Laungan Umno-BN sebelum ini yang menjanjikan peluang 30 peratus daripada pembuat keputusan tiinggi diisi oleh kaum wanita dilihat gagal diterjemahkan.
Perkara ini dilihat apabila hanya seorang sahaja wanita dipilih mengisi jawatan Menteri Kabinet dan lebih menyedihkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak selaku Menteri Wanita Malaysia.
Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat Selangor, di mana seramai empat orang wanita dipilih menggalas jawatan Exco Selangor, seminggu selepas memerintah pada Mac 2008.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata, keutamaan meletakkan wanita dalam barisan pembuatan keputusan perlu dikotakan segera.
“Sebaik memerintah Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan barisan kabinetnya yang mengandungi 40 peratus Exco wanita dan seorang Timbalan Speaker wanita.
“Dalam mengumumkan bakal-bakal barisan kabinet di Putrajaya (sekiranya menang), Pakatan Rakyat akan mengotakan pertambahan ketara dalam barisan Menteri sebaik diberi mandat mentadbir di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, Malaysia hari ini berada di tangga ke 120 daripada 135 negara dalam mengisi wanita sebagai pembuat keputusan berbanding negara Asean seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Jelas Rodziah, apa yang perlu dilaksanakan bukannya mewujudkan mekanisme pemantauan dasar minimum 30 peratus itu, tetapi segera mendahulukan pelaksanaan yang hanya memerlukan kesanggupan barisan politik berkuasa (political will).
“Pemerintahan Umno-BN selama lebih setengah abad ini, telah menyaksikan kemorosotan yang menjolok mata dalam bilangan dan peratusan anggota kabinet.
“Yang boleh dianggap sebagai meremehkan kedudukan dan status wanita yang mewakili hampir 50 peratus penduduk di Malaysia.” -selangorku

1 ulasan:
Kesantunan wanita telah menjadi bahan manipulasi umnoapco selama ini, Mereka mudah terpedaya dengan janji yg tidak jelas lagi menindas. Namun komitmen merekalah yg telah terlal;u banyak menjayakan agenda umnoapco Be eNd selama ini.
Alhamdulillah kini ada Pakatan Harapan Rakyat yg terbukti mampu menggalas tanggungjawab ini. PR seperti yg telahpun di buktikan oleh Kerajaan PR/PAS Kelantan telah membawa wanita berubah peningkatan kehidupan mereka juga menjadikan mereka wanita bermaruah.
Insya ALlah kehancuran umnoapco Be eNd menjadikan wanita akan datang jauh lebih terbela dan membela ummah.
Ajhli dalsafah Islam menyatakan jika mahu melihat generasi akan datang , lihatlah wanita hari ini. Maka keunggulan generasi akan datang bermula dengan pembangunan minda, jiwa dan martabat wanita/muslimah.
Catat Ulasan