Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.
“Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.
“Dia (Rosmah) memang ‘muka tebal’, tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.
Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. ‘Samudera’ merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.
Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
“Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa.
“Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri atau Permaisuri Agong?” soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang. -KD

5 ulasan:
rosmah tu adalah kisah malang rakyat Malaysia kerana dia sebagai bini pm...bukan setakat muka tebal..mcm lebih sendok dlm mangkok kuah..dah lama rakyat meluat dgn rosmah ni..jd meloya bila ternampak dimana..penoh dlm screen tv3suku atau dlm utusex meloya tu
biarlah dia buat apa apa pun yang nak dibuat. rakyat boring, barulah boleh tukar pemimpin lain ada banyak. tinggal berapa bulan aje lagi, biar lah dia....
Membodek keterlaluan sampai memperbodohkan diri sendiri. Zahid dan mahathir sama sahaja. Di mana letaknnya otak mereka ini?
Bagi la dia peluang Broo, kan ini kali terakhir dia boleh buat camtu lepas ni dia kan akan bermastautin kat Simpang Renggam !
Belum pernah dalam sejarah negara malaysia, rakyat malaysia begitu benci pada isteri perdana menteri.. Sungguh belum pernah.. Time tun hasmah dulu, semua org sanjung, hati baik, lembut, ada sifat keibuan yg tinggi... Tak pernah ambil kesempatan yg melampau2, bila laki dia dulu jd PM. Skrg ni najib jd pm, rosmah jadi beriya iya nak ketua PM.. Smpai kapal selam pun dia nak ambil port.. Kalau tak de angin masakan pokok bergoyang. Altantuya, kapal selam, cincin, permata, dll yg kita tak nampak...
Walaupun aku tak kenal rosmah tp hti aku ttp x suka rosmah.. Tak tau la nape. Rosmah, abg minta maaf ya syg..hihi
Catat Ulasan