Menurutnya kereta itu akan terus digunakan sehingga kes mahkamah berhubung permohonannya mencabar kesahihan perlantikan Datuk Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak diputuskan.
Kerajaan haram UMNO-BN negeri Perak baru-baru ini telah mengambil tindakan melelong kereta-kereta Toyota Camry yang digunakan oleh para exco Pakatan Rakyat termasuk kereta yang digunakan Nizar atas alasan tidak menghargai kereta buatan Malaysia.
Nizar menjelaskan bahawa tatkala Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, barisan exconya "diwariskan" dengan Perdana V6 yang telah digunakan dengan teruk selama empat tahun setengah oleh pemakai sebelumnya. Pada ketika BN telah meluluskan pembelian kereta baru. Selepas menunggu selama 10 bulan, kami menukar kereta baru pada Januari 2009. Justeru mesyuarat exco kerajaan di bawah pimpinannya telah membuat keputusan untuk membeli kereta Camry, kereta yang agak elok dan berpatutan.
Mengulas hal yang sama exco negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menganggap tindakan melelong kereta Camry adalah gimik politik murahan kerajaan UMNO-BN Perak yang merugikan kerana kereta itu baru dibeli.
"Yang penting ialah membetulkan semula perjalanan negeri Perak. Terlalu banyak isu-isu yang belum dapat diselesaikan hasil dari kerajaan Perak diambil-alih di luar undang-undang dan Perlembagaan negeri Perak," tambahnya. TVPAS/Greenboc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan