Umno 'Arif' Agama Anjur Pertandingan Menghias Pengantin Dalam Surau
Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.
Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada 9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.
Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.
Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.
Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.
Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melabelkan Nie Ching sebagai orang bukan Islam yang 'kotor'.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pimpinan Umno sebagai jahil agama apabila menghalang orang bukan Islam untuk datang ke surau dan masjid bagi tujuan baik, sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang kedepan sekali mencemar kesucian tempat ibadah tersebut.
"Ini membuktikan Umno tidak menghormati kawasan atau ruang orang Islam melakukan ibadat. Bagi mereka semuanya halal dan boleh belaka," kata Abdullah Sani.
Apa yang mengejutkan program Juara Rakyat anjuran Umno itu menjadikan ruang solat surau tersebut sebagai tempat bagi pertandingan mendandan sekumpulan gadis yang mengambil bahagian dalam pertandingan menghias pengantin itu.
Klip video itu turut memaparkan beberapa wanita Islam yang tidak memakai tudung menutup aurat dihiasi serta dikenakan mekap oleh pendandan lelaki.
Pada montaj klip video tersebut dipaparkan persoalan untuk renungann, 'Umno Kecam Teo Masuk Surau Kerana Tidak Menutup Aurat Dan Membawa Isu Politik Ke Dalam Surau, Tetapi Tahukah Anda Puteri Umno Tidak Menutup Aurat Dan Mereka Membawa Isu Politik Ke Dalam Masjid?'.
"Jika benarlah rakaman video tersebut, tindakan inilah yang sebenarnya menghina rumah ibadat," tambah Abdullah Sani.
Beliau berpendapat Umno-BN akan terus memainkan isu sensitif perkauman dan agama, terutamanya apabila sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun.
Baginya tindakan tersebut merupakan usaha bagi memecahbelahkan masyarakat di negara ini.
"Memang inilah budaya Umno. Kepada mereka, semuanya halal. Judi halal, rasuah halal dan menyalah gunakan rumah ibadat pun halal. Nampaknya Umno ingin mengatasi hukum agama," tegas Abdullah Sani. -SK
Ulasan GB
Mana dia pemimpin UMNO yang sebelum ini mengulas mengenai isu surau? Najib, Pak Lah, Jamil Khir, Hishamuddin Tun Hussin termasuklah Presiden Perkasa dan beberapa "ulamak" yang menyatakan tempat sujud orang Islam telah dipijak oleh bukan-Islam?
Mana si lembu-lembu UMNO BN seperti Bernama, Utusan, Berita Hairan, Mstar dan lain-lain?
Kenapa tak mahu mengaku UMNO BN telah terlebih dahulu mencemarkan kesucian surau dengan aktiviti-aktiviti yang bercampur aduk lelaki perempuan, tanpa pakaian menutup aurat sepertimana kamu bising-bisingkan seperti di dalam isu surau Al-Huda?
Lebih banyak pekung-pekung UMNO BN akan terdedah sekiranya anda cuba mengeksploitsi dan memfitnah PR. Teruskan kerja-kerja memfitnah kamu, Allah pasti akan membalikkan najis-najis kamu ke muka kamu sendiri.

8 ulasan:
padan dengan muka zahid, katak, hishamudin.. dan banyak lagi mangkok2 umno bee end ... cari lagi salah orang... terbukak lah pekong di dada kalian... nanti akan terbukalah lagi segala maksiat yang kalian lakukan... ALLAH MAHA BERKUASA.. TUNGGULAH AKAN TIBA BALASAN ALLAH UNTUK KEZALIMAN YANG TELAH KALIAN LAKUKAN KEPADA RAKYAT...
Pak Berahim Ali meh komen sikit. Habag la kata video tu sengaja dibikin, tu bukan surau tapi setor ka apa ka, hantam pi la. Janji jawab. Jawab no jangan tak jawab Pak Berahim ooi.....
umno sdan sedang mendedahkan kudis kudis dan pekung di dada mereka utk ditatap oleh penyokong penyokong mereka yg selama ini merekalah pengkhianat dan penipu kpd agama.bangsa dan negara
Aku ckup tak paham la UMNO ni...Cakap macm haram jadah..Tengokla ulamak muda UMNO ni buat hujah di Malaysiakini"http://www.malaysiakini.com/news/141535 ..Dalam tulisan itu, 'Fathul Bari juga memuatkan pendirian majlis fatwa ulama Arab Saudi yang "bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali'. Abih tu, selama ni sape plak yang duk buat kerja pembinaan bangunan masjid. Yang bawak jentera korek, yang buat siling, yang supply barangkan semua org bukan Islam.
bagi umno hampa masok masjid pkai sependa saja pun takpa asalkan islam sebab dalam pemehaman orang umno iman bukan dok dipakaian iman dok dihati,kalau tak pecaya hampa pi tanya orang umno pasai apa pakai pakaian tak tutop aurat nanti depa sergah kita balik depa kata"awat hampa ingat iman dok dipakaian ka?.
Raja gopal tak marah ke perintahnya di persendakan oleh gerombolan UMNO.
Itulah caranya gerombolan UMNO nak perbodohkan Melayu dan Raja gopal..
jangan siar macam ni, nanti UMNO murka....
yang salah tetap salah, tidak kira di pihak UMNO/BN or PR..yg mana membenarkan orang kafir/musyrik masuk ke dalam masjid/surau dan memberi ucapan/ceramah yang berbaur politik dan kotor (kutuk-mengutuk)
Catat Ulasan