Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.
Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.
Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.
Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.
Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu - Bernama

6 ulasan:
Dasar orang utusan kaki penghasut penipu oii tembelang dH pecah surat khabar utusan hanya utasan bungkus nasi lemah
Hajat dihati nak mengampu agar dapat dicalonkan semula pada pru nanti. Tapi apakan daya... kebodohannya melampaui segalanya. Bodoh jenis tak boleh nak repair dah.
kadang kadang dia rasa masih dokberasa wartawan hebat..masa anda dah berlalu..jadi lah org berjuang untuk kebaikan, keadilan dan kesaksamaan, bukan kesumat dendam.. ingat Allah sentiasa memandang kpd kita..
si mamak 'erektion' betul betul memalukan mamak mamak nasi kandar, dan semua mamak satu dunia terutama mamak kedah dan pulau pinang. sudah banyak 'erektion' sejak 1957 masih tak paham election dan erektion.
malu negara sudahlah satu, buat habis beras aje!
Aku pn mamak jgk..tapi dh cmpur melayu..mamak jenis pekat mcm zam ckup aku x suka..x pndai nk brkawan dgn sesama Islam..sikit hari nti utusan pn kena saman lg dr Indonesia..bertaubatlh..
Yg tinggal dlm bn hnya yg bodoh dan tolol.yg paling bodoh si zam itulah sbb dia lah jadi perosak hubungan mesra kita dgn indonesia.klau dia mati kena bunuh pun aku tak kesah....
Catat Ulasan