1 Sep 2010

Musa Hassan OUT Ismail Omar IN

KKetua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, lapor malaysiakini.

Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.

GB sebelum ini telah menyatakan di vlog ini bahawa Musa Hassan Wajar Dibersarakan

Beliau yang dikenali sebagai pengangkut tilam di dalam kes liwat Anwar telah kemudiannya dinaikkan pangkat, sehinggalah memegang jawatan tertinggi di dalam PDRM, Ketua Polis Negara.

Beliau mempunyai rekod yang paling hodoh sebagai KPN, malah beliau dilaporkan menipu mengenai kelulusannya.

Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri.

Apa yang paling jelek ialah beliau sentiasa bersikap double-standard di dalam membuat keputusan di mana apa-apa perhimpunan Pakatan Rakyat akan menemui masalah besar walaupun mendapat permit dan dijalankan secara aman. Tetapi apa-apa perhimpunan dari parti kerajaan dibiarkan begitu sahaja sekalipun ia mengancam keselamatan (seperti perhimpunan kepala lembu).

Kemudian, beliau dilaporkan terlibat di dalam konspirasi bersama Peguam Negara, Gani Patail untuk kes liwat 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Kejatuhan beliau dari jawatannya sama seperti pemergian Tan Sri Rahim Noor dari jawatannya di mana ia sarat dengan segala macam kekotoran yang terpalit pada namanya.

Kini Tan Sri Ismail Omar bakal mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Musa Hassan berkuat kuasa 13 September ini. Apakah sama juga perangainya nanti dengan KPN-KPN terdahulu. Kita tunggu dan saksikan bersama.



9 ulasan:

atat berkata...

elokla bersara,taubat banyak banyak

blogenstarz berkata...

atat..
Kita tidak tahu samada penganti KPN nanti akan lebih baik/kurang baik dari KPN yang lalu....
Tunggu dan lihat.....
Yang penting kita kenalah PATUHI undang2 negara Malaysia.
Walahualam !

Tanpa Nama berkata...

Sudah terkabul hajat ramai rakyat Malaysia.Harap pengganti jangan lebih teruk dari yang pergi.

Tanpa Nama berkata...

tak tau la pulak yang baru ni macam mana? ntah2 lebih teruk... pada musa.. semoga Allah memberi kesempatan untuknya bertaubat.. dan kembalilah kejalan yang benar... KALAU TIDAK JUGA BERTAUBAT... MAKNYA ALLAH TELAH TUTUP SEGALA PINTU TAUBAT BUAT DIA.....

Martoiriat berkata...

Syukor alhamdulillah kerana jawatan kamu tidak disambung. Setelah bersara nanti kamu seharusnya pergi ke masjid dan bertaubat banyak-banyak dan minta maaf pada Anwar dan keluarganya.Kamu terlalu banyak dosa kepada Anwar. Jika umor kamu 59, sisa-sisa hidup kamu yang tinggal hanyalah 20 tahun lagi dan ketika itu umor kamu sudah menjangkau 79 tahun. Kamu boleh bersiap sedia untuk pindah ke alam lain dan kamu akan meninggalkan kami semua dan akan ke alam kubor. Ketahuilah kamu, jika kejahatan dan fitnah yang direka cipta terhadap Anwar, akan terjawab nanti di alam kubor . Jika wang habuan berjuta-juta yang kamu ambii hasil kerja konspirasi kamu, jawablah nanti kepada tuhan. Jika dilihat kejahatan kamu terhadap Anwar dan keluarganya nescaya kamu boleh dikategorikan ahli neraka. Kamu terlalu jahat kepada Anwar, semoga kamu akan dilaknati tuhan..

Tanpa Nama berkata...

Kita kena PATUHI undang-undang. MEREKA ???

Tanpa Nama berkata...

Musa oh Musa akhirnya ke tanah jua kau akhirnya. Ingatkan dengan kuasa yang kau ada kau dapat menongkat langit rupa-rupanya masih ada yang lebih berkuasa. Tunggulah balasan Allah kerana terlalu banyak penganiayaan dan kezaliman yang telah kau lakukan sepanjang menjadi KPN..

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa KPN baru ni pun 2 X 5 dengan Musa'ng.. kerana umno yang berkuasa bukannya KPN. Cara terbaik kita humbankan umno dalam PRU 13 nanti. Takbirrrrrrrrrrr

Tanpa Nama berkata...

Good bye Mu....sa....ng. I hate youuuuuuuuuuu. Sampah masyarakat.