13 Jan 2012

Isu Bom: KPN Tawar RM10,000, Nafi Ia Perbuatan Polis - Ulasan GB

Polis tawar RM10,000 pada pemberi maklumat letupan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab dalam tiga letupan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Isnin lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya memandang serius insiden menakutkan itu dan sedang menyiasat bagi mengesan mereka yang terlibat.

"Saya hendak tawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi maklumat hingga kami dapat menangkap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan letupan itu.

"Siasatan sedang dijalankan dan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata letupan itu, yang berpunca daripada 'peranti buatan sendiri' memberi impak teruk kerana ia menakutkan orang ramai serta mencalarkan imej negara yang aman dan berdaulat.

"Ia perbuatan amat tidak bertanggungjawab. Pada hari itu, kita sedia berikan peluang untuk berhimpun dengan syarat ia dijalankan dengan aman, namun kejadian seperti itu pula berlaku.

"Selepas ini, kita perlu nilaikan semula setiap permohonan untuk berhimpun bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang,"
katanya.

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan tuduhan liar bahawa PDRM menjadi dalang letupan terbabit.

"Tolong hentikan tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas itu, saya kesal ada pihak yang menuduh PDRM terlibat dalam letupan itu seolah-olah pihak polis dan saya sendiri yang jahat sabotaj orang ramai," katanya.

Terdahulu, Ismail mewakili PDRM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2011/2012 dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Bukit Aman.

Seramai 22 pegawai kanan PDRM dan tiga pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikuti program itu bagi tempoh 18 bulan mulai 16 Dis tahun lepas.

Program itu, yang bermula sejak 26 Jun 2004, melahirkan 63 graduan sarjana dari PDRM. -mk

Ulasan GB

Kata Ketua Polis Negara mengulas insiden letupan bom di kawasan mahkamah tempohari:

"Ia perbuatan amat tidak bertanggungjawab. Pada hari itu, kita sedia berikan peluang untuk berhimpun dengan syarat ia dijalankan dengan aman, namun kejadian seperti itu pula berlaku.

"Selepas ini, kita perlu nilaikan semula setiap permohonan untuk berhimpun bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang,"


Sebelum ini GB sudah mengulas di SINI. Petikan:

Polis telah membenarkan perhimpunan diadakan, untuk mengurangkan impak kejatuhan nama baik polis jika perhimpunan itu diharamkan sedangkan rakyat masih terus juga berhimpun seperti perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lepas.

Namun dari sudut yang lain, insiden bom itu dilihat sebagai satu usaha provokasi melampau untuk menakut-nakutkan dan menghalang rakyat menghadiri perhimpunan aman di masa akan datang sekalipun perhimpuan aman itu nanti diberikan permit atau dalam erti kata dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Itu kebenarannya.

Soal kini, ia angkara siapa?


Selanjutnya KPN menolak ia angkara polis sendiri:

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan tuduhan liar bahawa PDRM menjadi dalang letupan terbabit.

"Tolong hentikan tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas itu, saya kesal ada pihak yang menuduh PDRM terlibat dalam letupan itu seolah-olah pihak polis dan saya sendiri yang jahat sabotaj orang ramai," katanya.


Kita meminta KPN bersikap sabar, professional, telus, adil dan terbuka. Siasatan perlu dilakukan secara komprehensif dan menyeluruh, termasuk ke atas anggota polis sendiri kerana kejadian provokasi yang berulang-ulang seperti simbahan cat merah/hijau, molotov cocktail, kepala babi dan sebagainya adalah seperti dilakukan oleh "pihak yang terlalu berani" mencabar kuasa polis.

Kita tidak boleh dan tidak akan menuduh polis sembarangan, tetapi kebenaran yang berlaku sebelum ini seperti kes pengeboman Altantuya membuktikan sebaliknya.

Kita semua ingin sebuah negara yang aman damai, apa tah lagi Pakatan Rakyat kerana kami bercita-cita dan bakal menjadi kerajaan, dan kita juga tidak kejadian seumpama itu berlaku apabila PR memerintah. Tetapi ada pihak yang cemburu lantas timbulkan huru-hara untuk gagalkan harapan tersebut.

Kita meminta orangramai tidak cepat menuduh polis dan kita juga meminta KPN tidak cepat menafikan keterlibatan para anggotanya kerana siasatan belum berakhir.

Sesiapa juga yang terlibat dengan peristiwa pengebom itu perlu dicari sampai lubang cacing, hatta jika ia dari kalangan Pakatan Rakyat sekalipun, kerana kita tidak mahu sebarang keadaan huru-hara berlaku kerana ia merosakkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Semuga Allah akan mendedahkan kebenarannya.

4 ulasan:

Amuraria berkata...

CUBA FIKIR PERBUATAN INI ANGKARA SIAPA ? SIAPA YANG DAPAT UNTUNG KERJA KHIANAT INI ? MENGAPA 'BOM' ADA DI BAWAH CONE POLIS ? DI MALAYSIA SUKAR RAKYAT NAK DAPAT BAHAN BUAT BOM DAN KEPAKARAN ! JIKA TUDUHAN INI ANGKARA PENYOKONG PKR APA YANG MEREKA DAPAT ? TAKKAN NAK BUAT KACAU DI DEMO ANJURAN PR ? JANGAN BAGI SOALAN BODO NAK CARI SAMPAI LOBANG CACING ! MANA ADA PENGEBOM DUDUK DI LOBANG CACING ? YENNA DAA INSPECTOR SAAB !

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini "agent provocateurs" setiap kali diadakan perhimpunan aman adalah anggota polis. C4 digunaka untuk letupkan Altantuya pun polis. Kon-kon disusun pun milik polis. Mustahil polis tidak nampak siapa yang meletakkan bom kalau kerja kawalan dari jarak jauh dan dekat premis perhimpunan dipantau dengan teliti. Nampak gaya kerja ketua2 polis macam toke lembu kondo juga - kuat menipu dan mengampu. Sindikit curi kereta pun polis, jaga rumah pelacur pun polis.

Tanpa Nama berkata...

KPN jangan melembukan rakyat! Sapa tidak tahu sebelum perhimpunan dah 2-3 minggu sb-sb polis dah pantau kawasan-kawasan perhimpunan 901 weh! lu pikirlah sendiri

Tanpa Nama berkata...

Jika alasan berkenaan digunakan, perlawanan bola sepak juga wajar diadakan di stadium kosong kerana ramai yg membawa mercun dll.

Soalnya...kenapa himpunan 901 ada letupan tetapi himpunan sambutan tahun baru yg dihadiri puluhan ribu tiada letupan

Kenapa himpunan semasa ceramah Anwar menjelang keputusan mahkamah tiada letupan

Walhal...kawalan polis adalah minimun.

Hanya tuhan yang mengetahui. Sokong PDRM untuk siasat dan dakwa orang berkenaan. Sesiapa sahaja walaupun penyokong PR, BN atau warga kerajaan.