2 Sep 2010

Khalid Cabar Rozali Letak Jawatan, Tanding Pilihan raya

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor.

Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan.

"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.

Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing.

"(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.

Sebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Pada 12 Julai lalu, Khalid menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu yang didakwanya hanyalah untuk melindungi kepentingan Rozali.

"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.

"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya.

Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.

"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya. -mk

Ulasan GB

DPMMS mendakwa kononnya peniaga Melayu dipinggirkan oleh Kerajaan Selangor di dalam perniagaan. Satu dakwaan yang bertujuan untuk mencari publisiti murahan untuk membela para kroni yang telah puas mengaut kekayaan semasa pemerintahan UMNO BN.

Kini apabila peluang itu dibahagi-bahagikan supaya peniaga Melayu yang dulunya terpinggir akibat amalan kronisme di bawah pemerintahan UMNO BN, geng-geng kroni ini melenting seperti ayam yang berak kapur.

Rozali yang menerima gaji hampir 1/2 juta sebulan sebagai Pengerusi SYABAS, merasa tertekan apabila kerajaan Selangor enggan menaikkan tarif air demi untuk kepentingan seluruh rakyat Selangor.

Tunggu saat dan ketika, si Qarun yang mengambil harta rakyat yang bernama Rozali ini ditelanjangkan seluruhnya dan dirampas sekalian kekayaannya apabila PR membersihkan segala macam kekotoran yang ada di dalam sistem pemerintahan negara seperti institusi peguam negara, institusi kehakiman, PDRM, SPRM, SPR dan sebagainya. Qarun-qarun seperti beliau tidak akan dilepaskan!

Bukan dendam tetapi hak rakyat perlu dikembalikan dan kamu yang sudah lama melakukan kerja merompak harta rakyat perlu menerima balasan di sebalik jerisi besi pula.


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kecut teloq uak umno bila GB kata tak nak lepaskan perompak-perompak ni bila PR berkuasa nanti.

memang patut mereka yg bersalah dihukum walaupun mereka hidup bebas lepas semasa pemerintahan UMNO BN.

Tanpa Nama berkata...

Penyamun.. kita tak halal dia makan duit kita... jawab lah nanti...

kembara putih berkata...

Penswastaan air di Selangor ni pelik sikit, kerajaan negeri hampir tiada kuasa langsung. Kalau negeri lain, bila prestasi syarikat air negeri yang diswastakan teruk, kerajaan negeri boleh membeli semula saham dan menguasai secara total kembali, tetapi tidak di Selangor, menjadi hakmilik SYABAS secara hakiki. Pandai betul Khir Toyo buat kerja.

Tanpa Nama berkata...

Gaji 1/2 juta sebulan syarikat dia ni jual apa? Minyak?Intan?Berlian?.Tak,jawabnya air.Air diLembah Kelang,kalau tak pakai penapis,tak layak untuk diminum.SYABS tak buat apa-apa untuk menjual air bersih kepada penduduk Lembah Kelang.Tapi Pengerusinya kaut gaji 1/2 juta sebulan.Bila Kerajaan Selangor nak ambil alih SYABAS,tentulah manusia ni hilang mata pencarian.Ini yang dia jadi benggang dan melalut.

Ila manzui berkata...

Waduh 400 ribu lebih tu banyak loh. Wak bisa kasi naik taraf rakyat Selangor tu. Waduh apa sangat kerjanya itu Rozali ? Najib pun tak sebanyak tu loh. Wak tak suke bazir wang rakyat. Kapan mau mengundi ? Aku dah tak sabarrrr ni.

Sangkuriang berkata...

Wahai Rozali, jika kamu tidak bertaubat dan memulangkan hak rakyat, sesungguhnya semasa Sakaratul Maut nanti, kehausanmu tidak akan dapat dihilangkan dengan seluruh air yang ada di dunia ini... kerana kamu mengambil kesenangan dari kehausan rakyat jelata sewaktu hidup kamu... percayalah...

Tanpa Nama berkata...

tak sabar aku nak tengok perompak ini disiasat harta dan ditangkap serta dipenjarakan.

kepala bapak dia amik gaji sampai hampir 1/2 juta sebulan. agong pun x der gaji macam tu.

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan UMNO dan diganti pemerintahan dengan orang beriman yang merendah diri,taqwa, adil dan menjaga kepentingan rakyat

Alkafaza berkata...

AMIN.... MARILAH KITA SAMA2 UBAH SEGALANYA BERBALIK PADA YANG HAKNYA YANG SELAMA INI DIKAUT MANUSIA2 YANG TAK PERNAH NAK PANDANG KEBAWAH SERTA KHUFUR NIKMAT ALLAH NI...
ALLAH HUAKHBAR !!!!!