Dalam pada itu, Fairus berkata, "saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN Penanti."
"... serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fairus dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.
Kata Fairus, pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membebaskannya dari segala tuduhan adalah satu manifestasi kebenaran yang telah selama ini beliau pertahankan.
"Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya," katanya.
SPR telah mengadakan mesyuarat mengenai Penanti kelmarin tetapi menangguhkan pengumuman kekosongan DUN berkenaan serta tidak mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi sepertimana lazim dilakukan SPR.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi alasan sehingga ini SPR belum menerima kenyataan bertulis daripada pemilik-pemilik bangunan yang akan digunakan termasuk bagi penamaan calon dan pengiraan undi, juga kenyataan bertulis mengenai persetujuan pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus pilihan raya untuk mengendalikan pilihan raya itu.
"Bila urusan pentadbiran belum selesai bagaimana kita nak umumkan?" katanya.
Abdul Aziz menolak tanggapan kononnya terdapat "pengaruh luar" yang menyebabkan penundaan tersebut.
"Ini tidak ada kena-mengena dengan pengaruh politik, ini isu dalaman kami sendiri. Kami sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya dan sebaik sahaja kami dapat pengesahan mengenai perkaraperkara ini maka kami akan umumkan," katanya.
Penundaan pengumuman tarikh pilihan raya itu menimbulkan spekulasi beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik oleh akhbar parti itu, Harakah, sebagai berkata SPR kini sudah tidak bebas dan ada orang belakang yang menentukan hala tujunya.
1 ulasan:
Tidak mungkin mengumumkan lagi pilihanraya....
Catat Ulasan