3 Sep 2010

Pemimpin Umno Di Selangor Antara Pemilik Tanah Felda

Doktor gigi adalah antara individu yang menjadi peneroka Felda.

Itu antara pendedahan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah dalam satu temu bual dengan Malaysiakini tanpa merujuk kepada mana-mana individu politik.

Faekah merujuk kepada isu pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Beliau yang membuat siasatan, terkejut apabila mendapati ada antara pemilik tanah adalah pemimpin Umno di Selangor.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Faekah juga meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak sewenang-wenang melempar kritikan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia hanya memakan diri.
Apatah lagi, Faekah mendapati banyak masalah di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada kelemahan pentadbiran Khir Toyo.

Dalam temu bual itu, Faekah mengakui Khalid Ibrahim berang kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang memberikannya bayaran bonus hingga menjadi ungkitan pimpinan Umno.

Selepas siasatan dibuat, kata Feakah, pemberian bonus itu sebenarnya adalah amalan biasa sepanjang penguasaan kerajaan Umno Barisan Nasional termasuk ketika Khir Toyo masih berkuasa.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," ujar beliau lagi. -TVS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu belum kira saham bumiputera yang hilang berbilion, pemiliknya pemimpin UMNO....

Tanpa Nama berkata...

FELDA milik rakyat atau milik UMNO?

atat berkata...

malaysia ni sememangnya milik umno,pasai tu semua agensi,institusi hatta institusi raja pon depa putaq,depa hina raja,depa rasuah,depa songliap duit rakyat,petronas,perwaja ,mas,felda,tabung haji lepas tu rakyat lah kena tanggung hutang,mulalah naik yg tu naik yg ni,kejar pungkoq rakyat suroh bayar saman seumpama seorang bapa yg kehabisan harta akibat boros dan rasuah lalu anak anaklah terpaksa bejimat,berenti sekolah dll