Kuala Terengganu – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.
Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.
Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.
Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.
“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.
Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.
Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku. -SH

4 ulasan:
Sekarang 28 juta rakyat Malaysia
dah mula berani nak
tibai Pakjib dan Makmah.
Ertinya dua lakibini
ni dah mula panas punggung.
Tak payah pilih Muhyiddin. Orang tua ni pun durjana juga macam pemimpin kerajaan Belaian Neraka yang lain. Ahli & penyokong parti jahanam ni kan telah diajar supaya mengamalkan cara hidup yang berkiblatkan budaya barat. Oleh itu, undilah Pakatan Rakyat
Sabar ajelah, tinggal 2-3 bulan aje algi selepas tu dua dua dah tak ade cerita, masing masing sibuk pencen di kampong tanam ubi kayu bela patin sangkar.
Putrajaya dan Cyberjaya tinggal pekan seperti Tangkak aje, semua business balik ke KL. Tahun depan hartanah KL melambak murah....
Bro lu dok kl ke.. kl dah sesak la bro... elok la keluar dr kl... buat la kat tangkak ke...
Catat Ulasan