23 Apr 2009

Media Indonesia disekat dari menanya Najib Altantuya tentang Manohara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengelak menjawab soalan mengenai dakwaan 'kehilangan' bekas model, Manohara Odelia Pinot, sewaktu berada di Jakarta untuk bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.

Wartawan yang membuat liputan sidang akhbar selepas pertemuan mereka, tidak dibenarkan bertanya mengenai kes tersebut.

Sewaktu sidang akhbar itu berlangsung, ibu Manohara - Daisy Fajarina - pula mengadakan sidang akhbarnya untuk merayu kepada Najib supaya membantu mencari anaknya itu, lapor AFP.

Manohara berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan, tahun lalu.

Daisy mendakwa anaknya mengalami deraan fizikal dan emosi oleh suaminya, yang didakwa bersama Manohara di Malaysia tanpa kerelaan anaknya.

"Sebagai perdana menteri Malaysia yang baru, saya menggesa Najib menyiasat dan mempertahankan kebenaran dan hak kami," kata Fajarina di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Wanita Indonesia.

"Saya hanya mahu anak perempuan saya dibebaskan... sebagai seorang ibu saya mempunyai hak untuk bertemu anak saya," tambahnya.

Daisy pengsan apabila beliau diserbu oleh para wartawan Indonesia yang memberi liputan meluas mengenai kisah Manohara itu.

Dalam perkembangan berkaitan Najib dilaporkan memberi jaminan bahawa ibu Mnoharabebas berkunjung menemui puterinya di Malaysia. Tentang kemungkinan pernah berlakunya penganiayaan, Najib enggan memberikan komennya.

"Itu masalah keluarga. Itu antara dua pihak, kadang hanya tahu dari pihak satu saja, pihak lain tidak," kata Najib sewaktu berjumpa wartawan di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta, petang tadi.

Jabatan Imigresen Malaysia juga dilaporkan telah menarik balik arahan yang melarang ibu Manohara Odelia Pinot, isteri kerabat Kelantan, daripada memasuki negara ini.

Dengan itu, Daisy Fajarina kini boleh masuk ke Malaysia untuk menemui anaknya di negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam berkata larangan terhadap Daisy Fajarina, ditarik balik berkuatkuasa Isnin lalu. Penarikan balik itu dipercayai di atas arahan Najib dari Indonesia berdasarkan laporan di atas, namun rakyat tertanya-tanya siapa sebenarnya yang mengarahkan larangan kepada ibu Manohara itu untuk masuk ke Malaysia dan kenapakan Jabatan Imegrisyen mematuhi arahan itu.




Tiada ulasan: