Jika sekiranyalah PAS Permatang Pauh mengatakan pembahagian kerusi di-kawasan ini tidak adil dimana PAS hanya diperuntukkan satu (1) kerusi DUN sahaja sedangkan PKR mendapat satu (1) Parlimen dan dua (2) DUN. Bagaiman pula di Lenggong dimana PAS selain mendapat kerusi Parlimen juga mendapat kerusi DUN (Kenering)? Sedangkan PKR hanya mendapat DUN Kota Tampan sahaja. Disini jelas para pimpinan diperingkat atasan sangat praktikal dalam keputusan mereka.
Pada hemat saya ini adalah agenda orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan di Penanti. Untuk memastikan rancangannya memperoleh kejayaan sesuatu usaha untuk dapat meresap kedalam PAS Permatang Pauh perlu dilakukan. Saya tidak percaya pada satu pendapat yang kaitkan dengan pemilihan kepimpanan PAS
Ini Agenda tempatan semata. Mungkin ada imbuhan tertentu dijanjikan. Walau bagaimanapun Kepimpanan PAS mesti memandang serious gejala ini. Kita kena faham memang ada yang mahu melihat kapal kita pecah. Para Ikan Yu yang sedang kebuloran sedang mengelilingi kita. Saya juga tidak suka membangkitkan hal-hal kesefahaman dimana ada ketikanya kita terpaksa akur dan memberi laluan atas kehendak pimpanan demi menjaga keharmonian.
Jika ahli-ahli PAS boleh sendiri-sendiri menentukan kehendak mereka saya percaya ianya akan dicontohi oleh ahli-ahli parti lain dalam Pakatan. Dimasa itu siapa yang bertepuk tangan paling kuat? - Ahmadzawawi
5 ulasan:
Mungkin saudara lihat dari sudut mata kasar….sebenarnya apa yang terjadi diPermatang Pauh mungkin berlainan sedikit di tempat-tempat yang lain, bukannya kami mahu perpecahan. Ini berkaitan soal survival politik orang Islam khususnya orang yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang.Semua sudah maklum, sekiranya kerusi calon itu dimenangi, secara automatik dia akan memperolehi jawatan exco dalam pentadbiran kerajaan negeri dan juga kerusi tertinggi dalam hirarki negeri iaitu Timbalan ketua menteri 1 P.Pinang.
Disini kami mahu pemimpin yang benar-benar tahu permasalahn yang kami hadapi, yang selalu turun padang menemui rakyat, yang mempunyai daya kepimpinan untuk memobilisasikan gerakan rakyat untuk kehidupan yang lebih adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum bukannya pemimpin yang hanya pandai beretorik dan terdiri hanya dari golongan elitis.
Sekalipun dia seorang lebai kampung atau seorang hamba, tapi lebih tahu membuat kerja, mempunyai keazaman yang kuat dan sama-sama memikul permasalahan rakyat, itulah yang lebih diutamakan.
Entah sudah berapa banyak pemimpin ditukar dari zaman BN memerintah hinggakan ke PR, nasib kami disini masih disitu juga. Oleh itu kami berharap kepimpinan yang dilantik nanti mestilah orang yang selayaknya.
kami tidak mahu untuk dipaksa menerima kepimpinan yang tidak memiliki ciri-ciri seperti dinyatakan walaupun yang melantikanya itu orang tertinggi dalam kepimpinan organisasi parti (sama ada PKR, PAS atau DAP). Serahlah kepada rakyat disini untuk memilih dan mengangkat pepimpin yang dapat memenuhi aspirasi mereka. Kerahkan aktivis-aktivis parti dan tanya sendiri kepada rakyat siapa pemimpin yang selayaknya dilantik untuk mengisi kekosongan itu dan kami akan memberi jawapannya.
Apapun kami patuh sekiranya kepimpinan atas ada calon lebih baik dan difikirkan sesuai tapi apa yang penting Rakyat perlu diutamakan. Kami tidak menolak sekiranya ada pemimpin yang lebih baik dilantik untuk mengisi kekosongan itu. Sekian.
Salam,
Wak rasa biarlah pihak atasan PR yang menentukan yang mana wakil pilihan yang layak..Tak perlulah PAS Permatang bermain api...memulakan cetusan pasti akan mengundang anasir-anasir yang akan mulai menjalankan jarum halus agar perpecahan terjadi dalam Pakatan Rakyat..Jangan kita jadi seperti mereka..yang tak relevan dah..kesedaran itu perlu kerana dah lebih 50tahun tertipu hidup-hidup...jadi apa perlu bertengkar semata-mata 1 kerusi..Fikirkan bagaimana negeri Pasir 2 butir terjadi..
waksab.blogspot.com-DariMindaKU
Saya bukan orang Permatang Pauh jadi tidak tahu akan situasi di sana. Tapi saya rasa tidak salah kalau pimpinan mendapatkan input dari ahli tempatan kerana mungkin ada maklumat relevan yang hanya diketahui orang tempatan. Contohnya, apa yang berlaku di Kuala Kangsar. DUN Bukit Chandan diserahkan kepada PKR untuk bertanding. Ahli PAS akur dengan keputusan pimpinan dan bekerja keras semasa pilihanraya. Namun begitu feedback yang didapati dari pengundi ialah mereka telah mengundi calon BN di DUN Bukit Chandan kerana i) dia anak tempatan dan
ii) calon lawan adalah PKR dan bukan PAS. Pengundi tempatan berpendapat parti pembangkang yang ada kredibiliti hanyalah PAS.
Mungkinkah pimpinan mengambilkira maklumat (yang telah pun disalurkan) ini di masa akan datang?
Itulah permasalahan kita. masalah menarik kepercayaan rakyat Pulau Pinang khususnya orang melayu yang masih tegar menyokong idealisme Barisan Nasional khususnya UMNO. Melayu disini masih terpukau tentang keindahan material dan lambakan bangunan pencakar langit yang tidak dapat digapai oleh mereka. Otak orang Melayu disini sudah semak dan semakin sesak setelah diindoktrinisasikan oleh gerombolan UMNO. Adakah mereka sedar akan masalah yang berlegar disekeliling mereka setelah dibohongi oleh pemimpin terdahulu sehinggakan yang buruk pun dikatakan indah!!!
Bila dilihat kawasan yang ditandingi PAS yang meliputi keawasan majoriti Melayu semuanya tewas kecuali di Dun Permatang Pasir, kenapa hal ini berlaku??
Ini kerana idealime dan wawasan kita tidak dapat diadun sebaiknya untuk diresapi oleh Rakyat Pulau Pinang khususnya yang berbangsa Melayu. Itu sebab kita perlukan seorang pemimpin yang benar-benar mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan rakyat/masyarakat yang dapat mempratikan teori-teori dan idealisme sehinggakan rakyat percaya akan keupayaannya.
Oleh itu, kita perlukan pemimpin yang mempunyai kepakaran itu. Kepakaran untuk menyatukan rakyat dan pemimpin. kepakaran meningkatkan mutu dan mengerakkan rakyat untuk berfikir. Dan saya yakin Islam ada penyelesaiannya…sekian, waasalam
sama-sama kita bermuafakat dan berbincang antara rakyat dan kepimpinan tertinggi ..bermesyuarat lah dan gunakan pendekatan pilihlah yg terbaik demi keadilan ...
Catat Ulasan