Tengku Adnan: ‘Umno bukan parti di ambang kegagalan’
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno kini kelihatan sebagai sebuah parti politik yang berada di ambang kegagalan.
Setiausaha Agung Umno itu berkata mengurus sebuah parti yang berjaya seperti Umno bukanlah mudah tetapi parti dominan BN itu telah membuktikan telah menguruskannya dengan hebat.
Beliau juga menyanggah persepsi yang menyatakan Umno kini sebuah parti lemah dan bukan lagi menjadi pilihan orang Melayu.
Umno menurut beliau, masih terus menjadi parti dominan dalam BN tetapi pada waktu yang sama tetap menjadi suara mutlak memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
“Kepentingan orang Melayu tidak harus dikorbankan dalam amalan berkongsi kuasa di antara parti-parti komponen BN,” ujar beliau.
Oleh itu tegas beliau: “Yakin dan percayalah. Umno adalah parti yang berjaya, bukannya parti gagal atau di ambang kegagalan.”
“Umno juga adalah parti yang menguruskan sebuah negara yang sudah berjaya apatah lagi melibatkan pelbagai kaum dan agama,” kata beliau dalam temu bual dengan Umno Online semalam.
Setiausaha Agung BN itu menambah, rakyat dapat lihat Malaysia bukan sahaja berjaya tetapi aktif dan memainkan peranan penting dalam komuniti global.
Menurutnya, dalam konteks sedemikian, Umno mempunyai tugas berat dalam melaksanakan perimbangan untuk kepentingan Melayu, pelbagai kaum dan percaturan negara dalam arena global dan setakat ini, Umno berjaya dalam memainkan perimbangan ini.
Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan, Umno tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menjaga kepentingan dan memajukan orang Melayu.
“Saya yakin, walau apa pun orang kata tentang Umno, Umno tidak akan kompromi apabila berdepan dengan isu-isu yang menyentuh nilai asas Melayu,” katanya.
Tengku Adnan mahu rakyat menolak parti-parti pembangkang yang menurutnya menjalin hubungan tidak jujur dalam menjayakan agenda berbeza masing-masing,” katanya.
Dalam temu bual itu, Tengku Adnan juga mengkritik dengan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang adalah “manusia yang tidak jujur dalam menjalin hubungan.”
“Sejarah telah membuktikan Anwar tidak jujur kepad PAS, tidak jujur kepada DAP, juga tidak jujur kepada Umno malah kepada rakyat.
“Anwar manusia yang bijak bermuka-muka dalam menjalin hubungan .
“Dia menjalin hubungan dengan PAS kerana ada agenda sendiri . Ketika berdepan krisis moral, Anwar perlu gunakan PAS untuk melepaskan diri daripada tuduhan meliwat,” katanya.
Beliau berkata, PAS kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.
“Kita tengok sekarang, PAS seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan PAS tersepit.
“Sebagai contoh, DAP bersama PAS bukan kerana PAS tetapi kerana jaminan Anwar bahawa PAS tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul PAS tidak mahu lagi negara Islam,” kata beliau lagi. -TMI
Ulasan GB
Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Tak betul tentu dia tak menggelabah tak tentu hala.
Bagaimana rakyat hendak yakin dan percaya, Umno sebuah parti yang berjaya apabila Umno sendiri tersepit dengan perjuangan nasionalismenya konon nak pertahankan hak Melayu tetapi dalam masa yang sama terjerit-jerit slogan 1Malaysia dimana-mana, bahawa kita ini semua bangsa Malaysia katanya. Semua berdekah-dekah ketawamelihat perangai Umno yang dah semakin semput nafasnya.
Umno sememangnya di lembah kehancuran, walau tidak diakui oleh pemimpinnya semata-mata nak tutup keemahan. Persis rekahan besar pada dinding bangunan yang cuba disimen semula dengan rapi tetapi apabila digoncang sedikit walau dengan angin perlahan, gugur bersepailah ia ke mukabumi.
Eh Adnan, kalau tak ada apa-apa, takkan tempua bersarang rendahlah be! (cakap style orang Melaka kerana Adnan org Melaka)

5 ulasan:
UMNO tersepit untuk menentukan samada PAS bersedia untuk bergabung dengan BN atau PAS lebih bersedia bergabung dengan DAP. UMNO juga tersepit memikirkan dahulu PAS menyatakan bahawa hukumnya haram apabila sesebuah negara itu berkongsi kuasa dengan bukan Islam. UMNO juga tersepit mengapa PAS membenarkan orang kristian menggunakan kalimah ALLAH untuk tujuan yang meragukan. UMNO juga tersepit apabila memikirkan kenapa PAS memberi kebenaran kepada pemimpin bukan Islam berada di saf utama solat di masjid dengan tidak bertudung dan berbincang hal-hal dunia dalam masjid. Banyak lagi perkara yang menyebabkan UMNO tersepit dengan tindak tanduk PAS yang semakin hari semakin goyah ketegasannya dalam menentukan hala tuju perjuangan Islamnya yang sebenar.
Kalau UMNO kuat...tak payah ambil pot la pasal PR...Rakyat kan dah matang...Biarkan PR dengan program2nya. UMNO menyalak itu dan ini pasal dia dah terasa bahang kehancurannya...
Cakap Mamat ni cuma nak sedapkan hati saja. UMNO sekarang sedang sakit tenat. Gejala tentang penyakit yang dihidapi itu sebenarnya telah kelitan menjelang PRU 12 dulu!
UMNO cukup kuat dengan kronisme dan menindas orang melayu...
umno peninggalan penjajah patut kita hantar balik kenegera asalnya,dok disini buat menyusahkan kita rakyat malaysia.
Catat Ulasan