18 Dis 2012

[BONGKAR] Bekas Pegawai Tinggi Polis Miliki 10 Aset Rumah

Keadilan hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

“Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah,” kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,” sambung beliau.

Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

“Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti,” jelas Yahya.

Presiden Indonesia Selar Tulisan ZAM Di Utusan, Anggap Tidak Wajar & Tidak Beretika

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.

Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.

Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.

Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.

Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.

Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.

Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu - Bernama

16 Kuil Dirobohkan Semasa Era BN, Kenapa MIC Membisu?


Enam belas (16) kuil Hindu telah dirobohkan di Lembah Klang dalam masa 2 tahun semasa era BN.

(senarai ini tidak termasuk seluruh Malaysia)

{SEKARANG MIC NAK TUNJUK HERO DLM KES SEPANG?!!}

1. Kuil Sri Ayyanar Sathiswary Alayam (lebih daripada 65 tahun) Jalan Davies telah dirobohkan pada 22/02/2006 dan patung dikebumikan di tapak.

2. Pantai Malaimel Sri Selva Kaliamman Temple (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan pada 17/042006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3. Vaalmuniswarar Rajaamman Kovil (lebih daripada 60 tahun) di Hospital Lady Templer dirobohkan pada 03/052006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Sri Kaliamman kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Shah Alam pada 09/05/2006.

5. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak (lebih daripada 60 tahun) sebahagiannya telah dirobohkan pada 11/05/2006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

6. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak telah dirobohkan dan dewa dipecahkan pada 08/06/2006.

7. Sri Kaliamman dirobohkan kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam telah dirobohkan untuk kali kedua pada 12/06/2006 di mana 3 Hindu dewa utama telah dibelasah dan dihancurkan sehingga keping dengan tukul eretan oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam.

8. Pada 01/08/2006 Om Sri Sakti Nagamma Allaya Kuil Hindu di Taman Sri Manja, PJS 3/30 Petaling Jaya, Selangor telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

9. Demolishment kuil Sri Subramaniam di Country Homes, Rawang, Selangor, Malaysia pada 29/09/2006.

10. Pada 31/10/2006 Sri Muniswarar Temple (lebih daripada 100 tahun) yang telah dibina di atas tanah swasta di Bandar Rinching, Semenyih Selangor telah dirobohkan.

11. The demolishment Devi Sri Karumaniamman Hindu Temple, Petaling Jaya Utara, Seksyen 21, Kampung Taman Aman pada30/11/2006.

12. Pada 29/12/2006 Sri Muniswarar Temple (lebih daripada 100 tahun) yang telah dibina di atas tanah swasta di Bandar Rinching, Semenyih Selangor telah dirobohkan.

13. Pada 22/2/2007 Sri Maha Nageswari Kuil Hindu di Taman Cahaya 7, Ampang, Selangor Darul Ehsan telah dirobohkan.

14. Pada 15/05/2007, JKR Sri Muniswarar Hindu Temple, Jalan Kapar, Klang telah dirobohkan.

15. Pada 13/06/2007, Kaliaman Sri kuil Hindu di Midlands estet Shah Alam telah dirobohkan.

16. Pada 30/10/2007 Kampung Rimba Jaya Shah Alam @ Padang Jawa (100 tahun) Maha Kuil Mariamman telah dirobohkan tengah-tengah konfrontasi ganas sejurus sebelum Deepavali pada tahun 2007

Tangkap Musa Aman, Selamatkan Duit Rakyat Sabah!


Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik silih berganti membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman.

Kelmarin, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah Boby Lewat @ Ewat membuat laporan SPRM bagi pihak anak muda Sabah terhadap Musa yang didakwa menerima wang sebanyak RM40 juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi.

“Kami merujuk kepada kenyataan bersumpah (Ahli Parlimen Beaufort dan juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Seri Lajim Ukim pada 11 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.

“Ini berikutan pendedahan dari pelbagai sumber media bahawa anak Nazri, Nedim Nazri dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

“Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG,” katanya.

Lesen pembalakan

Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa.

Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012, Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Musa dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.

“Ini adalah atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

“Namun kenyataan bersumpah Lajim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri di Parlimen.

“Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?,” soal Boby.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.

Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah, menurut Lajim.

Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta.

Pengumuman Nazri juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.

“Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz.

“Kesediaan Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM,” ujar Boby. -FMT

KOBAT Persoal Rosmah Lancar Kapal TLDM

Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.

“Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.

“Dia (Rosmah) memang ‘muka tebal’, tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.

Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. ‘Samudera’ merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa.

“Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri atau Permaisuri Agong?” soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang. -KD

Kes Altantuya Ditangguh Lepas PRU, BN Takut Pekung Terbongkar

Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu menetapkan 11 Jun tahun depan bagi mendengar rayuan Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri.

Altantuya adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak Baginda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dibunuh secara kejam apabila diletup menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.

Mengulas penangguhan itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertegas, kes rayuan tersebut sepatutnya didengar secepat mungkin dan tiada sebab perlu ditunda.

“Saya turut terkejut mendengar berita bahawa kedua-dua mereka masih berada dalam tahanan, menunggu untuk buat rayuan, sedangkan keputusan kes telah lama dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Surendran, ia menimbulkan persoalan adakah keputusan untuk mendengar rayuan itu sengaja dibuat selepas pilihan raya agar rahsia mereka yang terlibat tidak terbongkar.


“Kita tak nampak apa-apa sebab munasabah untuk menunda kes itu sehingga tahun depan, apatah lagi bulan Jun, yang umum tahu pada waktu itu, pilihan raya telah selesai,” katanya.

“Kita tuntut penjelasan berhubung kelewatan pendengaran rayuan tersebut dan desak agar dijalankan segera,” tegas Surendran lagi.

Kes Altantuya: Rayuan 2 bekas anggota UTK 11 Jun Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu menetapkan 11 Jun tahun depan bagi mendengar rayuan Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri.

Altantuya adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak Baginda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dibunuh secara kejam apabila diletup menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.

Mengulas penangguhan itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertegas, kes rayuan tersebut sepatutnya didengar secepat mungkin dan tiada sebab perlu ditunda.

“Saya turut terkejut mendengar berita bahawa kedua-dua mereka masih berada dalam tahanan, menunggu untuk buat rayuan, sedangkan keputusan kes telah lama dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Surendran, ia menimbulkan persoalan adakah keputusan untuk mendengar rayuan itu sengaja dibuat selepas pilihan raya agar rahsia mereka yang terlibat tidak terbongkar.

“Kita tak nampak apa-apa sebab munasabah untuk menunda kes itu sehingga tahun depan, apatah lagi bulan Jun, yang umum tahu pada waktu itu, pilihan raya telah selesai,” katanya.

“Kita tuntut penjelasan berhubung kelewatan pendengaran rayuan tersebut dan desak agar dijalankan segera,” tegas Surendran lagi.



Ulasan GB

Gb melihat kes ini akan menjadi serupa dengan kes Jenain.

Ditangguhkan lagi kemudian akan dibebashkan.

"Yang mengarah" untuk melakukan pembunuhan sendiri sudah lama lepas bebas.

Dia Mengaku Sudah Berzina Dengan 30 Kenalan Facebook


Usianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di fb.

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri.

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.

“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. -hm

Ulasan GB

Ya Allah ya Tuhanku,
Lindungi aku dan ahli keluargaku dari perbuatan keji dan mungkar...

17 Dis 2012

Arab Spring: Najib Cemas & Gerun Dengan Kebangkitan Rakyat Di Malaysia


Generasi muda mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan usaha kerajaan melonjakkan pembangunan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi, selain memastikan Malaysia sentiasa dihormati di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab generasi muda kini bukan sekadar meraih ilmu di pusat pengajian tinggi tetapi perlu mempunyai misi untuk menjadi generasi penyambung yang akan meneruskan usaha generasi sedia ada untuk mempertingkatkan lagi kejayaan dan kemakmuran negara.

"Kita perlu sedia yang terbaik untuk mereka dan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam menjayakan usaha ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis bersama pemimpin pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sempena Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib berkata: "Jika mahu Malaysia dihormati dan disegani di persada antarabangsa, maka kita mesti tampilkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana perubahan dan kemajuan sebenar berlaku.

" "Tidak perlu kepada fenomena Arab Spring untuk melihat perubahan dalam negara.

"Ini adalah kerana negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh," kata Najib.

Beliau berkata, kerajaan juga telah melakukan beberapa perubahan bagi memberi ruang yang selesa kepada generasi muda termasuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Pindaan Auku itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda menunjukkan kematangan dan kepimpinan yang mencakupi kepentingan rakyat keseluruhannya, tambahnya.

"Kita mesti percaya kepada generasi baharu. Mereka adalah anak-anak kita.

Dan hari ini, tiada siapa boleh kata bahawa kita sekat dan cengkam generasi baharu daripada membangunkan intelek dan kepimpinan mereka," katanya.

Seramai 600 pemimpin pelajar IPT seluruh negara termasuk pemimpin pelajar dari politeknik dan kolej komuniti menghadiri konvensyen tiga hari, yang bermula semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Konvensyen itu merupakan sebuah wahana pembangunan dan penjenamaan fungsi, peranan serta kaedah strategik bagi meningkatkan kecekapan, tanggungjawab dan halatuju pemimpin pelajar IPT tempatan. - Bernama

Ulasan GB

Terlalu ketara Najib begitu gerun dengan fenomena "Arab Spring" yang telah menjatuhkan rejim-rejim zalim seperti Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.

Kemudian Naib seperti "menghina" gerakan massa yang telah berlaku dengan menyatakan:

negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh,

Najib tidak ada hak untuk memberitahu rakyat di Tunisia dan Mesir yang telah berjaya menukarkan rejim-rejim zalim itu kepada kerajaan yang baru dengan menuduh kononnya " ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak".

Pembinaan dan pembangunan semula negara-negara demikian sepastinya mengambil masa kerana keruntuhan dan kezaliman yang telah dilalui oleh rakyat negara berkenaan telah berjalan sekian lama di bawah rejim yang telah dijatuhkan.

Yang pasti kehidupan rakyat lebih gembira dan lebih bahagia kini setelah pemerintahan kerajaan berjaya ditukarkan dan mereka tidak lagi hidup dengan ditindas oleh rejim-rejim zalim berkenaan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya: Apabila sebuah kerajaan itu zalim dan menipu rakyat, maka rakyat akan bangkit tumbangkannya!

Itu sangat jelas.

Cermin Bas Merdeka Rakyat Pecah Dibaling Samseng Umno


Tapah 17 Dis: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang samseng Umno ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan berlubang.

Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas.

Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 630 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar.

“Kejadian berlaku ketika bas berada di lebuh raya Kami sendiri tak sedar. Tiba-tiba ada bunyi kuat di cermin.

“Cermin retak dan ada satu lubang kecil Saya syak mungkin ia dibaling objek dari atas kerana berdasarkan kerosakan, ia bukan dibaling dari bawah dengan kereta atau motosikal. Mungkin dilastik, kerana atas lebuh raya itu ada satu jambatan,” katanya ketika dihubungi.

Berikutan insiden itu, menurut Raden, Timbalan Ketua Cabang Tapah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Tapah, berkenaan perkara tersebut.

“Kita tidak buat laporan polis Apa pun kita akan perbaiki dan tukar cermin baru. Lagi pun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan lain dalam bas.

“Tiada apa-apa pun respon dari polis. Mereka hanya berkawal seperti biasa di tapak ceramah dan bas dibiarkan tanpa iringan,” ujarnya. -KD


MP: Jangan Keluar Saman Had Laju Sesuka Hati

Tawau - Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meminta pihak polis tidak mengeluarkan saman had laju sesuka hati kepada pengguna jalan raya di daerah ini terutama di jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda had laju. Beliau berkata, beliau bukan menentang tindakan polis menguatkuasakan undang-undang tetapi tindakan perlu dilaksanakan secara adil dan tidak menyusahkan rakyat sehingga timbul tanggapan seolah-olah kerajaan cuba mencari keuntungan daripada rakyat khususnya penguna jalan raya. "Selain menerima aduan, saya sendiri nampak ada anggota polis yang bersembunyi di bawah pokok untuk menyaman pengguna atas kesalahan had laju, contohnya di kawasan Jalan Apas dan Jalan Kuhara. "Tapi persoalannya, macam mana pengguna mahu tahu had laju yang ditetapkan sedangkan papan tanda had laju tidak pula tersedia di kawasan berkenaan. Ini seakan-akan menganiaya pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Abdul Ghapur, ramai pengguna yang dikenakan saman dengan kadar yang tinggi berasa kecewa, marah dan keliru lebih-lebih lagi apabila mereka tiba-tiba sahaja menerima surat saman. - Bernama

Kuota Wanita : BN Hanya Merapu, Tetapi Melaksakannya, PR Yang Mampu

Laungan Umno-BN sebelum ini yang menjanjikan peluang 30 peratus daripada pembuat keputusan tiinggi diisi oleh kaum wanita dilihat gagal diterjemahkan.

Perkara ini dilihat apabila hanya seorang sahaja wanita dipilih mengisi jawatan Menteri Kabinet dan lebih menyedihkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak selaku Menteri Wanita Malaysia.

Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat Selangor, di mana seramai empat orang wanita dipilih menggalas jawatan Exco Selangor, seminggu selepas memerintah pada Mac 2008.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata, keutamaan meletakkan wanita dalam barisan pembuatan keputusan perlu dikotakan segera.

“Sebaik memerintah Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan barisan kabinetnya yang mengandungi 40 peratus Exco wanita dan seorang Timbalan Speaker wanita.

“Dalam mengumumkan bakal-bakal barisan kabinet di Putrajaya (sekiranya menang), Pakatan Rakyat akan mengotakan pertambahan ketara dalam barisan Menteri sebaik diberi mandat mentadbir di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, Malaysia hari ini berada di tangga ke 120 daripada 135 negara dalam mengisi wanita sebagai pembuat keputusan berbanding negara Asean seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Jelas Rodziah, apa yang perlu dilaksanakan bukannya mewujudkan mekanisme pemantauan dasar minimum 30 peratus itu, tetapi segera mendahulukan pelaksanaan yang hanya memerlukan kesanggupan barisan politik berkuasa (political will).

“Pemerintahan Umno-BN selama lebih setengah abad ini, telah menyaksikan kemorosotan yang menjolok mata dalam bilangan dan peratusan anggota kabinet.

“Yang boleh dianggap sebagai meremehkan kedudukan dan status wanita yang mewakili hampir 50 peratus penduduk di Malaysia.” -selangorku

Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib

Kuala Terengganu – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.

Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku. -SH

[VIDEO & GAMBAR] HKR Perak - Dibasahi Hujan Tetapi Ribuan Bertekad Tumbangkan BN


Parit: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam tadi, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek.

Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat

Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw. -HD


















Lelaki Jaja Batu Petir Jual Nama Haron Din

Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis.

Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000.

Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan ‘batu petir’. -HM

[LIVE - Kemaskini] Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Perak


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini bermula jam 3 petang tadi sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak.

HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013.

Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat.

ATURCARA MALAM INI

Bermula jam 8.30 malam pula, Pentas NGO akan memaparkan ceramah dan ucapan-ucapan daripada kumpulan Bersih, Anak, Kerabat, Royalti, SAMM, ABU, Bukit Merah Community, Save Teluk Rubiah dan lain-lain lagi.

Jam 9.30 malam, persembahan artis daripada Ito Blues Gang, Nik Jidan, Sivaguru dan lain-lain.

Pidato Pimpinan Rakyat dan penyampaian hadiah pertandingan akan bermula sekitar jam 10 malam sehinggalah berakhirnya pada jam 12 tengah malam.