24 Apr 2009

Zambry Aibkan Harussani, Mufti Yang Kata Sureheboh Haram

Menteri Besar Kerajaan Haram UMNO BN Perak, Zambry Abdul Kadir mungkin jahil dan tidak tahu bahawa keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Harakahdaily melaporkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) telah melahirkan kekesalannya dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini oleh kerajaan negeri Perak. Kekesalan itu dilahir melalui Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. harakahdaily/Greenboc



5 ulasan:

langhafur berkata...

Masatu...tahun 2004 la Bro... lepaih tu kena warning agaknya...pasaltula masani... tukar kompas.

abdrahim kassim berkata...

Apa hukum?

harus......

Tanpa Nama berkata...

jawab ds harussani jawab? teman nak dgr jugak ni ape fatwa terbaru plak? atau blh tukar2 fatwa plak ke? teman xtau ni tolong le jelaskan nnti teman pgi sape nak tanggung dose?

Tanpa Nama berkata...

Asalamaualaikum,

pada hemah saya ds mufti telah memberikan teguran yang berani dan seharusnya difahami secara mendalam oleh orang yang memerintah dan berkuasa ,, yang jadi masalahnya sekarang Negeri Perak di perintah oleh Menteri Besar haram jadi teguran itu tak menjadi makna ...tiada tindakan yang boleh diambil..namapun dah haram...apalagi meluluskan kerja kerja kerja haram ni....nak tegur su perak baik tak payah.. jadi budak budak umno jer tu....kadam dari dulu kini dan selamnya...babye...

Tanpa Nama berkata...

Dah memang dasar perangai Org tak reti bahasa (MB haram)...dasar org tak reti nak ikut nasihat dari Mufti sendiri.....tak senang duduk gamaknya, kalau tak buat benda2 yg bercampur gaul antara lelaki & pompuan dan jugak maksiat nie...iyelah, ambik jawatan org lain secara haram, mana nak dengar nasihat baik2 yg ade kaitan agama...panasss kot.....