19 Okt 2015

Undi Tak Percaya Kepada Najib: Lagi U-turn Dari Presiden PAS

Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib

PAS tidak memberikan sebarang kata dua sama ada akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun beberapa pemimpin parti Islam itu menyatakan kesediaan untuk menyokong usul itu.

"Kita tunggu dan lihat dan sama ada perlu lakukannya," kata presiden PAS itu ketika ditanya berkenaan usul yang dikemukakan pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian apabila Parlimen bersidang semula hari ini.



Kenyataan Hadi itu bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin dilaporkan berkata, ahli Parlimen PAS akan menunggu arahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.

"Kita akan menantikan perkara ini dibentangkan di Parlimen. Kita bergantung kepada ketua pembangkang, Dr Wan Azizah untuk membuat keputusan. Kita tengok dulu. Undi tidak percaya sebahagian daripada prosedur Parlimen dan kita sokong undi itu."


Pada 31 Julai, Hadi berkata, PAS tidak akan menyokong sebarang usul tidak percaya terhadap Najib.

Notis yang dikemukakan Hee merupakan item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan apabila Dewan Rakyat mula bersidang untuk mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13, Isnin ini.

Hee menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul itu, termasuk derma RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.

"Dewan ini mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan penerimaan 'wang derma' berjumlah RM2.6 bilion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar The Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperoleh daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.

"Dengan tidak menjelaskan mengapa 'wang derma' ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku di mana 'special task force' yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat 4 anggota PAC yang terbabit dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri oleh perdana menteri, pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, timbalan pengarah SB dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan," menurut notis itu

Hee berkata disebabkan masalah yang dinyatakan, Najib menjejaskan imej negara di mata dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat. –TMI

PAS janji sokong undi tidak percaya PM



Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan menyokong sekiranya undi tidak percaya terhadap perdana menteri dibawa ke parlimen dalam persidangan kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu bagaimaapun berkata, PAS akan menunggu terlebih dulu untuk melihat jika usul berkenaan benar-benar dibawa ke parlimen.

"Kita tunggu perkara ini dibentang di parlimen dulu. Ia terpulang kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya kepada media malam ini.

Beliau ditemui Beliau di dalam program Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan.

Takiyuddin berkata undi tidak percaya merupakan sebahagian daripada prosedur dibenarkan dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Dan kita akan menyokong undi tidak percaya," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" berhubung sekiranya undi tidak percaya di bawa ke parlimen dalam sidang kali ini.

"Kita akan lihat terlebih dahulu. Tunggu dan lihat apa kewajaran (undi tidak percaya)," katanya.

Ditanya lagi adakah wajar undi tidak percaya dibawa ke Parlimen, Abdul Hadi berkata: "Kita akan lihat kewajarannya."
-mk

ULASAN GB

Entah sudah berapa kali uturn dilakukan oleh presiden PAS terhadap keputusan yang disebutkan oleh AJK Tertinggi PAS yang lain terhadap sesuatu isu, kita pun tak tahu.

Semenjak golongan progresif masih berada di dalam PAS lagi, Presiden PAS sentiasa melakukan uturn terhadap keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh AJK Tertinggi PAS.

Malah di dalam tahun ini saja di dalam kes penyertaan BERSIH 4.0. Timbalan presiden menyatakan PAS akan turut serta, tetapi dipusingkan oleh presiden PAS, PAS tak sertai BERSIH 4.0.


Ketika itu GB mengulas begini, petikan:

Seringkali PAS menyatakan ia sentiasa berpegang dengan slogannya…”Beristiqamah Sehingga Kemenangan” .. namun sekarang nampaknya slogan sudah tinggal slogan.

PAS gagal beriistiqamah dengan pendirian Presidennya untuk tidak menyertai demonstrasi.

Kini di dalam isu undi tidak percaya kepada PM, Setiausaha Agung PAS kata "PAS janji sokong undi tidak percaya PM" tetapi dipusingkan oleh Presiden PAS yang sentiasa menggunakan kuasa vetonya menyatakan "Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib".

Presiden PAS seperti ada agenda tersembunyi dengan UMNO. Setiap kali keputusan dikeluarkan oleh AJK Tertingginya baik Timbalan Presiden atau Setiausaha Agungnya, maka presiden PAS akan memusingkan keputusan itu.

PAS tidak memerlukan lagi AJK-AJK yang lain untuk membuat keputusan. Tiada lagi sistem syura digunakan, tetapi hanya bergantung kepada "apa yang Presiden cakap".

Perintah Al-Quran di dalam Surah asy-Syura [42] "wa amruhum syura bainahum" (urusan mereka [diputuskan] dengan musyawarah di antara mereka) telah terus diketepikan.

Oleh kerana Presiden tidak perlu kepada mesyuwarah, maka Allah swt telah mengambil kesemua golongan progresif yang pernah menjadi AJK PAS Pusat untuk keluar dari PAS lalu dibimbing Allah swt untuk membentuk sebuah parti Islam baharu, AMANAH namanya.

Berbeza dengan PAS, keputusan yang dibuat oleh AJK AMANAH adalah secara kolektif, secara syura tidak di tangan Presiden seorang. Malah AMANAH ada Penasihat Umumnya, iaitu dua orang ulama terkemuka di dunia, iaitu Ust Ahmad Awang dan Ust Abd Ghani Shamsuddin yang akan memberikan nasihat terutama dalam hal-hal yang bersangkutan dengan syariat dan hukum.

Dr. Hassan Huwaidi di dalam kitabnya, "Syura Fil islam", menyatakan: "Satu jemaah yang bermesyuwarah itu lebih terjamin untik mendapat petunjuk di dalam urusan mereka".

Di dalam PAS kini, definisi tradisional mengenai wala' lebih sangat menghampiri taksub dimana Presiden atau ulamak tidak boleh dikritik. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Baca kisah ini:

Dalam sejarah perkembangan Islam, tradisi kritik bukanlah sesuatu yang asing. Suatu hari, saat bergerak menuju medan perang Badar, Rasulullah memutuskan kepada pasukannya untuk berkemah di kawasan sumur pertama yang mereka temui. Tak ada satupun dari para sahabat yang “berani” menolak perintah dari Rasulullah tersebut. Hingga seorang sahabat yang dikenal sebagai pakar strategi perang bernama Khabab bin Mundzir berdiri seraya berkata:

"Wahai Rasulullah, apakah penentuan posisi tersebut adalah wahyu dari Allah? Atau hanya berdasarkan strategi perang yang merupakan pendapat anda?”

"Oh bukan sama sekali ya Khabab. Tempat ini kupilih berdasarkan pendapatku semata,” jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum," jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin boleh menang di dalam pertempuran dengan orang-orang Quraisy Mekah.


Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"... inikan pula baru menjadi presiden.

Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan.... tak kira betapa tinggi pun jawatan di atas dunia ini, dia akan pasti menerima hukumanNya apabila merasakan dirinya lebih hebat dari Al-Quran yang memerintahkan supaya syura itu diutamakan. GB yakin denganNya.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas tidak akan buat undi tidak percaya.
Dan pru14 mgkin brsama umno inshaallah

Tanpa Nama berkata...

Oleh itu, tak perlu ada jurucakap lain selain presiden dlm PAS. PAS adalah presideng, presideng adalah PAS..

tok janggut berkata...

Pemimpin yg lembab buat keputusan...pemimpin yg mmbawa kerosakan pd parti yg di pimpin nya..

Tanpa Nama berkata...

Dari ulasan tuan gb di atas maka terbatallah serta merta fatwa saya yang selalu menyatakan pas itu hadi yang punya. Rupa2 bukan. Tidak benar dan memandai2 saja buat fatwa sendiri.

Pas ini sebenarnya umno bn yang punya. Betul2 mereka punya. Sangat2 dipercayai agen2 mereka sentiasa membisikkan tiap2 perkara untuk hadi putuskan. Mereka tahu jenis macam mana hadi ini. Kenal lama dah.

Tuan takiyuddin. Tuan ini selalu buang karan buat macam2 stetmen. Buat apa kalau seposen pun tak laku? Tuan belah sajalah dari situ. Iman tuan rasanya cukup yakin Allah boleh bagi rezki untuk anak bini dari duduk jadi sua kononnya. Tapi selalu dapat malu saja.

Wahai hadi al zombi. Kau sebenarnya sudah mati. Kau hanya akan dikapankan beberapa saat saja nanti. Banyak hal yang kau kena jawab. Selamat menjawab. Tentu kau dah ada semua jawapannya. Kalau tak betul jawapannya pasti kau binasa di alam sana.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak persoal kan kenyataan lge d perlimen brow....

Nurul Mardhati Rofedi berkata...

Undi tak percaya utk selamatkan umno itupun tak leh pk ke tghh kata tunggu dan lihat adalah tepat

Tanpa Nama berkata...

Ulamak lidah bercabang...mmg x boleh caya

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya ada sebahagian MP PKR nak ikut u-turn mcm PAS.
Aku cadangkn, sblm usul naik eloklah, di kawasan MP tersebut dilakukan undi tak percaya dahulu di mana2 dewan org ramai. Rakyat turun beri undi dahulu. Kalu MP tak ikut keputusan tu, nahaslah PRU14 nanti.

- Kamal

Tanpa Nama berkata...

Jawapannya mudah saja.."gumbira" "gumbira" "gumbira"

lelaki dicermin berkata...

Aku ada baca satu artikal setahun seblm muktamar ulamak gunakan CAI tu..percaturan dia org tuan presiden tidak bertanding.. tuan presiden akan mengetuai dewan ulamak pas...di samping jd naib ulamak dunia. Rasanya kedudukan itu telah cantik. Tuan presiden akan kurang perhatian pd parti.. tp menumpukan diri sebagai naib ulamak dunia. kenapa percaturan tu di buat sbb puak2 yg bertanding tidak mahu memalukan tuan presiden atas sikap2 yg di kesan dr awal.. satu masa tuan presiden ni sakit teruk.. masuk hospital lama.tp berita masuk hospital tu di senyapkan... selepas sehat kembali cara tuan presiden berubah...asyik membuat u-turn yg memberi keuntungan pd umno. Mengeluarkan kenyataan spt bukan seorg presiden..Entah betul ke tidak artikal tak pasti... kalau tgk riaksi tuan presiden mcm betul je... bg aku mcm sakit mental je cara dan sikap tuan presiden ni..skg pun menunjukkan tindakkan dan kenyataan2 nya memalukan diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

wan azizah kena tetapkan tarikh nak buat usul undi tak percaya sebab ana nak pi jepun

Tanpa Nama berkata...

Hadi bukan guna kuasa veto tapi salah-guna kuasa. Kuasa veto bukan boleh di gunakan selalu. Banyak negara kuasa besar yang ada kuasa veto pun ambil masa untuk guna kuasa veto dengan alasan yang kukuh.

Dalam pertandingan realiti apabila ketua juri ingin gunakan imuniti pun kena berbincang dengan juri-juri yang lain.

Dalam isu ini Hadi tidak guna kuasa veto kerana sekiranya Hadi guna kuasa veto dia perlu berbincang. Ini cuma pendapat peribadi Hadi tapi kalau tak ikut, sama jugak lah menentang Hadi sebagai Presiden.

Tapi yang paling tepat ialah Hadi bukan seorang Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan) !!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pendirian Hadi Awang sebelum dan pasca Muktamar adalah sama sahaja. Presiden Pas ini akan menolak apa sahaja yang telah diputuskan sebelum muktamar kerana resolusi itu kononnya didominasi oleh golongan profesional dan progesif. Golongan profesional dan progesif ini dituduh oleh golongan ulama yang berada di bawah ketiak Hadi Awang sebagai liberal, sekular, agen DAP dan Yahudi dan anti ulama. Pasca Muktamar 2015, menyaksikan golongan profesional dan progesif tersingkir dari Pas. Golongan yang mendominasi Pas pada pasca Muktamar 2015 pula adalah golongan yang betul-betul pro ulamak dan balaci-balaci Tuan Presiden.

Anehnya, sekarang ini apabila semua barisan kepimpinan tertinggi Pas adalah pendokong-pendokong setia, malangnya Hadi Awang masih mahu melakukan pusingan U walaupun resolusi penting telah dibuat. Dalam isu undi tidak percaya terhadap Najib,sebagai Perdana Menteri, Pas telah membuat ketetapan menyokong usul ini, namun Hadi Awang menyerlahkan pendirian yang kurang menyakinkan. Pada mulanya tidak menyokong, kemudian menyokong dan terkini tidak pasti. Tuan Presiden Pas, kamu ini bagaimana?

Tidak syak lagi lambang Pas adalah bulan penuh. Sekarang ini khalayak melihat lambang Pas ini sebagai "round about" yang bermaksud bulatan di jalan raya. Hadi Awang boleh memandu menyelusuri bulanan ini 360 darjah tanpa perlu mencari arah destinasi yang lain. Sebagai presiden parti, Hadi Awang boleh memandu ikut arah jam, lawan arah jam, atau berhenti ikut suka hatinya. Memang hebat Presiden Pas ini mempunyai kuasa veto yang mutlak. Justeru, wahai ahli-ahli Pas, kalian ini bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.31....kenapa nak persoal?? yang orang persoal tuang presideng yang asyik buat u turn dan menguntungkan umno...lge ada buat u turn yang untungkan umno ke??? dok dalam pakatan rakyat....keputusan tak menyokong pakatan rakyat...apa punya presideng macam nih??

Tanpa Nama berkata...

Cuba perhatikan pernah x hadi atau arun jin bantah najib atau kutuk najib?xpernah kan...puji najib lagi ada lah...so kita dh tau dah nt jwpn hadi tu pada undi xpercaya najib

Tanpa Nama berkata...

hadi tunggu offer kot? mana tau ada derma yg akan masuk akaun peribadi?

u hep mi, ai hep yu...

Tanpa Nama berkata...

Eluk lah PAS pun buat undi tidak percaya ke atas Presiden. Antara kedua-dua nya tidak jauh bezanya.

Najib pecat. Hadi halau.
Najib auta. Hadi u turn
Najib guna melayu. Hadi guna agama.

Tanpa Nama berkata...

PAS ni rasa ana dah UMNO cuma tidak berani menzahirkan sahaja. Niat tu dah ada. Tengok kebelakangan ini...dok tak dok Braheng Ali bermurah mesra dengan Tok Hadi. Terkini usul undi tak percaya pada PM Najib buat bodoh pekak sahaja sedangkan komponen pembangkang beria-ia nak jatuhkan Najib. Kalau tak percaya tengok saja PRU14 nanti dia akan melompat ke UMNO/BN kalau gerombolan dah nazak. Masakan tidak. Berkali-kali menyergah di alam maya bahawa PAS akan bertanding bersendirian. Alasan itu kalau anda perasan sebagai out let untuk melompat parti ke seberang kalau pasangan barunya cukup nazak.Keyakinan tidak terhakis lagi dengan kerjasama yang dicanangkan oleh Setpol Hadi baru-baru ini untuk bekerjasama dengan PERKASA ejen kuat UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Fastaqim ya abdal hadiyyi. Maka kau beriitiqomahlah wahai addul hadi dalam dalam membuat u turn. Orang kiri kanan kau pun dah pening dengan perangai kau. Kaki putar belit ayat quran. Sebab tu sekarang kau dah terbelit kerana quran dah laknat kau.

Tanpa Nama berkata...

Usul undi tak percaya sememangnya harus dtg dari ketua pembangkang, barulah nampak sepakat..

Tanpa Nama berkata...

Ada dengar dari salah seorang jawatan kuasa pemilihan pusat tentang perkara ini. Beliau menyatakan yang pemikiran tuan president tidak stabil setelah beliau sakit. Haron din gagal menjampinya (yang ni aku tambah sendiri).

Tanpa Nama berkata...

Kami gumbira gumbira.
President kami ulamak sunyi.
Takbirrr

Tanpa Nama berkata...

Biasa la ......dah kena rasuk jin romah.

Tanpa Nama berkata...

Mereka terhutang budi najib ziarah kat spital. Sayang seribu kali sayang,org masuk politik depa pun nk masuk politik..org lain ada wawasan tp depa ni otak kecik wawasan zero.

Tanpa Nama berkata...

Dia mkn ubat terlebih dos...nasib baik tak mereng walapun dah dekat2 pun.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada ulamak lidah bercabang...kalau bercabang bukanlah ulamak...tetapi adalah manusia munafik yg sudah tentu mendapat GANJARAN di yaumil akhirah nanti

Safwan_Mokhtar berkata...

Layak ke jadi pemimpin kalau tiada pendirian yg kukuh?