Anggota Bendera kumpul cap jari darah
JAKARTA - Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan hari kemerdekaan ke-53, semalam.
Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih, yang mereka sebut sebagai ‘hadiah’ Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53.
“Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini (semalam). Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami,” katanya.
Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan ‘apel siaga’ iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan ‘Ganyang Malaysia’.
Aksi berkenaan mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro.
Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera membawa ‘hadiah’ najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia. - Bernama
Ulasan GB
Nampaknya isu bakar bendera Malaysia ini masih terus berlaku dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu rasional dan objektif. Tidak cepat untuk bertindak balas tetapi hendaklah melihat kepada sebab-sebab kemarahan rakyat Indonesia tersebut.
Peristiwa ini dilaporkan tanda kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.
Itu isunya.
Dan hingga kini GB hairan kenapa Polis Malaysia telah menahan 3 warga Indonesia dan yang ditahan itu pula adalah pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. Keadaan adalah berbeza jika yang ditahan adalah warga biasa Indonesia.
Memang jika ada berlaku pencerobohan pun, saya merasakan tindakan polis Malaysia itu tidak bijak malah tidak bertanggungjawab. Ia merosakkan reputasi polis Malaysia sendiri kerana pertama: Polis Malaysia tidak dapat membuktikan bahawa pencerobohan itu berlaku, yang kedua: Polis Malaysia sepatutnya boleh merujuk dahulu pihak berkuasa Indonesia kerana yang hendak ditahan adalah pegawai-pegawai kerajaan Indonesia. Bukankah sepatutnya didahulukan diplomasi dalam hal sebegini? Dan yang ketiga: sikap bebal polis Malaysia sengaja mewujudkan ketegangan kedua-dua pihak.
Menteri KDN perlu bertanggungjawab begitu juga KPN. Kedua-duanya patut meletakkan jawatan.

6 ulasan:
Begitulah semangat rakyat indonesia mempertahankan kedaulatan negara mereka. Aku kalau pegawai kerajaan malaysia kena tangkap terutamanya KPN, AG atau menteri KDN, aku tak akan buat tunjuk perasaan tapi aku akan buat kenduri kesyukuran sebab MERDEKA... Kalau boleh doa biar dia orang tu mampos cepat.
Tak patriotik ke aku ni?
Aloo Bro patriotik kepala hotak engkau macam gitu....... Engkau takde sekolah ka? Tapi jangan lupa jemput aku sekali join kau punya kenduri tu ya !
Nampaknya setakat ini hanya GB saja yg mengulas isu ini dengan betol dan rasional.
Yang lain cuma hendak menyalahkan Indon dan memenangkan PDRM kononnya atas alasan patriotik.
Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.
di malaysia pemimpin BN lontar najis kepada rakyat dengan tarik subsidi, insuran mahal dan saman ekor
mereka buat demo, kenapa polis indon tak macam sini?
Betul tu Bro, jemput aku jugak!
Catat Ulasan