3 Sep 2010

Pembaziran Kerajaan Terengganu Dalam Program E-book

Projek e-Book: Terengganu bazir hampir RM90 juta

Setelah beberapa bulan berlalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said kembali mendapat liputan media online sejak akhir-akhir ini ekoran perbelanjaan yang tinggi melibatkan pembelian e-Book untuk kanak-kanak sekolah rendah.

"Kerajaan negeri memperuntukan RM30 juta untuk membeli e-book untuk 25,000 pelajar tetapi secara tiba-tiba jumlahnya telah meningkat menjadi RM87.95 juta, hampir tiga kali ganda," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Beliau berkata, "Jabatan Audit Negara Terengganu melaporkan sebuah syarikat Top IT Industries Sdn Bhd yang membekalkan e-book amat memeranjatkan kerana terdapat beberapa isu ekoran dari projek e-book ini."

Menurut beliau, tidak ada perjanjian dibuat antara syarikat pembekal itu dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian, berlaku kelewatan penghantarannya, kadar jumlah murid yang membawa e-Book ke sekolah adalah rendah dan berlaku kecuaian memilih pembekal sistem kerosakan e-Book.

Lebih memalukan lagi kata beliau, apabila laporan audit ini mendapati semakan audit di kilang mendapati pada tahun 2009 sebanyak 1,857 unit e-Book dan bagi tempuh Januari hingga Mac 2010 sebanyak 1,532 e-Book yang diberikan kepada murid-murid telah rosak dan dihantar ke kilang untuk dibaiki.

Dari jumlah tersebut, seramai 609 murid dikehendaki membayar di antara RM69 hingga RM200 kerana kerosakan tersebut kerana tidak termasuk dalam jaminan kerosakan selama setahun.

Beliau berkata, "kadar kerosakan ialah 14% berbanding dengan jumlah e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid berjumlah 24,431 e-Book.

"Amat mengejutkan lagi kerosakan ini berlaku dalam tempuh kurang satu tahun dan kadar kerosakan 14% adalah kadar yang amat tinggi. Ini memberi gambaran kepada kualiti e-Book yang dikeluarkan tidak bermutu," tambahnya.

Syed Azman mengakui sekumpulan Pemuda PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabtu lalu berhubung perkara ini. -FMT


Laptops for Terengganu students - Good or Bad?

Recently, I came to learn that all Year 5 students in Terengganu will be given laptops under the state’s e-book program. That translates to RM30 million, with some 25,000 pupils involved.

With broadband connection, it is claimed that the pupils would gain access to lots of vital resources.

But I doubt the laptops will be useful academically. Mesti semua sibuk download movies, songs, porn, etc. Tak pun layan chat, friendster, facebook, etc. So I did a simple search, and I found that numerous studies have shown that there is no correlation between laptop usage and academic performance:

The US Department of Education recently released a study showing no difference in academic achievement between students who used educational software programs for math and reading and those who did not.

Mark Warschauer, a professor at the University of California also found no evidence that laptops increased test scores in a study of 10 schools in California and Maine from 2003 to 2005.

The Texas Center for Educational Research, a nonprofit group, has so far found no overall difference on test scores between 21 schools where students received laptops, and 21 schools where they did not.

Interestingly, I also found that hundreds of schools across the globe have started abandoning their laptop programs. Here just a few reasons why:

Underutilized by Students. Matoaca High School began eliminating its five-year-old laptop program after concluding that students had failed to show any academic gains. A survey found that one-fifth of their students rarely or never used their laptops for learning.

Underutilized by Teachers. Everett Rea Elementary School in Califronia gave away 30 new laptops to another school in 2005 after a class that was trying them out changed to new teachers who simply did not do as much with the technology.

High Training Costs. Northfield Mount Hermon School in Massachusetts eliminated its five-year-old laptop program in 2002 after it found that more effort was being expended on training teachers to teach with laptops.

High Maintenance Cost. In Liverpool Highschool in Syracuse, parents have long criticized the cost of the laptop program: about $300,000 a year from the state, plus individual student leases of $25 a month.

High Repair Costs. School officials in Broward County in Florida paid $7.2 million to lease 6,000 laptops at four schools, and was spending more than $100,000 a year for repairs to screens and keyboards that are not covered by warranties.

Yes, I know that Terengganu is cash-rich. Still, is the laptop program a wise move? What do you think?




Pemimpin Umno Di Selangor Antara Pemilik Tanah Felda

Doktor gigi adalah antara individu yang menjadi peneroka Felda.

Itu antara pendedahan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah dalam satu temu bual dengan Malaysiakini tanpa merujuk kepada mana-mana individu politik.

Faekah merujuk kepada isu pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Beliau yang membuat siasatan, terkejut apabila mendapati ada antara pemilik tanah adalah pemimpin Umno di Selangor.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Faekah juga meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak sewenang-wenang melempar kritikan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia hanya memakan diri.
Apatah lagi, Faekah mendapati banyak masalah di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada kelemahan pentadbiran Khir Toyo.

Dalam temu bual itu, Faekah mengakui Khalid Ibrahim berang kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang memberikannya bayaran bonus hingga menjadi ungkitan pimpinan Umno.

Selepas siasatan dibuat, kata Feakah, pemberian bonus itu sebenarnya adalah amalan biasa sepanjang penguasaan kerajaan Umno Barisan Nasional termasuk ketika Khir Toyo masih berkuasa.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," ujar beliau lagi. -TVS

UMNO Terjepit Dengan Slogan 1Malaysia

Dr M: Tafsiran 1Malaysia rakyat berbeza

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.

Beliau berkata keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.

"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas," katanya kepada pemberita padas majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat Alor Setar, malam semalam.

Dr Mahathir berkata ketika kerajaan memperkenalkan perubahan, ia perlu menjaga kepentingan Bumiputera yang masih memerlukan bantuan.

"Kalau biarkan saja habislah jadi macam di Singapura. Kalau meritokrasi dilakukan banyak kesan, sebab itu saya cakap ia ia boleh jadi rasis kerana ia mengambil hak orang Melayu dan Bumiputera lain.

"Kalau meritokrasi, sesetengah daripada penuntut universiti itu tak dapat masuklah. Peniaga-peniaga baru di bandar pun takdadalah... habislah," katanya.

Mengulas mengenai demontrasi anti-Malaysia di Indonesia, Dr Mahathir berkata ada kumpulan tertentu yang sengaja cuba memburuk-burukkan hubungan kedua-dua negara.

"Puak ini bukan mewakili Indonesia. Penduduk Indonesia ada 230 juta, kumpulan ini sikit saja," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata tugas guru agama kini bukan lagi terhad kepada mengajar ibadat tetapi tumpuan perlu lebih kepada membentuk peribadi mulia.

Katanya kes-kes seperti buang bayi oleh golongan muda Islam menyebabkan tugas dan peranan itu sudah berubah kerana kefahaman mengenai Islam dalam kalangan golongan muda sekarang kurang.

"Sekarang ini guru-guru kena semai sifat mulia supaya mereka menolak kegiatan yang bercorak jenayah, menolak dadah dan mengawal nafsu mereka, supaya tidak terjadi lagi perkara-perkara itu)," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Demikianlah, sepertimana yang GB tuliskan sebelum ini bahawa slogan 1 Malaysia hanyalah satu slogan retorika yang tidak dapat diterjemahkan menjadi kenyataan lantaran UMNO sebagai sebuah parti perkauman Melayu tidak mungkin dapat mendokong gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh presidennya.

GB menulis sebelum ini:

Umno sendiri tersepit dengan perjuangan nasionalismenya konon nak pertahankan hak Melayu tetapi dalam masa yang sama terjerit-jerit slogan 1Malaysia dimana-mana, bahawa kita ini semua bangsa Malaysia katanya.

Sepertimana PM-PM terdahulu, Najib memperkenalkan slogan baru. Sekadar ingin berslogan supaya dikenali sebagai PM yang ada visi dan misi. Sepertimana Pak Lah dengan slogan Gemilang, Cemerlang, Terbilang dan Islam Hadharinya. Mahathir dengan slogan Wawasan 2020, Bersih, Cekap, Amanah, Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan. Ia hanya slogan muluk yang tiada apa-apa pengertian dan pengisian yang sebenarnya. Kini apa jadi dengan slogan-slogan itu? Berkubur bersama perginya mereka dari kerusi-kerusi PM.

Begitulah 1 Malaysia. Rakyat tertipu dengan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sedangkan yang berlaku adalah di sebaliknya. Tragis!

Slogan 1 Malaysia tidak ditentang oleh orang lain tetapi oleh ahli UMNO sendiri malah oleh pemimpin UMNO sendiri. Mahathir misalnya lebih selesa menggunakan pentas Perkasa yang menjulang keris konon untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan Perkasa sendiri hanya memperalatkan Mahathir untuk publisiti murahan Ibrahim Ali yang tak diterima masuk ke dalam UMNO semula.


UMNO Sememangnya Di lembah Kehancuran

Tengku Adnan: ‘Umno bukan parti di ambang kegagalan’

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno kini kelihatan sebagai sebuah parti politik yang berada di ambang kegagalan.

Setiausaha Agung Umno itu berkata mengurus sebuah parti yang berjaya seperti Umno bukanlah mudah tetapi parti dominan BN itu telah membuktikan telah menguruskannya dengan hebat.

Beliau juga menyanggah persepsi yang menyatakan Umno kini sebuah parti lemah dan bukan lagi menjadi pilihan orang Melayu.

Umno menurut beliau, masih terus menjadi parti dominan dalam BN tetapi pada waktu yang sama tetap menjadi suara mutlak memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

“Kepentingan orang Melayu tidak harus dikorbankan dalam amalan berkongsi kuasa di antara parti-parti komponen BN,” ujar beliau.

Oleh itu tegas beliau: “Yakin dan percayalah. Umno adalah parti yang berjaya, bukannya parti gagal atau di ambang kegagalan.”

“Umno juga adalah parti yang menguruskan sebuah negara yang sudah berjaya apatah lagi melibatkan pelbagai kaum dan agama,” kata beliau dalam temu bual dengan Umno Online semalam.

Setiausaha Agung BN itu menambah, rakyat dapat lihat Malaysia bukan sahaja berjaya tetapi aktif dan memainkan peranan penting dalam komuniti global.

Menurutnya, dalam konteks sedemikian, Umno mempunyai tugas berat dalam melaksanakan perimbangan untuk kepentingan Melayu, pelbagai kaum dan percaturan negara dalam arena global dan setakat ini, Umno berjaya dalam memainkan perimbangan ini.

Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan, Umno tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menjaga kepentingan dan memajukan orang Melayu.

“Saya yakin, walau apa pun orang kata tentang Umno, Umno tidak akan kompromi apabila berdepan dengan isu-isu yang menyentuh nilai asas Melayu,” katanya.

Tengku Adnan mahu rakyat menolak parti-parti pembangkang yang menurutnya menjalin hubungan tidak jujur dalam menjayakan agenda berbeza masing-masing,” katanya.

Dalam temu bual itu, Tengku Adnan juga mengkritik dengan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang adalah “manusia yang tidak jujur dalam menjalin hubungan.”

“Sejarah telah membuktikan Anwar tidak jujur kepad PAS, tidak jujur kepada DAP, juga tidak jujur kepada Umno malah kepada rakyat.

“Anwar manusia yang bijak bermuka-muka dalam menjalin hubungan .

“Dia menjalin hubungan dengan PAS kerana ada agenda sendiri . Ketika berdepan krisis moral, Anwar perlu gunakan PAS untuk melepaskan diri daripada tuduhan meliwat,” katanya.

Beliau berkata, PAS kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.

“Kita tengok sekarang, PAS seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan PAS tersepit.

“Sebagai contoh, DAP bersama PAS bukan kerana PAS tetapi kerana jaminan Anwar bahawa PAS tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul PAS tidak mahu lagi negara Islam,” kata beliau lagi. -TMI

Ulasan GB

Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Tak betul tentu dia tak menggelabah tak tentu hala.

Bagaimana rakyat hendak yakin dan percaya, Umno sebuah parti yang berjaya apabila Umno sendiri tersepit dengan perjuangan nasionalismenya konon nak pertahankan hak Melayu tetapi dalam masa yang sama terjerit-jerit slogan 1Malaysia dimana-mana, bahawa kita ini semua bangsa Malaysia katanya. Semua berdekah-dekah ketawamelihat perangai Umno yang dah semakin semput nafasnya.

Umno sememangnya di lembah kehancuran, walau tidak diakui oleh pemimpinnya semata-mata nak tutup keemahan. Persis rekahan besar pada dinding bangunan yang cuba disimen semula dengan rapi tetapi apabila digoncang sedikit walau dengan angin perlahan, gugur bersepailah ia ke mukabumi.

Eh Adnan, kalau tak ada apa-apa, takkan tempua bersarang rendahlah be! (cakap style orang Melaka kerana Adnan org Melaka)


2 Sep 2010

Khusrin Pijak Kepala JAKIM

Mais: Larangan bukan Islam masuk ruang solat liputi semua

Larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Selain itu, beliau berkata larangan daripada memasuki ruang solat itu juga turut melibatkan semua orang bukan Islam termasuk wakil rakyat sama ada dari Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN).

“Semua orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat masjid dan surau. Mereka hanya boleh memasuki kawasan lain tetapi dengan syarat mesti ikut peraturan yang ditetapkan.

“Kalau ada pihak pengurusan masjid dan surau yang membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat kita akan ambil tindakan terhadap mereka kerana melanggar arahan yang dikeluarkan,” katanya.

Mohammed Khusrin juga menegaskan jika masih ada wakil rakyat bukan Islam memasuki ruang solat tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Kita tidak ada undang-undang untuk dikenakan kepada orang bukan Islam yang memasuki masjid dan surau tetapi jika secara berterusan ia dilakukan kita akan ambil tindakan lain termasuk membuat laporan polis,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat amaran yang dihantar kepada Teo kerana dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Dalam surat amaran itu, Mais meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Mais juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. -TMI


Larangan MAIS: Program DAP di surau tak terjejas

Timbalan setiausaha DAP Teo Nie Ching berkata, walaupun beliau mendapat amaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung lawatannya ke surau Al-Huda di Kajang, program semua wakil rakyat parti itu tidak terjejas sama sekali.

Ahli parlimen Serdang itu berkata, ini kerana surat MAIS yang diterimanya semalan hanya melarang orang bukan Islam memasuki dewan solat surau dan masjid sahaja.

"Bagi kami (wakil rakyat DAP), perkara ini bukan isu. Kami masih boleh hadir di perkarangan masjid," kata Teo.

"Bagaimapun, kami akan lebih berhati-hati pergi ke masjid dan surau untuk menjalankan program, berbuka puasa bersama umat Islam dan menyampaikan sumbangan."

Sebelum ini, ekoran dilaporkan memasuki ruang solat Surau Al-Huda dan memberikan 'tazkirah' di dalamnya, Teo semalam 'dianugerahi' surat amaran daripada MAIS yang melarangnya memasuki ruang solat di Selangor tanpa kebenaran.

Memberikan reaksi spontan dalam laman Twitter, Teo bertanya kembali: "How about tourists?" (Bagaimana dengan pelancong?)

Beliau juga secara berseloroh menulis: "Terima kasih kepada Utusan Malaysia (yang melaporkan). Setakat ini saya terima empat helai selendang daripada pelbagai orang. Saya fikir tak lama lagi saya boleh buka butik selendang."

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Teo - ahli parlimen termuda DAP - berkata walaupun selepas mendapat surat amaran itu semalam, masih terdapat surau yang masih menjemputnya hadir berbuka puasa bersama-sama.

"Esok malam saya dijemput ke sebuah surau di Bangi," katanya yang akan mengaku akan hadir ke majlis itu seperti biasa.

Menjawab soalan tentang selendang-selendang yang diterimanya, Teo memberitahu, beliau menerima kesemuanya melalui serahan tangan dalam program yang dihadirinya.

"Mereka kata, YB, pakailah selendang ini, nanti Utusan buat isu lagi," jelas Teo.

Menurutnya lagi, kesemua selendang itu diberikan oleh umat Islam yang bersimpati terhadapnya.-mk


Ulasan GB

Pertama, dimana Hassan Ali? Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri yang berkata akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammad Khusrin Munawi? Mengapa Hassan Ali lemah dan lambat bertindak di dalam hal ini, membiarkan saja MAIS mendahului?

Mengapa Selangor masih membiarkan beliau menjadi exco yang tidak dapat mengawal MAIS dan JAIS? Mengapa PAS Pusat membiarkan tindakan-tindakan Hassan Ali yang banyak kali telah menyusahkan dan merugikan Pakatan Rakyat di Selangor?

Kedua, bagaimana sekarang apabila Khusrin Munawi boleh bertindak wewanangan melanggar fatwa JAKIM? Khusrin yang tidak ada kelulusan agama boleh bertindak sedemikian? Bagaimana si jahil ini boleh secara enak melakukan perlarangan perkara-perkara yang tidak dilarang oleh agama?

Pecat Hassan Ali dan seret Khusrin ke muka pengadilan!
Apa lagi yang Selangor tunggu?

Jika tiada tindakan diambil, samada oleh kerajaan Selangor dan PAS Pusat, pasti saja Allah yang akan menetapkan keputusanNya pula kepada kerajaan Selangor dan PAS Pusat. Ini adalah ujian kepada kedua-dua pihak ini samada tegas atau pun lemah. Kedua-duanya ada implikasi di dalam pilihanraya akan datang!


Pengetua Rasis Mengapa Masih Tidak Dikenakan Tindakan?

Umno-BN Takut Ambil Tindakan Terhadap Pengetua Rasis

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa membantah sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Wee Meng Chee atau Namewee harus disiasat kerana filem terbarunya "Nah!" disifat boleh mencetus api perkauman.

Teck Hwa dalam kenyataan media yang mewakili DAP Bahagian Muar berkata Namewee dalam filem terbarunya telah menyampaikan pendirian kebanyakan kaum Cina iaitu tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memprovokasikan sentimen perkauman.

"Kami kesal dengan tindakan polis yang menghantar 3 kereta peronda polis ke rumahnya semasa tinggal 15 minit negara menyambut kedatangan hari kemerdekaan yang ke-53.

"Namewee sudah menjelaskan pendiriannya dalam filem terbaru iaitu membantah kenyataan perkauman daripada Pengetua sekolah Puan Siti Insyak Mansor dan pendirian Kementerian Pendidikan yang tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadapnya," tegas Teck Hwa.

Namun, sehingga ke hari ini, katanya pihak yang terbabit masih bebas dari segi undang-undang dan hukuman terhadapnya hanyalah memindahkannya tersebut ke sekolah lain untuk meredakan kemarahan orang ramai.

Seruan masyarakat Cina adalah tegas dan sama iaitu pihak yang terlibat harus dihadapkan ke mahkamah untuk meneriman tindakan yang sewajarnya.

"Sekiranya ia hanya merupakan satu kes kecuaian dalam sistem pendidikan maka guru tersebut boleh dimaafkan kerana jasa guru yang berat iaitu mendidik generasi akan datang.

"Kementerian Dalam Negeri masih meneruskan pendakwaan terhadap Namewee maka ini menunjukkan kerajaan bersetuju dengan kenyataan rasis daripada Pengetua tersebut dan pendirian KPM yang memandang ringan insiden ini.

"Secara tersirat, kerajaan telah bersetuju dengan tindakan rasis segelintir pihak di negara ini," kata Teck Hwa.

Beliau turut melahirkan kekesalannya dengan tindakan pihak tertentu yang masih bebas menyamakan sesuatu kaum dengan pendatang, pelacur, pengemis.

"Dalam hal ini, slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu "1Malaysia" kini sudah terkecai," ujarnya lagi.

Ulasan GB

Inilah akibatnya perjuangan bangsa yang tidak bersandarkan agama yang ditaja oleh UMNO.

Rasulullah bersaabda: "Ya Rasulullah? Apakah dia fanatik (assabiyah) itu ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw… ”Engkau menolong kaum mu di atas dasar kezaliman”. Itulah fanatik namanya.

Musibat Dalam Video Intip MB Selangor Itu Dikenalpasti

Isu video intip MB Selangor: Beberapa individu dikenalpasti

Beberapa individu telah dikenalpasti melalui rakaman video kamera intip yang ditemui tersembunyi di pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, awal bulan lalu.

Setiausaha politik kepada Tan Sri Khalid, Faekah Husin dalam satu sidang media yang diadakan pagi tadi berkata individu yang dikenalpasti bertugas di tingkat sama dengan pejabat Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

"Hasil daripada siasatan dalaman yang dijalankan, terdapat beberapa wajah dan suara individu yang dapat dikenalpasti di rakaman video berkenaan, bagaimanapun kita tidak mahu memberikan butiran lajut (mengenai individu terbabit) buat masa ini.

Ada diantara mereka memang sepatutnya berada di kawasan berkenaan manakala ada juga yang dikenalpasti tidak sepatutnya berada di bilik terbabit," katanya kepada wartawan.

Beliau menambah pasukan bertindak yang ditubuhkan bagi menyiasat isu kewujudan video kamera intip berkenaan akan menemui Menteri Besar esuk untuk menentukan tindakan susulan yang bakal diambil.

Faekah berkata, pasukan bertindak terbabit memerlukan kebenaran menteri besar sebelum mereka meneruskan langkah menemubual mereka yang dikenalpasti dalam rakaman video terbabit.

Menurutnya lagi, individu terbabit perlu disoal siasat untuk mengenal pasti dalang yang merancang meletakkan video kamera berkenaa di dalam pejabat menteri besar.

"Siasatan awal yang dijalankan oleh pasukan bertindak berkenaan telah menjurus kepada kesimpulan bahawa dalang yang terbabit dengan perbuatan itu adalah percubaan 'nakal' membabitkan politik," tambah Faekah lagi.

Beliau juga mengesahkan telah menemui tiga pegawai polis pagi tadi dan seterusnya lagi mengesahkan bahawa tiada siasatan telah dijalankan oleh pihak polis kerana setakat ini tiada sebarang laporan polis telah dibuat.

Tan Sri Khalid, 10 Ogos lalu telah mendedahkan bahawa beliau telah menemui sebuah video kamera intip di pejabatnya.

Menurutnya video kamera terbabit telah diletakkan dalam keadaan tersorok di sebalik langsir tingkap pejabatnya yang terletak di tingkat 21 Bangunan SUK.

Menurutnya lagi, kewujudan video kamera terbabit disedari beliau selepas ia mengeluarkan bunyi amaran kehabisan bateri. -SK

Khalid Cabar Rozali Letak Jawatan, Tanding Pilihan raya

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor.

Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan.

"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.

Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing.

"(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.

Sebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Pada 12 Julai lalu, Khalid menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu yang didakwanya hanyalah untuk melindungi kepentingan Rozali.

"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.

"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya.

Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.

"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya. -mk

Ulasan GB

DPMMS mendakwa kononnya peniaga Melayu dipinggirkan oleh Kerajaan Selangor di dalam perniagaan. Satu dakwaan yang bertujuan untuk mencari publisiti murahan untuk membela para kroni yang telah puas mengaut kekayaan semasa pemerintahan UMNO BN.

Kini apabila peluang itu dibahagi-bahagikan supaya peniaga Melayu yang dulunya terpinggir akibat amalan kronisme di bawah pemerintahan UMNO BN, geng-geng kroni ini melenting seperti ayam yang berak kapur.

Rozali yang menerima gaji hampir 1/2 juta sebulan sebagai Pengerusi SYABAS, merasa tertekan apabila kerajaan Selangor enggan menaikkan tarif air demi untuk kepentingan seluruh rakyat Selangor.

Tunggu saat dan ketika, si Qarun yang mengambil harta rakyat yang bernama Rozali ini ditelanjangkan seluruhnya dan dirampas sekalian kekayaannya apabila PR membersihkan segala macam kekotoran yang ada di dalam sistem pemerintahan negara seperti institusi peguam negara, institusi kehakiman, PDRM, SPRM, SPR dan sebagainya. Qarun-qarun seperti beliau tidak akan dilepaskan!

Bukan dendam tetapi hak rakyat perlu dikembalikan dan kamu yang sudah lama melakukan kerja merompak harta rakyat perlu menerima balasan di sebalik jerisi besi pula.


Pesta Fitnah UMNO Sepanjang Ramadhan

UMNO BERPESTA FITNAH DI BULAN BARAKAH Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah s.a.w yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.

Ahli Parlimen DAP Y.B Teo Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan, Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim. Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah s.a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! ( biarkan mereka ).

Rasulullah s.a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi !! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur ( lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective ). Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas,Dato Harun Taib iaitu mereka yang arif tentang Islam menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid.

Jika Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah ( role model ) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi siapakah Utusan dan Umno yang ingin melarang Ahli Parlimen DAP dari memasuki surau Al-Huda, Kajang.

Umno dan Utusan mendakwa kononnya pihak Surau Al-Huda membenarkan Nie Ching memberikan tazkirah sedangkan beliau adalah orang bukan Islam dan tidak memakai aurat.

Sebenarnya ini hujah makan tuan. Baiklah katakan, untuk tujuan berhujah, kami terima pendapat Umno bahawa Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat. Jika itu hujah Umno kita juga berhak bertanya kenapakah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu para alim ulama’ seperti Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din, Almarhum Dato Ishak Bahrum dan beberapa alim ulama' yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno.Bukankah Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din, Almarhum Dato Ishak Bahrum adalah orang Islam dan bukankah mereka juga menutup aurat !

Umno katakan Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah. Kita ingin bertanya Umno, adakah hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam atau juga terpakai untuk orang bukan Islam ? Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja kenapakah kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam dalam perkara yang Allah tidak wajibkan ke atas mereka. Bukankah pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan. Saya tidak nampak Nie Ching berpakaian tidak sopan hanya kerana beliau tidak bertudung.

Jika Umno begitu serius tentang isu menutup aurat mengapakah Umno tidak ambil peduli sebahagian besar isteri pemimpin Umno dan sesetengah pemimpin wanita dan Puteri Umno yang masih tidak menutup aurat !

Apabila Ahli Parlimen Selayang, Y.B William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang akhbar Mingguan Malaysia menulis dengan tajuk berikut “ Ahli Parlimen Selayang pula “ bertazkirah” Kesucian Masjid terus dinodai” ( Mingguan Malaysia 29/8/2010 m/s 3 ). Akhbar itu melaporkan pengarah JAIS Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Saya tidak pelik jika JAIS mengambil pendirian begitu kerana bagi saya saki baki pengaruh Umno masih tebal dalam JAIS. Bukankah JAIS di zaman BN dahulu sibuk mengambil tindakan kepada AJK masjid yang dilihat tidak cenderung kepada Kerajaan BN. Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu tersebut kerana saya mewakili lebih kurang 7 buah masjid dan surau yang diganggu oleh JAIS !

Untuk Khusrin kita ingin bertanya soalan berikut : Adakah Rasulullah s.a.w tidak tahu orang-orang Kristian Najran berhadas besar semasa Rasulullah s.a.w membenarkan mereka masuk Masjid Nabi dan bersembahyang di Masjid Nabi ?

Apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah akhbar proksi Umno memfitnah beliau dengan mengatakan doa Ustaz Zakaria berbunyi begini “ Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng… ( lihat Mingguan Malaysia 22/8/2010 m/s 5 ). Malahan ada disiarkan di dalam TV bagaimana seseorang membuat komen bahawa khutbah tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana tidak ada doa kepada Yang Dipertuan Agung ( YDPA ). Wow ! sejak bila doa kepada YDPA menjadi rukun khutbah. Habislah semua khutbah Nabi tidak sah kerana di zaman Nabi YDPA tidak ada !

Mengapakah Umno terus menerus memainkan isu seperti ini ? Jawapannya mudah sekali iaitu amat mudah memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah Umno akan terus menerus memainkan isu seperti ini kerana bagi Umno undi adalah segala-galanya. Bagi mendapatkan undi matlamat menghalalkan cara. Umno tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak.

Lihatlah pendirian Umno dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. Emosi mengatasi ilmu. Lihat pula dalam isu kuil dan memijak kepala lembu. Sekali lagi perasaan mengatasi ilmu pengetahuan. Lihat pula isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Umno tidak peduli seerah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat pula isu khutbah. Umno seronok memfitnah di dalam bulan yang penuh barakah.


Exco sedia buat kursus agama

SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari bersedia menganjurkan kursus agama buat pemimpin UMNO.

Menurutnya, ia bagi memastikan pemahaman dan penghayatan agama Islam di kalangan pemimpin parti itu dapat dilaksanakan.

Katanya, beliau akan menganjurkan kursus berkenaan pada bila-bila masa sekiranya mendapat maklum balas positif daripada pemimpin UMNO.

“Saya selaku Pengerusi Biro Pemahaman dan Penghayatan Agama PKR sanggup beri kursus agama secara percuma buat pemimpin UMNO pada bila-bila masa.

“Tawaran ini bukan main-main sebaliknya saya mahu menganjurkannya demi melihat pemahaman dan penghayatan agama Islam dilaksanakan di kalangan pemimpin UMNO,”katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Hari Raya, di sini kelmarin.

Pada masa sama, beliau mengajak pemimpin UMNO untuk bersama-sama mengimarahkan institusi surau dan masjid yang ada di negeri ini.

Katanya, melalui cara itu isu perpaduan orang Melayu dapat diselesaikan.

“Jika mereka (pemimpin UMNO) benar-benar mahu menjaga kesucian surau dan masjid di negeri ini, marilah kita mengimarahkan dan bersembahyang berjemaah bersama-sama.

“Bukannya hanya tahu melatah dan politikkan isu surau dan masjid. Melalui langkah ini juga, secara tidak langsung perpaduan di kalangan orang Melayu dapat diselesaikan,”katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan seramai 300 orang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan, ibu tunggal dan anak yatim dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menerima hamper dan sumbangan wang tunai berjumlah keseluruhan RM30,000.

Mengulas lanjut mengenai kontroversi yang menyelubungi Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, Yaakob berkata isu itu sengaja diperbesarkan UMNO.

Katanya, isu itu bertujuan menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-90 telah memutuskan bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat izin pengurusan masjid dan menjaga tingkah laku serta tidak mencemarkan kesucian masjid.

“Saya juga bersetuju dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz bahawa di Malaysia, fikiran dicemari sentimen politik kepartian sehingga kita lupa kepada prinsip asas agama Islam itu sendiri,”katanya. -SH



Inkues Teoh: "Surat Terakhir" Sebagai Pelengkap Konspirasi

Inkues Kematian Teoh Beng Hock Disambung 20 Sept Dan 22 Okt

Mahkamah Koroner di sini, hari ini menetapkan20 Sept dan 22 Okt untuk menyambung prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Pada tarikh itu, pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal akan memberi keterangan dan seorang ahli kimia yang juga pakar tulisan tangan turut dipanggil bagi mengesahkah satu nota yang dikatakan milik Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abbas menetapkan tarikh itu pada prosiding hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh dan peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi kerajaan negeri Selangor.

Ketika prosiding Mohd Abazafree berkata beliau akan memohon supaya seorang jurubahasa Mandarin hadir pada tarikh itu bagi menterjemah kandungan nota itu sebelum dijadikan eksibit dan diserah kepada semua pihak.

Menurutnya permohonan rasmi secara bersurat akan diserahkan kepada koroner secepat mungkin.Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di Tingkat Lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14 bangunan sama.. -SK

Ulasan GB

Nampaknya yang dikatakan "nota terakhir Teoh" akan dikemukakan oleh pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal yang akan memberi keterangan dan seorang ahli kimia yang juga pakar tulisan tangan turut dipanggil bagi mengesahkah satu nota yang dikatakan milik Teoh.

Perancanaan konspirasi sudah sampai ke peringkat cuba menipu rakyat Malaysia dengan kononnya wujud nota terakhir yang ditulis oleh Teoh sebagai bukti Teoh membunuh diri. Begitu licik perencanaan yang dimainkan dan rakyat Malaysia sedang memerhatikan pakar kimia yang mana pula dipanggil untuk dilembukan oleh pihak pendakwa bagi mengesahkan kononnya tulisan itu adalah tulisan tangan Teoh sepertimana ahli-ahli patologi tempatan telah dilembukan untuk memberikan keterangan kononnya Teoh membunuh diri dengan terjun dari bangunan.

Mereka bisa melembukan sesetengah orang tetapi tidak seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat telah menyaksikan dan mendengar dengan jelas keterangan-keterangan ahli-ahli patologi tempatan yang penuh sarat dengan hujjah dan rumusan-rumusan dangkal yang direka-reka untuk menjustifikasikan kononnya Teoh membunuh diri.

Untuk apa? Untuk menyelamat seorang manusia yang merupakan pembunuh sebenar mendiang Teoh!

Di bulan mulia ini, sepertimana di bulan Ramadhan tahun lalu, mereka para konspirator ini tidak pernah takut kepada Tuhan, sewenang-wenang mereka menjalankan konspirasi mereka dan selain rakyat 1Malaysia hendak ditipu, mereka juga hendak menipu kebenaran dan lebih jelek mereka hendak menipu Tuhan.

Kita ingin tegaskan, bangkai gajah tidak mungkin boleh ditutup dengan nyiru.

Kebenaran akan tetap terdedah sekalipun mereka cuba menipu dengan pelbagai cara. Mereka mengelak untuk ditubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan digantikan dengan inkues yang dapat mereka manipulasikan demi mempastikan konspirasi berjalan sempurna, namun Allah s.w.t. akan tetap menyempurnakan perencanaanNya juga. Kamu-kamu jika masih terus-terusan hendak menipu, tunggu balasan dari Dia Yang Maha Benar! Lambat-laun kesemua kosnpirator bakal menghadapi balasanNya yang amat pedih.




1 Sep 2010

Musa Hassan OUT Ismail Omar IN

KKetua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, lapor malaysiakini.

Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.

GB sebelum ini telah menyatakan di vlog ini bahawa Musa Hassan Wajar Dibersarakan

Beliau yang dikenali sebagai pengangkut tilam di dalam kes liwat Anwar telah kemudiannya dinaikkan pangkat, sehinggalah memegang jawatan tertinggi di dalam PDRM, Ketua Polis Negara.

Beliau mempunyai rekod yang paling hodoh sebagai KPN, malah beliau dilaporkan menipu mengenai kelulusannya.

Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri.

Apa yang paling jelek ialah beliau sentiasa bersikap double-standard di dalam membuat keputusan di mana apa-apa perhimpunan Pakatan Rakyat akan menemui masalah besar walaupun mendapat permit dan dijalankan secara aman. Tetapi apa-apa perhimpunan dari parti kerajaan dibiarkan begitu sahaja sekalipun ia mengancam keselamatan (seperti perhimpunan kepala lembu).

Kemudian, beliau dilaporkan terlibat di dalam konspirasi bersama Peguam Negara, Gani Patail untuk kes liwat 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Kejatuhan beliau dari jawatannya sama seperti pemergian Tan Sri Rahim Noor dari jawatannya di mana ia sarat dengan segala macam kekotoran yang terpalit pada namanya.

Kini Tan Sri Ismail Omar bakal mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Musa Hassan berkuat kuasa 13 September ini. Apakah sama juga perangainya nanti dengan KPN-KPN terdahulu. Kita tunggu dan saksikan bersama.



Menteri Pengangkutan Dan JPJ Menghina Mahkamah

Senarai Hitam Saman Ditarik Balik Hingga 28 Februari 2011

Kabinet pada Rabu memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di sini.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."

Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya. -BERNAMA

Ulasan GB

Setelah GB melaporkan semalam bahawa rakyat berkeras tidak akan membayar satu sen pun kepada JPJ dan Polis ekoran dari kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan sekalipun diberikan kelonggaran membayar secara ansuran, kabinet hari ini akhirnya memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, tetapi hanya buat sementara waktu.

Kita hairan apa halnya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berbuat demikian sedangkan ianya TETAP merupakan satu penghinaan kepada keputusan mahkamah.

Sikap seorang menteri BN yang tidak menghormati keputusan mahkamah adalah serius yang juga perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

GB sebelum ini telah menyatakan:

Mahkamah sebelum ini di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009 secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan kepada keputusan mahkamah berkenaan, apa juga pungutan hasil daripada penyenaraian hitam saman ekor adalah bertentangan dengan undang-undang.


Seandainya kerajaan masih berdegil untuk meneruskan pungutan dari senarai hitam kerana saman ekor, Menteri dan kementerian berkenaan, JPJ dan Polis boleh didakwa di mahkamah kerana menghina keputusan mahkamah.

Langkah untuk menyaman pihak-pihak berkenaan perlu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar keputusan mahkamah selepas mereka menekan, mempermain dan menindas rakyat dengan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan.

Kerajaan yang tidak mematuhi undang-undang tidak boleh diberi peluang memerintah lagi dan kerajaan yang tidak mematuhi undang-undang tidak boleh mengharap rakyat akan membuat perkara yang serupa (mematuhi undang-undang).


Kelantan Tetap Haramkan Wang Ehsan Yang Dirampas UMNO

Mustapa: Pemberian wang ihsan atas nasihat Peguam Negara (AG)

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh kerajaan persekutuan bukan dibuat secara membuta tuli sebaliknya atas nasihat peguam negara sebelum diagih-agihkan kepada rakyat yang layak.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia dibuat atas nasihat peguam negara yang juga berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada 75 anak yatim di masjid An-Nur, Badak di Pasir Puteh, petang semalam.

Isnin lalu, kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Dagang di Kuala Lumpur kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut Petronas melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri itu.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri yakin tindakan kerajaan ersekutuan itu adalah betul mengikut undang-undang sedia ada.

"Terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan siapa yang benar," katanya.

Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM25 juta sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu dengan sebahagian besarnya sedang diagih-agihkan bagi membantu lebih 70,000 pelajar. - Bernama

Ulasan GB

Memang telah dijangka bahawa si bedebah yang bernama Gani Patail yang menjadi Peguam Negara adalah PUNCA kepada banyak masalah yang berlaku di dalam negara ini.

Oleh kerana PM dan TPM Malaysia adalah diantara yang bebal di dalam hal undang-undang, mereka berdua terpaksa berpaut kepada "nasihat" Peguam Negara, sama seperti Pak lah dahulu sewaktu beliau menjadi PM.

Kelemahan PM-PM ini telah dipergunakan oleh Peguam Negara untuk melakukan pelbagai karenah diantaranya konspirasi untuk memenjarakan Anwar di dalam kes Liwat 2, konspirasi menutup kes Teoh Beng Hock dengan menubuhkan inkues sahaja daripada mewujudkan Suruhanjaya Diraja, pemusingan fakta di dalam kes Kugan, rampasan royalti rakyat Kelantan dan lain-lain konspirasi.

Kenyataan Mustapa di atas adalah bukti jelas bahawa Peguam Negara adalah orang yang bertanggungjawab secara terus memberi nasihat kononnya berdasarkan undang-undang untuk mengagihkan wang royalti sebagai ehsan kepada JPP Kelatan yang dikuasai UMNO Kelantan, bukan kepada Kerajaan Kelantan.

Sedang apa yang diputuskan oleh Peguam Negara tidak semestinya betul dan tidak semestinya mengikut peraturan undang-undang yang sebenarnya.

Kerana nasihat Peguam Negara ini tidak juga semestinya betul, malah beliau seorang yang bodoh di dalam perundangan. Buktinya, Malaysia telah TEWAS di dalam isu Batu Putih disebabkan oleh nasihat si bedebah seorang ini.

Baru-baru ini beliau dilaporkan ada hubungan sulit dengan pegawai bawahannya. Baca SINI

Peguam Negara bernama Gani Patail ini perlu didakwa, perlu dihukum dengan segera untuk Malaysia yang lebih aman dan sentosa.

Ingat Mustapa, wang royalti yang dirampas dari Kerajaan Negeri yang diberikan oleh JPP itu adalah hakmilik Kerajaan Negeri. Penasihat undang-undang Kerajaan Pusat yang bernama Gani Patail itu mempunyai rekod buruk dan justeru itu nasihatnya dalam hal royalti tidak terpakai. Kerajaan Negeri dan Rakyat Kelantan tetap mengharamkan wang ehsan yang kamu rampas itu.

Kepada Najib dan Muhyiddin, pastikan kamu melakukan perkara yang betul dengan tidak semudah-mudah mendengar "nasihat" Peguam Negara dalam hal yang kamu buta mengenainya. Kelak kamulah bapak kepada hal-hal yang haram itu dan meletakkan doa yang dibaca di setiap perhimpunan di hadapan bangunan JPM untuk mendapatkan rezeki yang halal hanya sebagai satu yang kamu permainkan di depan Allh s.w.t. semata-mata.

Sehinggalah nanti pecahlah perut-perut pemimpin UMNO mentadarah wang haram tersebut!

Namun yang menghairankan: mengapa hendak memakan harta orang lain? Tidakkah kamu semua takut kepada su'ul khatimah (saat kematian yang buruk)?

Isu Bakar Bendera Malaysia Di Indon. Menteri KDN Dan KPN Perlu Letak Jawatan

Anggota Bendera kumpul cap jari darah

JAKARTA - Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan hari kemerdekaan ke-53, semalam.

Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih, yang mereka sebut sebagai ‘hadiah’ Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53.

“Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini (semalam). Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami,” katanya.

Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan ‘apel siaga’ iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan ‘Ganyang Malaysia’.

Aksi berkenaan mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro.

Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera membawa ‘hadiah’ najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia. - Bernama

Ulasan GB

Nampaknya isu bakar bendera Malaysia ini masih terus berlaku dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu rasional dan objektif. Tidak cepat untuk bertindak balas tetapi hendaklah melihat kepada sebab-sebab kemarahan rakyat Indonesia tersebut.

Peristiwa ini dilaporkan tanda kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Itu isunya.

Dan hingga kini GB hairan kenapa Polis Malaysia telah menahan 3 warga Indonesia dan yang ditahan itu pula adalah pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. Keadaan adalah berbeza jika yang ditahan adalah warga biasa Indonesia.

Memang jika ada berlaku pencerobohan pun, saya merasakan tindakan polis Malaysia itu tidak bijak malah tidak bertanggungjawab. Ia merosakkan reputasi polis Malaysia sendiri kerana pertama: Polis Malaysia tidak dapat membuktikan bahawa pencerobohan itu berlaku, yang kedua: Polis Malaysia sepatutnya boleh merujuk dahulu pihak berkuasa Indonesia kerana yang hendak ditahan adalah pegawai-pegawai kerajaan Indonesia. Bukankah sepatutnya didahulukan diplomasi dalam hal sebegini? Dan yang ketiga: sikap bebal polis Malaysia sengaja mewujudkan ketegangan kedua-dua pihak.

Menteri KDN perlu bertanggungjawab begitu juga KPN. Kedua-duanya patut meletakkan jawatan.


Pekung UMNO Terdedah. Tatarias Pengantin Dalam Surau


Umno 'Arif' Agama Anjur Pertandingan Menghias Pengantin Dalam Surau

Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.

Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada 9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.

Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.

Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.

Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melabelkan Nie Ching sebagai orang bukan Islam yang 'kotor'.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pimpinan Umno sebagai jahil agama apabila menghalang orang bukan Islam untuk datang ke surau dan masjid bagi tujuan baik, sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang kedepan sekali mencemar kesucian tempat ibadah tersebut.

"Ini membuktikan Umno tidak menghormati kawasan atau ruang orang Islam melakukan ibadat. Bagi mereka semuanya halal dan boleh belaka," kata Abdullah Sani.

Apa yang mengejutkan program Juara Rakyat anjuran Umno itu menjadikan ruang solat surau tersebut sebagai tempat bagi pertandingan mendandan sekumpulan gadis yang mengambil bahagian dalam pertandingan menghias pengantin itu.

Klip video itu turut memaparkan beberapa wanita Islam yang tidak memakai tudung menutup aurat dihiasi serta dikenakan mekap oleh pendandan lelaki.

Pada montaj klip video tersebut dipaparkan persoalan untuk renungann, 'Umno Kecam Teo Masuk Surau Kerana Tidak Menutup Aurat Dan Membawa Isu Politik Ke Dalam Surau, Tetapi Tahukah Anda Puteri Umno Tidak Menutup Aurat Dan Mereka Membawa Isu Politik Ke Dalam Masjid?'.

"Jika benarlah rakaman video tersebut, tindakan inilah yang sebenarnya menghina rumah ibadat," tambah Abdullah Sani.

Beliau berpendapat Umno-BN akan terus memainkan isu sensitif perkauman dan agama, terutamanya apabila sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun.

Baginya tindakan tersebut merupakan usaha bagi memecahbelahkan masyarakat di negara ini.

"Memang inilah budaya Umno. Kepada mereka, semuanya halal. Judi halal, rasuah halal dan menyalah gunakan rumah ibadat pun halal. Nampaknya Umno ingin mengatasi hukum agama," tegas Abdullah Sani. -SK



Ulasan GB

Mana dia pemimpin UMNO yang sebelum ini mengulas mengenai isu surau? Najib, Pak Lah, Jamil Khir, Hishamuddin Tun Hussin termasuklah Presiden Perkasa dan beberapa "ulamak" yang menyatakan tempat sujud orang Islam telah dipijak oleh bukan-Islam?

Mana si lembu-lembu UMNO BN seperti Bernama, Utusan, Berita Hairan, Mstar dan lain-lain?

Kenapa tak mahu mengaku UMNO BN telah terlebih dahulu mencemarkan kesucian surau dengan aktiviti-aktiviti yang bercampur aduk lelaki perempuan, tanpa pakaian menutup aurat sepertimana kamu bising-bisingkan seperti di dalam isu surau Al-Huda?

Lebih banyak pekung-pekung UMNO BN akan terdedah sekiranya anda cuba mengeksploitsi dan memfitnah PR. Teruskan kerja-kerja memfitnah kamu, Allah pasti akan membalikkan najis-najis kamu ke muka kamu sendiri.