


Zambry Aibkan Harussani, Mufti Yang Kata Sureheboh Haram

Menteri Besar Kerajaan Haram UMNO BN Perak, Zambry Abdul Kadir mungkin jahil dan tidak tahu bahawa keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Harakahdaily melaporkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) telah melahirkan kekesalannya dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini oleh kerajaan negeri Perak. Kekesalan itu dilahir melalui Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. harakahdaily/Greenboc



PRA PENANTI : Kenyataan Media Mohd Fairus Khairuddin

Saya dengan penuh tawaduk merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT dengan segala Keagungan dan KebesaranNya yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenaran saya.

Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan. Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya. Syukur, Alhamdulillah. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu, ahli-ahli politik serta media-media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadap saya. Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.”

Salam Perjuangan.

Yang Benar,

MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN.

NO K/P: 760702-07-5413


Nizar Tak Beli Camry Dari Kerajaan Perak

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau membeli kereta Toyota Camry yang sedang digunakan dari Kerajaan negeri Perak seperti yang dilaporkan media.

Menurutnya kereta itu akan terus digunakan sehingga kes mahkamah berhubung permohonannya mencabar kesahihan perlantikan Datuk Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak diputuskan.

Kerajaan haram UMNO-BN negeri Perak baru-baru ini telah mengambil tindakan melelong kereta-kereta Toyota Camry yang digunakan oleh para exco Pakatan Rakyat termasuk kereta yang digunakan Nizar atas alasan tidak menghargai kereta buatan Malaysia.

Nizar menjelaskan bahawa tatkala Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, barisan exconya "diwariskan" dengan Perdana V6 yang telah digunakan dengan teruk selama empat tahun setengah oleh pemakai sebelumnya. Pada ketika BN telah meluluskan pembelian kereta baru. Selepas menunggu selama 10 bulan, kami menukar kereta baru pada Januari 2009. Justeru mesyuarat exco kerajaan di bawah pimpinannya telah membuat keputusan untuk membeli kereta Camry, kereta yang agak elok dan berpatutan.

Mengulas hal yang sama exco negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menganggap tindakan melelong kereta Camry adalah gimik politik murahan kerajaan UMNO-BN Perak yang merugikan kerana kereta itu baru dibeli.

"Yang penting ialah membetulkan semula perjalanan negeri Perak. Terlalu banyak isu-isu yang belum dapat diselesaikan hasil dari kerajaan Perak diambil-alih di luar undang-undang dan Perlembagaan negeri Perak," tambahnya. TVPAS/Greenboc



Menunggu Perubahan UMNO BN Yang Tak Kunjung Tiba

Petang ini mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden baru parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat beberapa keputusan berkaitan struktur pucuk pimpinan parti, selain perbincangan mengenai pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang. Ada beberapa pemerhati politik meramalkan MT akan membuat beberapa keputusan yang mencerminkan usaha 'pembaharuan' dalam parti seperti mana dilaungkankan Najib pada perhimpunan agung parti yang lalu.

Perubahan... perubahan... perubahan... itulah yang dicanangkan oleh kepimpinan UMNO sejak tewas banyak kerusi dalam PRU ke-12 dahulu. Kini selepas 13 bulan suara melaungkan 'perubahan' dimainkan UMNO/BN (UBN), rakyat masih belum terasa apa yang dimaksudkan 'perubahan' itu, kerana tidak nampak apa-apa 'perubahan' pun.

Mungkin bagi Najib dan menteri kabinetnya 'perubahan' itu hanya setakat slogan, hanya setakat retorik, seperti retorik 'cemerlang, gemilang, terbilang' yang diperkenalkan oleh Pak Lah ketika mula-mula berkuasa dahulu. Atau paling hebatpun 'perubahan' ditunjukkan apabila sesekali mereka turun padang mendekati rakyat. Tapi turun menemui rakyat bukanlah satu pembeaaruan, ia memang tanggung jawab pemimpin.

Apa yang rakyat dambakan bukan setakat ucapan mengenai 'perubahan' yang kemudian bertukar jadi omongan kosong. Apa yang rakyat impikan ialah visi dan gagasan besar yang benar-benar dapat merubah kehidupan mereka untuk kepentingan negara dalam skala yang lebih besar. Misalnya rakyat impikan kerajaan serius dalam agenda memerangi rasuah dan agenda menaik taraf kehidupan rakyat termiskin dalam negara ini. Rakyat juga ingin suara mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah didengari dalam media arus perdana, bukan setakat suara pemimpin BN yang mendendangkan lagu usang yang sama. Rakyat juga ingin melihat bagaimana gagasan kerajaan dalam menghadapi masalah perpaduan negara, bukan setakat slogan 'satu Malaysia' yang dikhuatiri hanya saru retorik yang tidak membawa apa-apa segnifikan.

Jadi kita tunggulah kalau-kalau ada sesuatu perubahan yang bakal diumumkan petang ini. Seperti kata Najib, jika tidak berubah, UMNO akan rebah. UMNO telah membuktikan kata-kata Najib itu memang tepat, kerana parti itu telah 4 kali rebah dalam pilihanraya kecil selepas PRU ke-12. Parti usang itu 4 kali rebah kerana telah menjadi tradisi UBN yang angkuh dan enggan berubah. - pendikar gunung kriang

Reject MB/KM Jenama UMNO BN

Empat buah negeri yang diterajui UBN sedang menghadapi krisis. MB/KM ke empat-empat negeri..... Melaka, Perlis, Terengganu dan Pahang sedang bergelut dengan masalah dalaman. Pergelutan kuasa dalam UBN biasa ler.... Perak pun ada krisis juagak tapi Perak ni, special kes sikit, sebab dia kena rampas dan kena aniaya.

Jadi di sini.... UBN berdepan dengan Pakatan Rakyat!!! Tapi awal-awal lagi rakyat satu Perak dah beri isyarat jelas yang mereka tak sudi menerima dan REJECT MB HARAM ZAMBRY DPULAU!!!! Rakyat dah beri isyarat jelas, malang nyer..... ada pihak yang tak nak paham-paham. Biut nyer deme!!! Kesian kat kami.......

Bagi Pahang.... masalah timbul gara-gara kebodohan MB nyer. Tok Nan Isyarat Lucah ni rupa-rupa nyer bodoh..... Pandai tunjuk isyarat lucah jer....!!! Alahai... MB/Kerajaan negeri Pahang kini, terpaksa bayar RM 63 juta kepada sebuah syarikat pembalakkan.

Rakyat Pahang tengah pening kepala sekarang..... akan muflis ke Pahang!!! Tok Nan Isyarat Lucah ni mintak tangguh bayaran..... tunggu ler dulu. Eh... boleh bargain-bargain pulak dengan mahkamah. Mengapa???? tarak duit ka??? Mana pigi samua hasil balak lu olang.... Haiyaaaa..., ini maciam manyak syusah ma..... Apa kata rakyat Pahang REJECT MB ISYARAT LUCAH ni!!!!

Nun... di Terengganu pulak Mat Said sedang bergelut dengan orang-orang Deris Jusuh. Ini pun satu..... bodoh jugak. Bodoh kerana mengamalkan politik balas dendam. Bukan balas dendam pada parti pembangkang tetapi pada species mereka jugak. Pengikut Deris di'sideline'kan.... Bila dia jadi referee.... semua orang Deris 'out' diberi kad merah!!! Ater, mengamuk ler demer.... Demer tak sedor, dulu demer pun buat macam tu pada orang yang tak sehaluan dengan deme. Semua projek dan jawatan, deme pulun.... demer sama demer jer.

Sekarang komer rasakan pulak. Agak nyer, si Mat Said ni nak memulangkan buah keras kot!!! Bior demer rasa pulak..... tapi.... dia pulak yang kena tempias daripada tindakan bodoh nyer!!!! Sebahagian besar ADUN Terengganu, REJECT MAT SAID, rakyat bagaimana???? Ai, takkan tak der calon MB lain yang berkaliber??? Dah pupus ke??? Belah pembangkang banyak..... apa kata pilih seorang daripada mereka??? Satisfaction gereti!!!

Melaka.... lagi teruk. Terang lagi bersuluh, KM si Ali Rustam, terlibat rasuah politik. Didapati bersalah tapi hanya diberi amaran. Lain-lain tindakan, tak der.... kecuali tak boleh masuk bertanding..... Mat Isa dulu, terpaksa turun dari singgah sana kuasa Negeri Sembilan. Sekarang senyap sepi. Mengapa pulak kawan kita kebal..... dan masih terus berkuasa di Melaka.

Pembangkang bawa usul undi tak percaya di DUN Melaka tetapi di lempar buang dengan ketua pembangkang nyer sekali. Apa hebat nyer Ali Rustam ni??? Hebat berasuah ler kut..... Orang macam ni komer nak simpan lagi??? Buat malu kompeni jer..... REJECT ALI RUSTAM dan cari lain pengganti. Apa sudah tarak lain orang ka???

Di Perlis, Mat Isa Sabu diganggu gugat gara-gara orang iri hati dan busuk hati. So far.... dari mata kasor, dia okay, rakyat Perlis senang hati, Tuanku Raja Perlis pun gumbira hati..... cuma yang tak senang hati dan mati-mati nak jatuhkan Mat Isa Sabu ialah Shaidan Kassim dan koncu-koncu nyer..... Awat hangpa jeles dekat dia??? Dah kenyang.... perut dah buncit, tembolok dah penuh dan dah puas merasa apa yang patut dirasa.... apa lagi hangpa mau???

Jenuh dah hangpa polok.... biaq la pulak orang lain pulak merasa duduk disinggah sana kuasa. Awat yang tamak dan busuk hati sangat....!! Hah.... di Perlis ni, hangpa REJECT SHAIDAN KASSIM DAN SEMUA KONCU-KONCU NYER!!! Jangan biaq golongan tamak haloba bermaharaja lela!!! Udah ler negeri kecil, pendapatan pun tak seberapa, kalau dapat ke depa kuasa, habieh hangpa!!! Alamat Perlis nanti tinggei 'spender' jer!!! - mumof3mohd


Kes Nizar vs Zambry : Selagi Tidak Ditetapkan MB Yang Sah, Sidang DUN Tergantung.

Sidang dewan undangan negeri Perak yang dipanggil pada 7 Mei depan masih lagi dianggap "tergantung" selagi Mahkamah Tinggi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

"Adalah tidak mungkin sesuatu persidangan dapat dijalankan sedangkan penetapan Menteri Besar yang merupakan pentadbir utama sesebuah negeri masih belum ditetapkan oleh pihak mahkamah dan ini bererti sidang DUN yang dipanggil pada 7 Mei dengan sendirinya tidak mempunyai makna apa-apa malah boleh disifatkan sebagai cuba mendahului keputusan hakim," jelas seorang pensyarah undang-undang hari ini.

"Atas kapasiti apa yang kerajaan Zambry boleh memanggil sidang DUN sedangkan kedudukan beliau sendiri masih belum ditetapkan sebagai seorang MB yang sah di sisi undang-undang? Apa-apa keputusan yang diambil di dalam persidangan DUN itu nanti adalah terbatal jika mahkamah memutuskan Zambry bukan sebagai seorang MB yang sah," tambahnya.

Di dalam perkembangan yang berkaitan semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Peguam Negara untuk memberi penjelasan terhadap situasi yang membawa kepada wujudnya 2 Menteri Besar di Perak. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memberi arahan itu setelah membenarkan Tan Sri Gani Patail masuk campur dalam perbicaraan berhubung kemelut politik itu.

Menurut peguam Sulaiman Abdullah, hakim ingin mendapat pandangan peguam negara tentang isu berkaitan dengan situasi dimana menteri besar tidak meletak jawatan, dewan undangan tidak dibubarkan walhal Sultan kononnya telah melantik seorang MB baru, jadi hakim menyatakan ini adalah satu isu yang baru, macamana boleh dua MB berkuatkuasa serentak.

Terdahulu itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said berhujah bahawa permohonan Peguam Negara itu harus dibenarkan bagi semakan kehakiman yang memerlukan tafsiran Perlembagaan Perak serta memberi kesan kepada perlembagaan negeri lain yang mempunyai peruntukan sama dengan negeri Perak.

Beliau berkata demikian ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Gani.

Permohonan itu dibantah oleh peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, atas alasan bahawa Peguam Negara gagal menunjukkan sebarang keperluan untuk dia mencelah dalam prosiding itu.

"Ini adalah soal negeri Perak. Situasi sebenar di sini adalah bahawa keduadua pemohon (Mohammad Nizar) dan responden (Zambry) mendakwa sebagai Menteri Besar. Ini tidak ada pembabitan langsung dengan kerajaan Persekutuan dalam isu ini dan kepentingan mereka tidak terjejas," katanya.

Hakim Abdul Aziz menetapkan 4 Mei ini bagi mendengar permohonan Mohammad Nizar bagi memeriksa balas kenyataan Penasihat Undang-Undang Perak Datuk Kamal Md Shahid yang mendakwa dia (Mohammad Nizar) tidak konsisten dengan afidavit yang dikemukakan dalam saman itu.



PRA PENANTI : Apa Hal PAS Permatang Pauh Mengecoh?

Apa sekalipun alasan yang hendak dilemparkan oleh PAS Permatang Pauh ia sudah terkeluar garisan. Sebodoh-bodoh ahli PKR pun tidak pernah terfikir perkara sebegini boleh direncana oleh ahli-ahli PAS diPermatang Pauh. Kesimpulannya siapapun tidak percaya ada satu bentuk tindakan serupa ini. Memang benar tidak adapun perjanjian secara resmi yang sesuatu kawasan Pilihanraya itu ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP. Tetapi bukankan persefahaman yang telah diputuskan dalam PRU 12 itu yang telah membawa sedikit sebanyak kejayaan?

Jika sekiranyalah PAS Permatang Pauh mengatakan pembahagian kerusi di-kawasan ini tidak adil dimana PAS hanya diperuntukkan satu (1) kerusi DUN sahaja sedangkan PKR mendapat satu (1) Parlimen dan dua (2) DUN. Bagaiman pula di Lenggong dimana PAS selain mendapat kerusi Parlimen juga mendapat kerusi DUN (Kenering)? Sedangkan PKR hanya mendapat DUN Kota Tampan sahaja. Disini jelas para pimpinan diperingkat atasan sangat praktikal dalam keputusan mereka.

Pada hemat saya ini adalah agenda orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan di Penanti. Untuk memastikan rancangannya memperoleh kejayaan sesuatu usaha untuk dapat meresap kedalam PAS Permatang Pauh perlu dilakukan. Saya tidak percaya pada satu pendapat yang kaitkan dengan pemilihan kepimpanan PAS

Ini Agenda tempatan semata. Mungkin ada imbuhan tertentu dijanjikan. Walau bagaimanapun Kepimpanan PAS mesti memandang serious gejala ini. Kita kena faham memang ada yang mahu melihat kapal kita pecah. Para Ikan Yu yang sedang kebuloran sedang mengelilingi kita. Saya juga tidak suka membangkitkan hal-hal kesefahaman dimana ada ketikanya kita terpaksa akur dan memberi laluan atas kehendak pimpanan demi menjaga keharmonian.

Jika ahli-ahli PAS boleh sendiri-sendiri menentukan kehendak mereka saya percaya ianya akan dicontohi oleh ahli-ahli parti lain dalam Pakatan. Dimasa itu siapa yang bertepuk tangan paling kuat? - Ahmadzawawi



Tiada Pilihanraya Di Penanti ?

Pilihanraya raya kecil Dun Penanti, Pulau Pinang yang diharap dan dinanti-nanti ramai peminat politik untuk melihat persilatan seterusnya antara Pakatan Rakyat (PKR) dengan UBN mungkin tidak akan diadakan.

Ada tanda-tanda besar menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencari seribu helah untuk tidak mengada pilihan raya itu walaupun Adun berkenaan Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat mengosongkan kerusi berkenaan kepada Speaker DUN Pulau Pinang.

Speaker DUN Pulau Pinang pula telah pun memaklumkan mengenai hasrat Fairus itu untuk tindakan SPR selanjutnya.

Tanda pertama ialah, semalam SPR sepatutnya mengumumkan mengenai status kekosongan kerusi berkenaan dan dijangka turut mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi tetapi ditunda kepada minggu depan.

Penundaan tarikh mengumumkan status itu tentulah ada penemuan baru yang mengubah cadangan asal SPR itu. Belum pernah SPR berlengah-lengah dalam mengistyharkan mengenai status sesuatu kerusi yang dikosongkan oleh penjawatnya.

Kedua, semalam juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjelaskan bahawa tidak ada kes terhadap siasatan tuduhan rasuah membabitkan Fairus. Penjelasan SPRM itu agak kontras dengan tindakannya sebelum ini yang begitu ghairah kalau berdepan dengan individu atau tertuduh di sebelah pembangkang.

Masih ingat lagi ke 'tuan-tuan dan puan-puan' apa terjadi kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan oleh Gerak kononnya Khalid melakukan penyelewengan berhubung pemberian lembu korban kepada rakyatnya.

SPRM menerusi Pengerusinya, Ahamd Said Hamdan, telah menjelaskan bahawa ada bukti kukuh menunjukkan Khalid melakukan penyelewengan. Penjelasan pengerusi (lupa nama) itu betapa SPRM ghairah untuk memburukkan Khalid Ibrahim dan damagekan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam kes Fairus ini SPRM bersikap adil, beretika dan penuh profesional pula menjelaskan bahawa Fairus bebas dari rasuah.

Apa yang dilakukan oleh SPRM itu ada makna dan motifnya tersendiri.

Dua tanda itu merupakan tanda besar menjelaskan pilihan raya tidak akan diadakan.

Kemungkinan SPR yang akan bermesyuarat minggu depan menentukan status kerusi itu akan mengistyharkan bahawa tiada berlaku kekosongan pada kerusi berkenaan.

Mungkin SPR sekali lagi menggunakan surat perletakan Fairus itu sebagai tidak sah kerana sebab-sebb tertentu, misalnya tidak diserahkan sendiri, dikesan sebagai dibuat atas desakan pihak tertentu dalam PKR ataupun kerana tersalah meletakkan tanda bacaan koma dibuat nokhtah, nokhtah dibuat nokhtah bertitik dan sebagainya.

SPR dipercayai akan mencari seremeh-remh alasan untuk tidak mengistyahrkan kerusi berkenaan sebagai kosong bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Kenapa SPR berbuat begitu kena sedia maklumkan! Bukankah Perdana Menteri, Najib Tun Razak awal-awal memberi isyarat pilihan raya itu tidak perlu diadakan kerana ia membazir dan membuang waktu. Walaupun itu hanya alasan tetapi SPR yang selama ini dianggap sebagai komponen UBN yang ke 15 faham mengenai 'maknawi' yang termaktub dalam hati perdana menteri.

Kesediaan Najib untuk tidak meletakkan calon UBN itu semua difahami bahawa UBN takut untuk berhadapan dengan neraca rakyat sekali lagi di Penanti. Kekalahan di pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan lebih-lebih lagi di Permatangan Pauh amat-amat menakutkan UBN.

Menganaliasa apa yang berlaku dalam kes ini kemungkinan UBN sudah berjaya memujuk Fairus supaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan imbuhan kes rasuah ke atasnya diumumkan sebagai selesai. Sekiranya tindakan SPM itu berlandaskan atas kehendak seorang manusia dan bukan prinsip kewujudannya maka SPR terus akan dikecam dan dibenci selamanya.

Manakala sekiranya Fairus pula bersetuju menarik balik surat perletakan itu atas teknikal disetujui SPR maka terdedahlah segala yang misteri mengenainya selama ini. Jika tidak ada mengadakan masakan semudah itu untuk SPRM dan SPR melepaskannya. Lebih-lebih kepada SPRM yang memburu Fairus sehingga jauh di Johor. Masakan...

Bagaimana pun sekiranya semua insiden yang berlaku ini benar belaka, dan kenyataan Fairus semalam ikhlas di mana dia akan serahkan kedudukannya kepada pucuk pimpinan PKR, seharusnya PKR menerima Fairus sebaik mungkin kerana dia sudah pun dibersihkan dari tohmohan buruk itu. -mso

PRA PENANTI : 100% Tak Setuju Langkah SPR Hadkan Jumlah Penyokong

Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menghad jumlah penyokong parti dalam pilihan raya yang akan diadakan telah DITOLAK oleh rakyat apabila ujian SMS menunjukkan 100% responden menyatakan lngkah SPR itu tidak wajar sama sekali.

Sikap SPR dengan cadangan-cadangan baru mereka memperlihatkan bahawa ada agenda tersembunyi SPR bagi membantu parti pemerintah yang sekarang ini "ketandusan" penyokong di dalam setiap kali pilihanraya umum dan pilihanraya kecil diadakan.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara tersebut hari ini, demikian lapor MSTAR.

"Kita semua tidak setuju sebab kalau orang tak ramai... tak meriah, kita pun tak langar apa-apa undang-undang.

"Jadi nampaknya dah kita tak setuju, pilihan raya akan dijalankan seperti biasalah," kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan antara wakil-wakil Pakatan Rakyat dengan SPR di sini hari ini.

SPR mengadakan pertemuan itu bagi mencari penyelesaian bagi mengelakkan kehadiran ramai penyokong di pusat penamaan calon dan pengundian sehingga menyukarkan pihak polis mengawal keadaan ketika pilihan raya khususnya semasa pilihan raya kecil diadakan.

Justeru, hari ini SPR telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan wakil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kaedah bagi memperbaiki kelancaran proses pilihan raya.

Wakil BN mengadakan pertemuan dengan SPR pada sebelah pagi manakala komponen Pakatan Rakyat pula mulai 2.30 petang tadi.

Tambah Mustafa, Pakatan Rakyat melihat kehadiran penyokong dengan jumlah yang ramai tidak akan mencetuskan masalah besar hingga mengganggu proses pilihan raya.

"Kadangkala wujud sedikit kececohan. Itu perkara biasalah... tetapi masih dalam keadaan terkawal," katanya.

Jelas beliau lagi, Pakatan Rakyat juga menidakkan dakwaan SPR bahawa jumlah penyokong yang ramai pada hari mengundi boleh menjejaskan kehadiran pengundi bagi menjalankan tangungjawab mereka.

"SPR kata bila orang ramai, pengundi tak berani datang mengundi... tapi kita bagi hujah pada SPR dengan mengatakan sebenarnya pengundi tetap ramai yang keluar mengundi," katanya.

Ditanya mengenai usaha SPR untuk menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan mengenai larangan berkempen selepas waktu tengah malam hari terakhir berkempen dan sepanjang hari pengundian, beliau berkata, Pakatan Rakyat semangnya mematuhi arahan tersebut.

"Kita memang patuhi arahan itu sejak dulu lagi, kita tak berkempen dengan ceramah selepas waktu tengah malam dan hari mengundi," katanya.

Menjelaskan berhubung kehadiran penyokong dan perayu undi yang ramai pada hari pengundian, beliau berkata, perkara tersebut tidak bertentangan dengan undang-undnag.

"Merayu undi pada hari mengundi tidak bertentangan dengan undang-undang.

"Merayu dibenarkan di luar kawasan 50 meter daripada tempat mengundi," katanya.

Ditanya sama ada SPR memohon sebarang jaminan daripada Pakatan Rakyat agar mengawal perlakuan para penyokong mereka, Mustafa berkata, SPR tidak menyatakan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu Naib Presiden PKR, R. Sivarasa yang turut hadir dalam pertemuan tersebut berkata, pihaknya juga membangkitkan mengenai kenyataan beberapa pihak berhubung trend mengosongkan kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

Jelas beliau, mengikut undang-undang sesuatu pilihan raya mesti diadakan jika wujudnya kekosongan.

"Undang-undang itu jelas... berdasarkan Perlembagaan Persekutuan jika ada kekosongan, wajib diadakan pilihan raya kecil.

"SPR tidak boleh sekat sama ada kekosongan itu munasabah atau tidak munasabah kerana itu semua tidak berbangkit langsung.

"Jadi kita mesti menghormati hak dan pilihan raya kecil mesti diadakan," katanya.

Mengenai kekosongan kerusi kawasan DUN Penanti, Sivarasa berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan pilihan raya kecil di DUN berkenaan akan diadakan.

"Beliau berkata pilihan raya Penanti memang akan diadakan, tapi tak dinyatakanlah bila tarikhnya... SPR akan umumkan pada Isnin ini," katanya.

Wakil Pakatan Rakyat yang turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), Tan Kok Wai (DAP-Cheras), Jeff Oii (DAP-Jelutong), Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Fong Kui Loon (DAP-Bukit Bintang) dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Ditanya sama ada SPR memaklumkan untuk melaksanakan undang-undang baru pada pilihan kecil Penanti, Mustafa berkata: "Kalau pandangan kita ini diterima iaitu tiada sekatan terhadap jumlah penyokong, maka semuanya macam biasalah."

Dalam pada itu BN yang mengadakan pertemuan dengan SPR pada sebelah pagi tadi mengambil ketetapan menyokong sebarang usaha suruhanjaya tersebut bagi melancarkan proses pilihan raya.

Pegawai Khas kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Abu Khamis yang ketika ditemui berkata, pihaknya sentiasa positif dengan keputusan SPR untuk melaksanakan apa jua usaha untuk memastiakn pilihan raya berjalan dengan lancar.

"Kami akan menyokong apa jua yang akan dibuat oleh SPR yang tidak timbulkan ketegangan dan boleh berikan kebaikan kepada pengundi dan rakyat," katanya.

Bagaimanapun ditanya sama ada perbincangan bersama SPR turut membincangkan mengenai cadangan mengehadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon dan hari pengundian, beliau berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan.

"Mengenai jumlah kehadiran penyokong, perkara itu tidak timbul (dibincangkan), kita hanya beri pandangan untuk kelancaran pilihan raya," katanya.

Selain Abu, wakil BN yang hadir ialah Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow dan Setiausaha Eksekutif MIC, Ramany Krishnan. - Greenboc


23 Apr 2009

Pasca Bukit Gantang : Mahathir Salahkan Zambry

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad memberi alasan bahawa kekalahan parti UMNOnya di Bukit Gantang adalah kerana terdapat banyaknya poster memaparkan wajah Menteri Bersar BN Zambry Kadir.

“Terdapat terlalu banyak kain rentang dan poster di Bukit Gantang. Kebanyakannya menunjukkan gambar calon. Tetapi terdapat banyak yang memaparkan Menteri Besar,” kata Mahathir.

Bukan kerana Zambry tidak popular pada kapasiti peribadinya, tetapi ADUN Pangkor itu telah menjadi simbol kepada ketidak-adilan dan kekecewaaanyang dirasai oleh majoriti penduduk di negeri Perak.

Kajian bebas menunjukkan tiga perempat dari rakyat Perak mahukan mandat diperolehi melalui pilihanraya semula di seluruh negeri untuk memilih pemimpin mereka.

Pihak Umno-BN telah mengenakan pemaksaan ke atas mereka oleh Sultan dan Perdana Menteri Najib Razak tidak berupaya untuk menerima sokongan dan penerimaan, hanya kerana ia kekurangan intisari utama legitimasi, yang hanya boleh di capai melalui pemlilihan - bukan melalui perlantikan yang begitu meragukan pula.

Sementelah lagi, tindakbalas yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat, yang telah diganti dengan kenaikan Zambry, semakin kuat - meluap akibat taktik penipuan yang ketara dilaksanakan oleh UMNO-BN

Dari hal mengunci pagar bangunan sektariat negeri, ancaman untuk darurat, menafikan hak Speaker untuk melantik peguamnya sendiri, menghasu setiausaha dewan supaya membelot Speaker, merobohkan plak Pokok Demokrasi, sehinggalah menghasut mahkamah tertinggi untuk mengeluarkan perisytiharan yang telah dihentam kanan, kiri dan tengah oleh kumpulan undang-undang.

Kesemua langkah yang silap ini telah melukakan negara lebih dari sekadar penduduk di Perak.

ulasan GB: Mahathir juga perlu mempersalahkan dirinya sendiri yang merupakan salah satu faktor kekalahan. Kehadirannya berkempen di Bukit Gantang menyebabkan ramai penduduk Perak walau daripada UMNO sendiri menganggap kehadiran si kuda tua yang tak berfaedah ini akan hanya menyebabkan kekalahan BN kerana rakyat dengan mudah mengaitkan apa yang berlaku di dalam negara terutama di Perak sebagai kesinambungan kezaliman yang pernah dimulakan dan dilakukan oleh Mahazalim sendiri.

Media Indonesia disekat dari menanya Najib Altantuya tentang Manohara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengelak menjawab soalan mengenai dakwaan 'kehilangan' bekas model, Manohara Odelia Pinot, sewaktu berada di Jakarta untuk bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.

Wartawan yang membuat liputan sidang akhbar selepas pertemuan mereka, tidak dibenarkan bertanya mengenai kes tersebut.

Sewaktu sidang akhbar itu berlangsung, ibu Manohara - Daisy Fajarina - pula mengadakan sidang akhbarnya untuk merayu kepada Najib supaya membantu mencari anaknya itu, lapor AFP.

Manohara berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan, tahun lalu.

Daisy mendakwa anaknya mengalami deraan fizikal dan emosi oleh suaminya, yang didakwa bersama Manohara di Malaysia tanpa kerelaan anaknya.

"Sebagai perdana menteri Malaysia yang baru, saya menggesa Najib menyiasat dan mempertahankan kebenaran dan hak kami," kata Fajarina di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Wanita Indonesia.

"Saya hanya mahu anak perempuan saya dibebaskan... sebagai seorang ibu saya mempunyai hak untuk bertemu anak saya," tambahnya.

Daisy pengsan apabila beliau diserbu oleh para wartawan Indonesia yang memberi liputan meluas mengenai kisah Manohara itu.

Dalam perkembangan berkaitan Najib dilaporkan memberi jaminan bahawa ibu Mnoharabebas berkunjung menemui puterinya di Malaysia. Tentang kemungkinan pernah berlakunya penganiayaan, Najib enggan memberikan komennya.

"Itu masalah keluarga. Itu antara dua pihak, kadang hanya tahu dari pihak satu saja, pihak lain tidak," kata Najib sewaktu berjumpa wartawan di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta, petang tadi.

Jabatan Imigresen Malaysia juga dilaporkan telah menarik balik arahan yang melarang ibu Manohara Odelia Pinot, isteri kerabat Kelantan, daripada memasuki negara ini.

Dengan itu, Daisy Fajarina kini boleh masuk ke Malaysia untuk menemui anaknya di negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam berkata larangan terhadap Daisy Fajarina, ditarik balik berkuatkuasa Isnin lalu. Penarikan balik itu dipercayai di atas arahan Najib dari Indonesia berdasarkan laporan di atas, namun rakyat tertanya-tanya siapa sebenarnya yang mengarahkan larangan kepada ibu Manohara itu untuk masuk ke Malaysia dan kenapakan Jabatan Imegrisyen mematuhi arahan itu.




RPK Kemuka 2 Alasan Untuk Tidak Hadir Ke Mahkamah

Blogger Raja Petra Kamaruddin hari ini berkata beliau terpaksa “menghilangkan diri” buat sementara kerana percaya dirinya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk kali ketiga.

Raja Petra juga berkata beliau bertelingkah dengan Sultan Selangor berhubung pendiriannya bersabit kemelut politik di Perak dan telah bertindak keluar dari negeri itu. .

Blogger popular itu berkata, sebagai seorang kerabat diraja Selangor, beliau memutuskan untuk keluar dari Selangor, selaras dengan hukuman ke atas kerabat negeri yang dianggap derhaka kepada Sultan.

Atas dua sebab itu, Raja Petra berkata beliau tidak dapat hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini untuk membolehkan kerajaan mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

Blogger berusia 57 tahun itu dijadual dihadapkan ke mahkamah kerana artikelnya bersabit pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Rencana itu mengaitkan pembunuhan Altantuya kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera.

Mahkamah Sesyen seterusnya mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra kerana gagal hadir untuk kes berkenaan.

Raja Petra berkata sebelum ini beliau ditahan di bawah ISA bersabit artikel sama. Selain itu, beliau turut menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah Kuala Lumpur kerana menulis fakta-fakta sama berhubung pembunuhan Altantuya.

“Perkembangan masa kini tidak menyakinkan saya bahawa saya akan menerima pengadilan yang saksama,” kata Raja Petra dalam laman Malaysia Today.

Beliau juga berkata setelah ditahan dibawah ISA dua kali, “saya tidak akan memudahkan tugas mereka untuk menahan saya buat kali ketiga. Saya juga tidak mahu didakwa atas tuduhan derhaka yang boleh membawa kepada hukuman gantung,” sebagaimana yang berlaku kepada ahli Al Maunah, kata Raja Petra. - TVA/Greenboc


Kisah Pencacai UMNO Bebal Tahap Gaban, GMP Namanya


Gagasan Melayu Perak (GMP) menunjukkan kebodohannya sendiri apabila presidennya Mohd Hilmi Ismail tidak dapat membezakan antara portal Malaysia Today kendalian Raja Petra Kamaruddin dan portal berita Malaysiakini.

Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April.

Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

"Tidakkah Malaysia Today sama dengan Malaysiakini atau blog-blog lain," kata Helmi yang mengaku beliau tidak tahu menahu mengenai artikel yangh dimaksudkan dan hanya membuat laporan polis berdasarkan kepada informasi yang diberikan oleh seorang kakitangannya sahaja.

Penasihat undang-undang persatuan itu, Nor Ali Nordin kemudiannya memohon maaf kepada Malaysiakini bagi pihak presiden GMP.

Terlebih bebal ialah agensi berita yang melaporkannya tanpa menyemak kesahihan aduan yang dilakukan sebelum disiarkan untuk tatapan orangramai meletakkan kredibiliti agensi berita itu setaraf tong sampah. - Greenboc