Tapah 17 Dis: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang samseng Umno ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan berlubang.
Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas.
Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 630 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar.
“Kejadian berlaku ketika bas berada di lebuh raya Kami sendiri tak sedar. Tiba-tiba ada bunyi kuat di cermin.
“Cermin retak dan ada satu lubang kecil Saya syak mungkin ia dibaling objek dari atas kerana berdasarkan kerosakan, ia bukan dibaling dari bawah dengan kereta atau motosikal. Mungkin dilastik, kerana atas lebuh raya itu ada satu jambatan,” katanya ketika dihubungi.
Berikutan insiden itu, menurut Raden, Timbalan Ketua Cabang Tapah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Tapah, berkenaan perkara tersebut.
“Kita tidak buat laporan polis Apa pun kita akan perbaiki dan tukar cermin baru. Lagi pun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan lain dalam bas.
“Tiada apa-apa pun respon dari polis. Mereka hanya berkawal seperti biasa di tapak ceramah dan bas dibiarkan tanpa iringan,” ujarnya. -KD
7 ulasan:
hulurkan bantuan untuk membaiki bas itu dengan gan iklas, biar geng syaitan umno tahu kuasa perubahan tidak boleh dihalang.
Sape masuk kg aku dan kacau bas ni, siap korang. Kalo nak kaco, kaco lain tempat. Banyak lagi bas leh kaco, bas regal, bas hup soon, bas kamta
Korang tanak perubahan ke? Nk kene jajah lagi? Buat malu org tapah je
sy org tapah,,sikap mcm kebudak budakan ni bukan melambangkan sikap sebenar org tapah,,,malukalo kita buat mcm ni kat org..yg lestik atau baling batu tu mungkin bebudak tak cukup umuq ,yeal lah. kampung kat pinggir tapah ramai ahli parti setan yg dikenali,,tak mustahil ketua nya pun syaitan jugakkk...
sedih ditengokkan. inilah berlaku pada orang orang yang berfikiran sempit zaman batu, tiada matang dan bacul....baling batu sorok tangan.
UMNO BN = ZIONIS LAKNATULLAH... kumpulan manusia yang kematian "hati"
.teruskan usaha kerana kejayaan yg manis akan melalui cabaran yg hebat dan berat
Aku rasa bas ni kena lestek kat area jambatan nak ke Lata Kinjang tuh... kalo tgk pada masa antara 6.30 ke 6.45 ptg tu begerak dari RR Tapah, mmg dlm anggran 15 minit nk sampe ke situ (jambatan Lata Kinjang).
Aku agak le, sama ada budak Tapah, Chenderiang atau Kinjang tuh... Yang pastinye keje ghope ni mmg keje budak Melayu yang bangaang diupah dek UMNO...
Malu aku kalo budak Tapah yg buat keghoje nih...
Catat Ulasan