18 Dis 2012

Tangkap Musa Aman, Selamatkan Duit Rakyat Sabah!


Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik silih berganti membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman.

Kelmarin, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah Boby Lewat @ Ewat membuat laporan SPRM bagi pihak anak muda Sabah terhadap Musa yang didakwa menerima wang sebanyak RM40 juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi.

“Kami merujuk kepada kenyataan bersumpah (Ahli Parlimen Beaufort dan juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Seri Lajim Ukim pada 11 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.

“Ini berikutan pendedahan dari pelbagai sumber media bahawa anak Nazri, Nedim Nazri dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

“Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG,” katanya.

Lesen pembalakan

Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa.

Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012, Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Musa dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.

“Ini adalah atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

“Namun kenyataan bersumpah Lajim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri di Parlimen.

“Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?,” soal Boby.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.

Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah, menurut Lajim.

Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta.

Pengumuman Nazri juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.

“Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz.

“Kesediaan Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM,” ujar Boby. -FMT

7 ulasan:

Ahmad berkata...

Kalau orang2 umno ni d tgkp dan d masukkan dlm penjara. Adakah hukuman mereka sama seperti di dlm cerita prison break @ dpt penjara y lengkap spt tv dan kemudahan lain. Adkh itu d namakan penjara bg menginsafkan mereka???adakah wang2 y mereka ambil dr unsur y xbenarkan @ rasuah @ sbgnya akn diganti semula dan d berikan pd y berhak???harap dpt jawpn y memuaskan hati sy.tq

Tanpa Nama berkata...

Rasuah nombor satu terletak di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

rakyat sabah memang sebahagian besar miskin miskin orangnya. kesian, hanya sedikit lebih baik dari orang orang somalia atau kenya.

Tanpa Nama berkata...

Selagi manusia bernana Musa Aman tidak ditangkap sampai ke tahap interpol menangkap dia bawa ke Hong Kong, selagi itu i sokong perjuangan SAMM Sabah dalam perjuangannya kerana dia punya pasal M'sia dicap sebagai negara ketiga pengeluar wang duit haram terbesar di Dunia.

Tanpa Nama berkata...

Buat la sejuta report pun tak akan ada tindakan terhadap musa aman sebab dia kebal. Buat penat je report . Dekat pru nanti dia bagi angpau sikit berebut2 org sabah pangkah dia. Tak percaya tengoklah nanti.

Tanpa Nama berkata...

bukan nak suruh tangkap tak tentu pasal. Suruh siasat. bicarakan. adil kepada musa/ nazri & rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Apa bila kerajaan di tukar barulah penyamun-penyamun ini dapat di tangkap.selagi umnobn berkuasa jangan harap...sprm,polis peguam ,negara semuanya geng mereka 2x5 hanya ikut nafsu umnobn.