23 Sep 2011

Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat

Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.

Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

[Gambar] Diana Amir, sebelum bertudung

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.

"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.

Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.

"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,

"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi. -mstar

Kisah Marshanda hampir serupa
klik untuk baca




16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah , ALLAH SWT Jua yang memberikan petunjuk kepada hamba yang dikasihiNya..memimbing ke jalan yang benar.

Tanpa Nama berkata...

takpa ilmu cetedk ka dalam ka..tinggi ka rendah ka...aurat mau kasi tutop dulu laaaa.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

sy pun sblm ramadhan tu hari mimpi kiamat jugak, bila bgn tidur rasa bersyukur sgt sbb Allah masih bg nyawa :-)

wan berkata...

Alhamdulillah..moga berkekalan hingga akhir hayat.

Tanpa Nama berkata...

Aku dari kecik2 dulu mimpi kiamat.
nampak bangunan2 di KL roboh satu persatu.
tapi sampai sekarang aku tak bertudung.



sebab aku lelaki.

Tun Razak berkata...

Rosmah isteri kesayangan pemimpin you all bila lg?????????????????????

Tanpa Nama berkata...

Kena pi mengaji ilmu kat masjid@surau2. Lebih2 lagi di Selangor ni sejak PR memerintah, masjid amat meriah dengan program ilmu.

Hanya dengan ilmu dan kehidupan bersyariat, dapat mengekalkan pematuhan syariat pada Allah.

Cari lah rezeki dengan sumber lain yang lebih banyak, dengan meninggalkan bidang lakonan yang mudah terdedah pada kederhakaan pada Allah.

Tanpa Nama berkata...

ikut naluri seseorang, tak perlu mimpi kiamat klu Allah nak bagi hidayah..

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Salam buat tuan dan semua.

Bila tiba kasih sayang Allah maka apa jua boleh di jadikan asbab untuk mendapat hidayah. Cuma doa dan keikhlasan niat perlu diperbetulkan.

Carilah kebaikan seseorang kerana ini akan mencermin kebaikan diri. Teruskan istikomah tentang hal yang baik,kerana mujahadah seseorang itu akan dipandang Allah.....walahualam.

Tanpa Nama berkata...

Marilah kita semua berdoa semoga Allah akan terus mencucuri rahmatNya ke atas kita hingga kita terpelihara daripada azab neraka di Akhirat kelak Amin, Ya Rabbal 'Aalamin.

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO BARU jer yang tak sedar2 dari mimpi gamaknya belum dapat mimpi nak kiamat.. Semuga ALLAH Taala bagi hidayah pada kita semua sebelum bala menimpa. Amin.

KEDAI BASIKAL KUNDANG berkata...

Jalan-jalan menuju keredhaan Allah dan jalan-jalan menuju syurga, Alhamdulillah.

Ringgo berkata...

Alhamdulillah ..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah, anda adalah salah seorang insan yg dipilih Allah untuk diberiNya taufik dan hidayah...semoga terus istiqamah..

Tanpa Nama berkata...

Macam2 cara Allah nak beri hidayah. Yang penting nak teruskan, so berguru la dgn yg laak, aku suggestkan ustazah Asni atau Siti Norbayah, sbb ustazah2 ni so far tak keras sangat utk mereka2 yg baru2 nak berjinak... yg penting tudung tutup bahagian dada, pakaian tak ketat & solekan tak tebal.

Tanpa Nama berkata...

tak perlu risau pasal rezeki, Allah jamin rezeki kita. Dlm sejarah ketamadunan manusia, org paling kaya dalam dunia adalah dari kalangan org bukan artis..... bukannya artis. Jadi tak perlu risau... David Teoh tu kaya pun bukan sebab jadi artis... jadi penerbit hihihi