23 Apr 2009

Kisah Pencacai UMNO Bebal Tahap Gaban, GMP Namanya


Gagasan Melayu Perak (GMP) menunjukkan kebodohannya sendiri apabila presidennya Mohd Hilmi Ismail tidak dapat membezakan antara portal Malaysia Today kendalian Raja Petra Kamaruddin dan portal berita Malaysiakini.

Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April.

Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

"Tidakkah Malaysia Today sama dengan Malaysiakini atau blog-blog lain," kata Helmi yang mengaku beliau tidak tahu menahu mengenai artikel yangh dimaksudkan dan hanya membuat laporan polis berdasarkan kepada informasi yang diberikan oleh seorang kakitangannya sahaja.

Penasihat undang-undang persatuan itu, Nor Ali Nordin kemudiannya memohon maaf kepada Malaysiakini bagi pihak presiden GMP.

Terlebih bebal ialah agensi berita yang melaporkannya tanpa menyemak kesahihan aduan yang dilakukan sebelum disiarkan untuk tatapan orangramai meletakkan kredibiliti agensi berita itu setaraf tong sampah. - Greenboc



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gagasan Melayu Perkembar

slyderrose berkata...

bengap betul si mamat nie..tak tahu apa.. rupanya. memalukan aje...siasat dulu le..cari kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah rasa bagus sangat kenapa tak report psl Bernama??? mangkuk ayun punya mamat...nak ampu pun padan2 la, dahla bodoh,sombong lak tu..

Tanpa Nama berkata...

..aduh. tak tahu mana nak letak muka lepas nih.. lain kali. siasat dulu.. dah betul-betul sah, baru buat laporan.. adesss...