13 Jan 2012

Isu Bom: KPN Tawar RM10,000, Nafi Ia Perbuatan Polis - Ulasan GB

Polis tawar RM10,000 pada pemberi maklumat letupan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab dalam tiga letupan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Isnin lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya memandang serius insiden menakutkan itu dan sedang menyiasat bagi mengesan mereka yang terlibat.

"Saya hendak tawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi maklumat hingga kami dapat menangkap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan letupan itu.

"Siasatan sedang dijalankan dan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata letupan itu, yang berpunca daripada 'peranti buatan sendiri' memberi impak teruk kerana ia menakutkan orang ramai serta mencalarkan imej negara yang aman dan berdaulat.

"Ia perbuatan amat tidak bertanggungjawab. Pada hari itu, kita sedia berikan peluang untuk berhimpun dengan syarat ia dijalankan dengan aman, namun kejadian seperti itu pula berlaku.

"Selepas ini, kita perlu nilaikan semula setiap permohonan untuk berhimpun bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang,"
katanya.

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan tuduhan liar bahawa PDRM menjadi dalang letupan terbabit.

"Tolong hentikan tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas itu, saya kesal ada pihak yang menuduh PDRM terlibat dalam letupan itu seolah-olah pihak polis dan saya sendiri yang jahat sabotaj orang ramai," katanya.

Terdahulu, Ismail mewakili PDRM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2011/2012 dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Bukit Aman.

Seramai 22 pegawai kanan PDRM dan tiga pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikuti program itu bagi tempoh 18 bulan mulai 16 Dis tahun lepas.

Program itu, yang bermula sejak 26 Jun 2004, melahirkan 63 graduan sarjana dari PDRM. -mk

Ulasan GB

Kata Ketua Polis Negara mengulas insiden letupan bom di kawasan mahkamah tempohari:

"Ia perbuatan amat tidak bertanggungjawab. Pada hari itu, kita sedia berikan peluang untuk berhimpun dengan syarat ia dijalankan dengan aman, namun kejadian seperti itu pula berlaku.

"Selepas ini, kita perlu nilaikan semula setiap permohonan untuk berhimpun bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang,"


Sebelum ini GB sudah mengulas di SINI. Petikan:

Polis telah membenarkan perhimpunan diadakan, untuk mengurangkan impak kejatuhan nama baik polis jika perhimpunan itu diharamkan sedangkan rakyat masih terus juga berhimpun seperti perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lepas.

Namun dari sudut yang lain, insiden bom itu dilihat sebagai satu usaha provokasi melampau untuk menakut-nakutkan dan menghalang rakyat menghadiri perhimpunan aman di masa akan datang sekalipun perhimpuan aman itu nanti diberikan permit atau dalam erti kata dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Itu kebenarannya.

Soal kini, ia angkara siapa?


Selanjutnya KPN menolak ia angkara polis sendiri:

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan tuduhan liar bahawa PDRM menjadi dalang letupan terbabit.

"Tolong hentikan tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas itu, saya kesal ada pihak yang menuduh PDRM terlibat dalam letupan itu seolah-olah pihak polis dan saya sendiri yang jahat sabotaj orang ramai," katanya.


Kita meminta KPN bersikap sabar, professional, telus, adil dan terbuka. Siasatan perlu dilakukan secara komprehensif dan menyeluruh, termasuk ke atas anggota polis sendiri kerana kejadian provokasi yang berulang-ulang seperti simbahan cat merah/hijau, molotov cocktail, kepala babi dan sebagainya adalah seperti dilakukan oleh "pihak yang terlalu berani" mencabar kuasa polis.

Kita tidak boleh dan tidak akan menuduh polis sembarangan, tetapi kebenaran yang berlaku sebelum ini seperti kes pengeboman Altantuya membuktikan sebaliknya.

Kita semua ingin sebuah negara yang aman damai, apa tah lagi Pakatan Rakyat kerana kami bercita-cita dan bakal menjadi kerajaan, dan kita juga tidak kejadian seumpama itu berlaku apabila PR memerintah. Tetapi ada pihak yang cemburu lantas timbulkan huru-hara untuk gagalkan harapan tersebut.

Kita meminta orangramai tidak cepat menuduh polis dan kita juga meminta KPN tidak cepat menafikan keterlibatan para anggotanya kerana siasatan belum berakhir.

Sesiapa juga yang terlibat dengan peristiwa pengebom itu perlu dicari sampai lubang cacing, hatta jika ia dari kalangan Pakatan Rakyat sekalipun, kerana kita tidak mahu sebarang keadaan huru-hara berlaku kerana ia merosakkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Semuga Allah akan mendedahkan kebenarannya.

Sultan Bersetuju Perlantikan Hassan Ali Sebagai Exco Dibatalkan [updated]

MB : Pengganti Hasan Ali Akan Diketahui Minggu Depan

SHAH ALAM, 13 JAN : ADUN Pas yang bakal menggantikan Datuk Dr Hasan Ali bakal mengangkat sumpah pada Rabu depan selepas beliau diputuskan di dalam perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dan pemimpin Pas pusat dalam sehari dua ini.

Abdul Khalid berkata Sultan Selangor telah bersetuju untuk menulis surat pembatalan perlantikan Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

"Saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Perja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari 2012 telah membuat keputusan memecat Dr Hasan Ali dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

"Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa Datuk Hasan Ali tidak boleh menjadi ahli MMKN dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau," katanya.

"Pada masa yang sama, DYMM Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baharu MMKN. Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi dari mana-mana pihak," kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, PAS di dalam mesyuarat yang diadakan pada 8 Januari lepas telah memecat keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan PAS sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Hasan telah menimbulkan pelbagai kontroversi di dalam PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan gagasan itu.



Ulasan GB

Suruh letak jawatan tak mahu. Sekarang tanggung malu sendiri.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Sudah Kena Tipu Mahu Salahkan Kerajaan Selangor

Mana rumah kami?

PUTRAJAYA: Selepas tiada tindakan daripada kerajaan Selangor, 650 pembeli rumah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) supaya menyiasat kes salah guna kuasa pejabat Menteri Besar Selangor berhubung pembelian pangsapuri kos rendah di negeri berkenaan.

Ia berikutan seorang lelaki bergelar haji yang mendakwa Pegawai Khas Menteri Besar yang menguruskan urusan jual beli kediaman itu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan, sekali gus menyebabkan kerugian wang tunai pembeli terbabit.

Pembeli, Azlan Lam, 38, berkata mereka membuat laporan kepada SPRM selepas kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap masalah terbabit.

“Kami juga sudah membuat lebih 45 laporan polis mengenai lelaki bergelar haji itu. Ia tidak termasuk laporan yang dibuat pembeli tidak hadir hari ini (semalam).

“Pada mulanya, kami sangat mempercayainya kerana dia mendakwa Pegawai Khas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sudah tentu dia orang kuat kerajaan negeri,” katanya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin serta beberapa wakil pembeli rumah pangsapuri kos rendah berkenaan.

Azlan berkata, dia bersama pembeli lain sudah beberapa kali bertemu wakil Menteri Besar di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, selepas penyerahan pangsapuri itu ditunda beberapa kali oleh haji terbabit.

Seorang lagi pembeli, Azam Sakimon, 40, berkata dia berharap masalah terbabit diselesaikan segera.

“Saya tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dan mendapatkan rumah yang dijanjikan kepada kami sejak 2009.

“Kami bersetuju membayar RM2,100 kepada haji terbabit kerana dia mempunyai kunci rumah yang dikatakan sebagai kuota politik, selain membawa kami melihat rumah itu sebagai bukti,” katanya. -HM

Ulasan GB

Apa punya berita da... Sudah kena tipu kemudian mahu salahkan kerajaan Selangor.

Mengapa dari awal tidak semak identiti lelaki bergelar haji yang dikatakan mendakwa Pegawai Khas Menteri Besar atau menyemak terus dengan pejabat Kerajaan Negeri Selangor sebelum membeli rumah berkenaan?

Kalau begitu sesiapa boleh mendakwa dia dari pejabat Najib dan edarkan borang untuk diberikan lembu-lembu percuma seorang 100 ekor. Siapakah lembu yang hendak mempercayainya?

Begitulah, mengapa kini dihalakan tohmahan kepada Kerajaan Selangor atau apakah ini hanya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor apa tah lagi GAPS dilihat menjadi dalangnya?

Tiada Siapa Mahu Namanya Dikaitkan Dengan Hassan Ali

Jumpa Hasan: Ismail Kamus mahu saman media

Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

“Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.

“Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan,” kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia itu.

Ismail yang juga Tokoh Maal Hijrah Selangor untuk tahun 1433/2011 itu menang kerusi Dun Gombak Setia dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS.

Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam. -HD

Hasan Ali semakin hampir menemui jalan mati

Beliau kini berada dalam keadaan yang sukar kerana tidak ada parti politik yang benar-benar berminat dengannya.

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali terus menimbulkan tanda tanya di kalangan para penyokong PAS serta pemerhati politik tempatan.

Jika semalam bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak hadir dalam mesyuarat mingguan exco kerjaan negeri, hari ini beliau gagal muncul di majlis sidang media yang diatur di rumahnya.

Bekas naib presiden PAS itu dipecat dari parti Ahad lalu ekoran beberapa siri serangan terhadap PAS termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Hasan diberi masa selama 30 hari untuk merayu tetapi difahamkan beliau belum berbuat demikian.

Perkasa hulur tangan

Beliau kini berada dalam keadaan yang sukar kerana tidak ada parti politik yang benar-benar berminat dengannya.

Hanya Perkasa yang menghulurkan tangan tetapi Dr Hasan sekadar mengucapkan terima kasih.

Timbul spekulasi bekas pensyarah UIA Dr Aziz Bari akan diletakkan bertanding di Gombak Setia dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman tidak menolak kemungkinan tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengganggap ia hanya spekulasi.

“Saya pernah bertemu beliau tetapi tidak berbincang mengenai soal calon,” katanya. -FMT


Ulasan GB

Demikian episod Hassan Ali. Betapa dasyat keadaannya dia sehingga tiada pemimpin PAS yang mahu namanya dikaitkan dengan beliau. Sampai ke peringkat itu sekali. Jangan tanya kenapa kerana masing-masing sudah mengetahui.

GB sudah lama meminta beliau dipecat. Pada tahun lepas lagi, GB mengulas begini:

Pecat segera Hassan Ali dari barisan pimpinan PAS dan barisan exco negeri Selangor. Kerana jika, tidak percayalah, kerajaan PR Selangor bakal runtuh di dalam PRU13 nanti. Sengaja membiarkan duri menyucuk dan bernanah di dalam daging yang kelak merebakkan parasit ke seluruh anggota badan.

Jangan sampai nanti sudah terhantuk baru nak tengadah.


Dan akhirnya Allah mendengar keluhan dan "permintaan" GB itu apabila pada 8 Januari 2012, PAS dengan rasminya memecat Hassan Ali bukan sahaja dari barisan pimpinan PAS tetapi dari keahliannya sekali.

Lalu GB ukirkan kata-kata begini

Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan.

Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.


Kini cuma tunggu MB Selangor memecatnya dari jawatan exco. Pun masih tak lakukannya lagi sekalipun surat pemecatan Hassan Ali sudah pun diterima oleh MB Selangor di atas alasan mahu Hassan Ali letak jawatan sendiri. Jangan harapkan sangat keadaan sedemikian berlaku.

Dari dulu GB lihat MB Selangor ini masih memberi ruang kepada Hassan Ali ini. Tak tahu kenapa. Tak serik-serik lagikah?

Wardina: Kalimah ALLAH Selamatkan Keluarga Saya

Ampang - "Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh ALLAH dan tidak diapa-apakan oleh perompak."

Demikian kata Wardina Safiyyah Fadlullah, pelakon dan model, ketika menceritakan detik-detik cemas sewaktu rumahnya di Bukit Utama 2 dekat sini, dipecah masuk tiga perompak bertopeng, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi ini disedari Wardina apabila tubuhnya digerakkan oleh perompak semasa dia tidur berseorangan kerana demam.

Wardina berkata, suaminya, Ikhwan Johari pula tidur bersama anak lelakinya di bilik lain dan tersedar apabila perompak tersebut turut menggerakkan suaminya.

Menceritakan saat cemas itu lagi, Wardina berkata, kerana terlalu takut, dia cuba melindungi dirinya dengan hanya berselimut.

"Saya cuba elakkan muka saya dilihat dengan berselimut kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diri saya dan hanya kalimah Allah yang saya mohon bantuan ketika itu.

"Kemudian perompak tersebut meminta barang kemas saya tetapi saya tiada barang kemas kecuali cincin pusaka nenek dan gelang hantaran perkahwinan yang saya serahkan," kata Wardina.

Katanya, kemudian tiga anaknya, suami dan seorang pembantu rumah berkumpul dalam biliknya dengan berselimut sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan hati perompak tersebut dapat dilembutkan.

Dia menambah, sewaktu keluarga tidak henti-henti melafazkan kalimah suci al-Quran, perompak tersebut tidak tenang dan berkali-kali mengarahkan mereka berhenti melafazkannya.

"Pada waktu itu juga, seluruh keluarganya nampak dengan jelas ketiga-tiga perompak tersebut termasuklah anak lelakinya yang meraung menangis dan kini dalam keadaan trauma dengan kejadian tersebut.

"Mujurlah semasa kejadian itu, jiran di belakang rumah saya menyedari sesuatu berlaku dan menghubungi pengawal keselamatan taman supaya menyiasat apa yang berlaku.

"Sebaik sahaja perompak tersebut dengar pengawal keselamatan tiba , barulah ketiga-tiga perompak tersebut beredar," kata Wardina lagi.

Sementara itu, Ikhwan berkata, kakinya telah dipukul dengan kayu dan 'screw driver' apabila cuba menjerit selepas sedar dia digerakkan oleh perompak.

"Saya telah memberitahu kepada perompak tersebut agar tidak menyentuh isteri dan anak-anak saya.

"Jelas perompak tersebut mahukan wang dan barang kemas sedangkan kami tidak menyimpan barang-barang kemas selain buku-buku, namun mereka tidak berpuas hati dengan alasan kami.

"Perompak tersebut turut meminta saya menyerahkan dompet tetapi bernasib baik saya tidak ada wang tunai yang banyak ketika itu. Antara lain barang yang dicuri adalah empat komputer riba, telefon bimbit dan barang-barang lain," kata Ikhwan.

Katanya, selama empat tahun keluarganya tinggal di Bukit Antarabangsa, inilah kejadian pertama yang berlaku ke atas keluarganya.

Wardina dan Ikhwan mempunyai tiga anak.

Ulasan GB

Bersyukurlah kerana allah menyelamatkan Wardina sekeluarga.

Cuma sedikit pembetulan, GB tak tahu samada wartawan Sinar Harian yang tersalah tulis iaitu : Kalimah ALLAH Selamatkan Keluarga Saya

Sebenarnya, yang menyalamatkan Wardina bukan kalimah Allah, tetapi Allah sendiri. Menyebut kalimat Allah itu berpahala, tetapi hakikatnya bukan kalimah yang menyelamatkan sebaliknya Zat Allah yang menyelamatkan.

Sama seperti jika kita menelan pil Panadol yang kesannya pening kepala kita hilang. Zahirnya seperti panadol menghilang pening kepala, tetapi hakikatnya Allah jua yang menghilangkan pening kepala kita.

Begitulah di dalam pelajaran tauhid dan aqidah, kita menyembah dan memohon pertolongan kepada Allah dan bukan kepada selainNya termasuklah kalimah Allah.

Menyebut namaNya berpahala, itulah cara berzikir/mengingati yang lantarannyalah Allah akan menolong kita.

Firmanullah:


الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd : 28)


Sama-sama kita saling ingat-memperingati.
Wallahu 'alam

Terbaru! Diana Amir Jawab Isu Aksi Berkemban Dalam Filem KERAMAT

Pelakon Diana Amir menjawab isu yang membabitkan aksi berkemban melalui filem terbaru beliau yang bakal ditayangkan pada 12 Januari ini.

Beliau yang kini telah berhijrah dengan menggayakan tudung menjelaskan, lakonan tersebut telah dirakamkan sebelum beliau mengambil keputusan untuk beralih arah mengenakan pakaian muslimah.

Mengakui rasa kesal dengan aksi melalui filem terbabit, Diana Amir turut mendakwa beliau kini bukan sahaja telah mengubah dari segi penampilan semata-mata, malah ideologi dan tindakan juga memberi peransang kepada dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih terjerumus ke arah kerohanian.

"Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.

"Jadi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah.

Begitu jugalah saya. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya," luahnya yang ditemui wartawan Murai selepas prebiu Filem Keramat di MBO Subang Parade baru-baru ini.

Filem keluaran Metrowealth arahan David Teo itu menampilkan aksi Diana Amir sebagai seorang wanita yang memegang watak menggoda.

Turut membintangi filem tersebut Azahari Zain, Rebecca Nur Islam dan Zul Handy Black.

Diana Amir sebelum ini telah mengambil langkah untuk bertudung secara mengejut setelah didakwa mendapat alamat mimpi seolah-olah berlakunya Hari Kiamat.

"Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.

"Filem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.

"Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya," katanya lagi.

Lebih menggusarkan pelakon Aku Masih Dara ini bukan sahaja kepada filem Keramat sahaja tetapi kepada tiga buah filem lain iaitu 3Temujanji, X, dan Per3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi kepada umum dengan penampilannya tidak bertudung.

"Ketiga-tiga filem ini semuanya menjalankan penggambaran sebelum saya bertudung. Sekali lagi saya akan tanggung semua rasa malu dan terkilan ini dalam tempoh yang agak lama. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha," jelasnya penuh sesalan. -murai

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




12 Jan 2012

Ah Mei Berusia 71 Tahun Berpuasa Untuk Pembebasan Anwar

Sungguhpun di luar jangkaan, namun tidak kurang yang terharu dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan dalam kes liwat 2. Dari klip video yang dimuatkan ke laman Youtube, seorang lelaki India kelihatan menangis (lihat video yang dilampirkan) apabila Naib Presiden PKR Tian Chua mengumumkan keputusan itu di luar mahkamah kepada khalayak ramai.

Seorang lelaki Melayu, Kamarul Hatta (gambar kiri, kedua dari kiri) mencukur rambutnya selepas kemenangan memihak kepada Anwar Ibrahim di penghujung perbicaraan yang menelan masa kira-kira tiga setengah tahun. Malah, seorang wanita Cina, Tuw Ah Mei, 71, telah mengambil keputusan untuk berpuasa selama lima hari, kerana hajatnya agar Anwar dibebaskan termakbul.

Tuw Ah Mei seorang buddhist, dengan empat orang anak dan sembilan orang cucu. Beliau turun untuk perhimpunan 901 di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada awal pagi 9 Januari, sambil membawa mesej menentang pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan.

Menurut Ketua Ranting PKR Air Putih, Lee Chean Chung, yang melawat Tuw Ah Mei bersama Kamarul Hatta di rumahnya pada hari ini, ianya bukan kali pertama Tuw Ah Mei "berpuasa". Sebelum ini, Ah Mei pernah mogok lapar apabila Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP sekarang dijatuhkan hukuman penjara. Beliau mengulangi protesnya ketika zaman Reformasi, apabila Tian Chua dan rakan-rakan perjuangnnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berbeza dengan dua kali yang lalu, Ah Mei (gambar kanan) bukan "mogok lapar" kali ini, tetapi "berpuasa" kerana beliau telah "bersembahyang", mendoakan agar Anwar dibebaskan. Beliau berjanji untuk berpuasa selama lima hari, seandainya hajatnya termakbul. Ketika dihubungi MerdekaReview, Chean Chung berkata Ah Mei kini dalam keadaan yang baik, meskipun telah berpuasa sejak 9 Januari, dengan hanya minum air kosong. Mereka menasihat agar Ah Mei memendekkan tempoh tersebut, memandangkan usianya yang lanjut, tetapi Ah Mei tetap dengan keputusan asalnya.

Ah Mei seorang anggota DAP, sebelum menjadi aktivis yang bergiat aktif di Kuantan. Beliau pernah mencukur kepalanya, sebagai tanda protes apabila Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Damansara ditutup pada tahun 2001. Beliau juga pernah mencukur rambutnya, meraihkan kemenangan calon PKR Fuziah Salleh di Kuantan, dalam PRU 12 pada tahun 2008.

Chean Chung berkata, sudah banyak kali Ah Mei mengulangi bahawa dirinya tidak mahu lagi terlibat dengan aktiviti sebegini, kerana usianya yang lanjut. Namun, akhirnya Ah Mei tampil ke depan juga, apabila mendapati tagak kurang orang berbuat demikian, khususnya dari kaum Cina dan wanita. Menurut Chean Chung, Ah Mei sentiasa berada di barisan paling depan dalam protes jalanan, mendakwa dirinya sudah tua - dan tidak mengapa seandainya sesuatu terjadi kepada dirinya. -MR

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.



SAMM Buat Laporan Polis Ke Atas Blogger Pro-UMNO Kerana Hina Mahkamah

Blogger Pro-Umno Hina Mahkamah dan Anwar

GEORGE TOWN, 11 JAN : Beberapa orang wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Keadilan (SAMM) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap blogger pro-Umno, Papa Gomo yang mengeluarkan artikel menghina keputusan mahkamah.

Penyelaras SAMM Mohd Aidil Ibrahim berkata, selain artikel yang berbunyi 'hakim telah dibeli oleh DS Anuar Ibrahim', Papa Gomo juga menfitnahkan nama Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan menggunakan perkataan "babi" serta ayat-ayat yang kurang ajar.

"Beliau (Papa Gomo) dengan jelas menerusi laman twitter-nya membuat kenyataan kurang ajar dengan menyatakan bahawa hakim telah dibeli oleh Anwar Ibrahim, menerusi perkataan dalam ruang komen tersebut jelas menunjukkan papa gomo memiliki hubungan istimewa dengan Perdana Menteri seperti bersembang dengan kawan-kawan, beliau 'twit' Perdana Menteri,"

"Kami juga mendesak agar kertas siasatan segera dibuka dan Papa Gomo diheret kemuka pengadilan kerana menghina mahkamah secara terang-terangan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Timur Laut, di sini hari ini.

Hadir sama membuat laporan polis, Timbalan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Ahmad Azrizal Tahir dan beberapa wakil dari Gerakan Jingga 13. -tvsnews



Ulasan GB

GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja . Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....




'Bersihkan Malaysia' Pecutan Akhir Pakatan Ke Putrajaya

Pakatan Rakyat akan memasuki pusingan akhir dengan penyusunan agenda khusus dalam usaha membentuk momentum kebangkitan rakyat, ke arah merealisasikan harapan pakatan itu menggantikan BN ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dengan tema 'Bersihkan Malaysia', pakatan tersebut akan melakukan pecutan akhirnya di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari ini menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3, dengan perlaksanaan pelbagai agenda sebagai hala tuju bersama parti-parti gabungannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemilihan tema "Bersihkan Malaysia" bagi konvensyen itu merupakan gambaran komitmen yang tinggi di kalangan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam negara sejak BN memerintah.

Menurutnya, dalam hubungan itu, tumpuan utama Pakatan Rakyat adalah terhadap persoalan krisis kepimpinan beramanah yang berlaku di dalam Kerajaan BN sehingga menyebabkan rakyat tertindas dalam pelbagai aspek.

Katanya, akibat krisis kepimpinan beramanah telah mencetuskan pelbagai krisis lain di negara ini termasuk krisis politik, ekonomi dan sosial.

"Semua itu telah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak sihat dan Pakatan Rakyat perlu mengatasinya dengan meletakkan kembali kepimpinan beramanah demi kepentingan negara serta rakyat dengan tindakan-tindakan yang tegas," katanya pada sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.

Pemilihan Kedah sebagai tempat konvensyen itu, menurutnya, berdasarkan pusingan, hasil persetujuan bersama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk mengadakan program tersebut di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan pakatan itu.

"Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-1 telah diadakan di Shah Alam, Selangor pada tahun 2009, kedua di Kepala Batas di Pulau Pinang pada tahun 2010 dan kini tibalah pula ke Alor Setar di Kedah," jelasnya yang juga Pengerusi Induk Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, dengan itu dalam masa yang sama, semua pihak akan beralih tumpuan ke Kedah yang berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, untuk dinilai perkembangannya yang jauh lebih baik berbanding negeri itu berada di bawah pemerintahan BN sebelum ini.

Pada konvensyen tersebut, beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh pembentang-pembentang kertas kerja yang berwibawa meliputi empat aspek terpenting terutama dalam konteks semasa termasuk perkhidmatan awam, federalism, ekonomi dan Felda.

"Kertas kerja mengenai aspek perkhidmatan awam yang melibatkan cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibentangkan oleh Datuk Husam Musa dari PAS, kertas kerja mengenai aspek federalism akan dibentangkan oleh Anthony Loke dari DAP.

"Manakala kertas kerja mengenai aspek ekonomi akan dibentangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan kertas kerja mengenai Felda pula akan dibentangkan oleh Haji Suhaimi dari PKR," tegas beliau.

Konvensyen tersebut akan berlangsung di Stadim Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti dengan melibatkan 600 perwakilan bagi setiap parti gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang, manakala pada sebelah malamnya akan diadakan Rapat Rakyat Perdana.

Pada acara Ucapan Pembukaan Pimpinan yang bermula jam 9.15 pagi, pemimpin-pemimpin yang akan berucap termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Senator Tunku Abdul Aziz, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Mulai jam 10.30 pagi pula, akan bermula acara Ucapan Suara Nurani Rakyat Malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul yang turut melibatkan wakil Felda, Siti Khalijah; wakil penjawat awam, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab; wakil Sabah, Tan Sri Simon Sipaun; wakil Sarawak, Nicholas Mujah; wakil budayawan, Dinsman; wakil akademik, Profesor Dr Nazari Ismail; wakil NGO, Datuk Ambiga dan wakil pemuda atau pelajar, Shukri Razab.

Mulai jam 11.45 pagi akan diadakan perbahasan perwakilan sehingga ke waktu rehat jam 1.15 petang yang akan disambung pula ke jam 2.30 petang dan akan disusuli dengan Pembacaan Ikrar Setia Para Perwakilan pada jam 3.00 petang.

Ini akan disusuli dengan ucapan penggulungan pimpinan yang dipengerusikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dengan melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Acara Rapat Rakyat Perdana yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula jam 7.00 malam dengan solat Maghrib dan Isyak berjamaah dan kemudian disusuli dengan ceramah oleh tokoh-tokoh penting Pakatan Rakyat.

Mereka terdiri daripada Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Tan Seng Giaw, Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir pada sidang media itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden PKR, N Surendran dan Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai. -HD



[Bergambar] Lanjutan Berita Wardina Dirompak, Suaminya Diikat

Suami Wardina Diikat Dalam Kejadian Samun

KUALA LUMPUR: Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini Khamis.

Gambar: Wardina menunjukkan pelbagai barangan yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya. Foto BERNAMA

Dalam kejadian 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat beliau sebelum mengarahkan kesemua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Ketika ditemui pemberita di rumahnya, Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata ketika kejadian hanya beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu.
Wardina

"Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.

"Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya, lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga berkumpul dan pembantu rumah di bilik tidur utama," katanya.

Katanya anak perempuan sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah.

"Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi.

Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.

Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.

Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

(GAMBAR) Keadaan Rumah WARDINA Yang Dimasuki PEROMPAK


Pelakon Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.


Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.


Perompak berparang itu dipercayai buruh warga Indonesia jam 5 pagi tadi. 5 buah laptop hilang. Suami Wardina dikatakan dipukul oleh perompak tersebut akibat tidak berpuas hati kerana tiada barang kemas.


Agak melucukan apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri. Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, membuat laporan di balai polis berdekatan dan polis dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut di rumahnya.

Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Beliau juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan. -pulakdah



Hassan Ali, Sila Letak Jawatan Exco Segera.

PAS hantar surat rasmi minta Hasan digugurkan

PAS telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli parti itu.

Menurut Harakahdaily, makluman pemecatan itu dibuat melalui sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada jam 2.00 petang semalam.

“Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.

“Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein,” petik portal rasmi PAS itu.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak menyatakan sama ada pengganti Hasan ada dinyatakan dalam surat berkenaan.

Semalam, Hasan Ali tidak hadir pada mesyuarat exco di Shah Alam dan menurut rakan sejawatannya, Ronnie Liu, bahawa beliau sedang bercuti.

Ahad lalu, jawatankuasa pusat PAS semasa mesyuaratnya selama lebih tiga jam di Kuala Lumpur, membuat keputusan memecat Hasan berkuatkuasa serta merta.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, pemecatan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

Hasan didakwa menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Pemimpin kontroversi yang dikatakan mesra dengan Umno itu, sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Hasan mempunyai 30 hari bermula tarikh keputusan pemecatan untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS. -mk


Pecat Hasan: PAS maklum kepada Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR,11 Jan: PAS telah menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli PAS.

Pemakluman itu dibuat melalui satu surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor jam 2.00 petang tadi.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.

Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein.

Hasan Ali telah dipecat sebagai ahli PAS melalui satu mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat pada 8 Januari lepas.

Bagaimanapun beliau diberikan peluang untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS dalam tempoh 30 hari bermula pada tarikh keputusan pemecatan. -HD


Ulasan GB

Hasan Ali di dalam program Soal Jawab TV3 berkata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan exco serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

“Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

“Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya. -petikan TMI 22/12/2011


Sekarang kenapa terkial-kial untuk letak jawatan?

Anda tidak lagi berhak dan tidak layak memegang jawatan itu. Anda tidak lagi mewakili PAS.

Wardina Saffiyyah Dirompak.. Suami Dipukul..

Terkejut kami apabila melihat akaun Twitter milik Wardina Saffiyah kecoh sebentar. Rumah Wardina telah dirompak oleh 3 orang lelaki dipercayai buruh Indonesia dan kesemua 5 buah laptop telah diambil pada jam 5 Pagi tadi.

Gambar fail: Wardina bersama anak-anaknya.

Menurut Wardina di laman Twitter-nya, ketika 3 orang perompak tersebut masuk, mereka hanya mampu bersembunyi disebalik selimut. Manakala suami Wardina, Ikhwan telah dipukul kerana perompak tersebut berang apabila mereka tidak mempunyai barang kemas untuk dirompak. Tidak dapat dipastikan apakah kondisi suami Wardina buat masa sekarang.





Sehingga kini, polis sudah berada di rumah Wardina dan anak Wardina turut mengalami sedikit trauma akibat terkejut dengan kejadian yang berlaku. Perompak tersebut juga dipercayai masih berada di sekitar Ampang atau Bukit Antarabangsa.


Kepada anda semua, sila berhati-hati kerana perayaan Tahun Baru Cina sudah hampir tiba, mungkin akan ada lagi kes sebegini. Jadi, berhati-hatilah ya. -sedakasejahtera


Tuan Mufti, Apakah Menghalang & Menentang Qazaf Itu "Fisabilillah"?

Tiada salah guna wang zakat

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.

Gambar: Barisan peguam membantah qazaf yang dipohon oleh Anwar

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Katanya, jawatankuasa itu menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan taksiran lebih luas dan bukan hanya perang jihad semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Berasaskan keterangan berkenaan, adalah ditegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Setelah sebelum ini pihak Jamil Khir dan MAIWP menafikan ada menggunakan wang zakat untuk kos guaman membantah permohonan qazaf ke atas Saiful, dan telah dibuktikan bahawa penafiannya itu tidak sejajar dengan dakwaan jabatan Audit Negara, kini tampil Mufti Wilayah Persekutuan, mengakui MAIWP ada menggunakan wang zakat tetapi katanya, ia urusan guaman MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Kenyataan Mufti berkenaan adalah satu kenyataan yang mengelirukan.

Dengan menjadi alasan "fisabilillah" adalah tidak tepat kerana fisabilillah ialah berjuang menegakkan hukum Allah, tetapi apa yang dilakukan oleh MAIWP adalah disebaliknya, berjuang untuk menghalang hukum Allah iaitu menghalang qazaf dari dilaksanakan.

Sekalipun mufti berkenaan menyatakan bahawa tafsiran adalah luas yang menurutnya turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan, tetapi di dalam soal penggunaan wang zakat untuk menghalang qazaf dilaksanakan apakah itu "fisabilillah"?

Sepertimana yang rakyat semua sedia maklum bahawa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya telah dibantah oleh MAIWP melalui peguam mereka yang diketuai oleh Zainul Rijal Abu Bakar.

Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Bantahan peguam MAIWP pula tidak pula menampilkan sebarang nas atau hujjah akademis dan syariah, tetapi adalah kepada persoalan teknikal semata-mata.

Bantahan MAIWP berasaskan tiga alasan:

1. Bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara itu.

2. Prosedur permohonan tidak dipatuhi.

3. Status Zulkifli Noordin sebagai peguam yang mewakili Anwar kerana berlaku percanggahan kepentingan dan pelanggaran etika amalan Syariah.

Justeru itu, adalah kesasar untuk meletakkan bayaran guaman "menentang qazaf" sebagai jihad fisabilillah.

Tuan Mufti, ilmu kami tidak setinggi kamu, tetapi "kebenaran" itu tidak wajar untuk dipermainkan oleh kalangan berilmu.

Kita bersetuju supaya kes ini dibawa ke muka pengadilan dan pihak MAIWP perlu menjawab di mahkamah bukan mempertahankan tindakan mereka di media massa.

Muga kebenaran akan terserlah.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Dunia Hampir Kiamat - Isteri Jalin Hubungan Dengan Pengkid

Pengkid hebat daripada suami

JOHOR BAHRU: Biarpun sudah bersuami dan memiliki dua anak, seorang suri rumah tetap tewas kepada godaan nafsu songsang apabila menjalin hubungan sulit dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.

Lebih mengaibkan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 38, tanpa silu mendedahkan dia berbuat demikian kerana berasa pasangan songsangnya itu lebih hebat di ranjang berbanding suaminya.

“Suami saya sudah mencecah 50 tahun dan layanan seksualnya terhadap saya biasa saja, tetapi kekasih pengkid saya lebih hebat,” katanya.

MAN... naluri sukar berubah

Lisa berkata, kekasih songsangnya yang dipanggil Man, 43, dikenalinya sejak enam tahun lalu dan mereka mula menjalin hubungan intim selepas pengkid itu lebih banyak memberi perhatian kepadanya berbanding suami yang dikahwininya selama 13 tahun.

“Sebelum ini, saya tidak pernah curang pada suami, tapi segala-galanya berubah apabila saya mula bosan dengan sikap suami yang bukan saja sibuk bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada saya termasuk dalam hubungan seks. -hm


Ulasan GB

Apabila kehidupan tidak dipandukan oleh nilai-nilai ubudiyah (penghambaan diri kepada Allah) maka jadilah kehidupan itu dipenuhi dengan unsur syaitaniah yang meletakkan seks melampau sebagai tatacara kehidupan.

Sememangnya kiamat itu begitu hampir. Tanda-tandanya sudah banyak, malah para saintis yang bukan Islam juga kini mengakui dunia menghampiri kiamat. Baca laporan di bawah ini:

Saintis dakwa dunia hampir kiamat


ROPBERT SOCOLOW duduk dekat dengan jam kiamat di Washington D.C kelmarin.


WASHINGTON - Sekumpulan saintis menyatakan, dunia semakin hampir menuju kiamat.

Kumpulan Buletin Saintis Atom (BAS) mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah menggerakkan jam kiamat lima minit sebelum tengah malam.

Kumpulan tersebut menyatakan tiada langkah yang mencukupi untuk menghentikan pertambahan bilangan senjata nuklear sebagai punca pergerakan jam berkenaan.

Jarum jam tersebut diletakkan enam minit sebelum tengah malam sejak dua tahun lalu.

Robert Socolow yang merupakan anggota BAS dan profesor kejuruteraan dan mekanikal Universiti Princeton menyatakan, dunia kini dalam keadaan kusut.

"Ramai orang mahu kehidupan yang lebih baik berbahagia daripada yang mereka alami kini," katanya. - AFP/kosmo

Dokumen Teperinci Dedah Seleweng Wang Zakat: PKR Takkan Lepaskan Jamil Khir & MAIWP

Petaling Jaya, 11 Jan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dokumen bukti dakwaan berlakunya salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang selama ini dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan membuat satu laporan polis dan menyerahkan dokumen terperinci berkaitan kes ini di Balai Polis Dang Wangi esok.

"Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150. Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

"Keduanya merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010 digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP," katanya.

Dalam baucar bertarikh 29 April 2010 tertera nama Zainul Rijal Talha & Amir selaku penerima baucar atas perihal transaksi dengan penerima berhubung bayaran guaman Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut dinyatakan adalah kumpulan wang zakat dan bank pembayar Bank Islam Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Jamil Khir berulang kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukkan sebanyak RM700,000 daripada kerajaan bagi menampung pelbagai bayaran termasuk kos guaman.

"Laporan Ketua Audit Negara menyebut wang itu dipulangkan semula pada Disember 2010 kira-kira enam bulan selepas peruntukkan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini," jelas beliau.

Nik Nazmi turut menafikan dakwaan laporan Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu yang memtik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebaliknya PKR merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara.

Beliau turut menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir Baharom bagi membincangkan perkara ini jika dijemput berbuat demikian.



Ulasan GB

GB sudah ulas hal ini. petikan:

Ia BUKAN fitnah seperti yang didakwa oleh Jamil Khir sebaliknya Jamil Khir yang memberikan jawapan yang salah untuk mengelirukan rakyat.

Ini juga BUKAN persoalan politik seperti yang didakwa, tetapi persoalan akauntabiliti dan etika kerja. Soal hukum, soal amanah dan pertanggungjawaban.

Dipandang dari sudut apa sekalipun, perbuatan menggunakan wang zakat untuk tujuan selain dari yang dibenarkan syarak tetap berdosa. Wang zakat adalah milik Allah s.w.t. yang diarahkan diagihkan kepada golongan asnaf, bukan untuk biaya (samada sementara atau kekal) wang guaman pengerusi dan pengarah MAIWP.

Sudahlah qazaf yang dituntut ugama untuk dilaksanakan dihalang, guna pula wang zakat untuk biaya kos guaman menghalang qazaf berkenaan. Bertimpa-timpa kesalahan dan dosanya.

Tiada alasan lagi, Jamil Khir serta 2 lagi perlu diheret ke muka pengadilan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca