20 Okt 2015

Tahniah Dan Syabas Datuk Saifuddin, "Jangkaan" GB Pada 2008 Jadi Realiti...

Saifuddin Abdullah dilantik ketua sekretariat Pakatan Harapan

Bekas ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang baru sahaja menyertai PKR dilantik menjadi ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu akan dipertanggungjawabkan sebagai ketua seketariat secara serta-merta berkuat kuasa hari ini.




"Pakatan Harapan juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu Perjanjian Pakatan (Coalition Agreement) dan Dasar Bersama (Common Policies) yang akan dianggotai 3 orang wakil setiap parti," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Saifuddin yang juga bekas ahli Parlimen Temerloh mengumumkan menyertai PKR di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya minggu lalu.

Tindakan itu dilakukannya kerana tidak berpuas hati dengan cara Barisan Nasional (BN) menguruskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Tindakan itu menimbulkan kritikan hebat daripada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan parti Melayu itu tidak akan terjejas dengan tindakan Saifuddin kerana beliau tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, PKR dialu-alukan mengambil bekas timbalan menteri Umno itu kerana beliau berpendapat Saifuddin tentunya seseorang yang "bermasalah".

Saifuddin berkata beliau memilih PKR kerana ianya selari dengan aspirasi dan matlamat politiknya. –TMI.

ULASAN GB

GB ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAh kepada Datuk Saifuddin Abdullah kerana telah dilanti sebagai Ketua Sekretaria Pakatan Harapan walaupun baru menyertai PKR kelmarin.

Namun sebenarnya, GB telah lama mengikuti perkembangan Datuk Saifuddin, malah pada tahun 2008 lagi blog ini pernah menjangkakan bahawa Datuk Saifuddin akan menyeberangi parti pembangkang (ketika itu Pakatan Rakyat).

Heboh seketika di dalam TV dan akhbar-akhbar arus perdana ketika menyiarkan "ramalan" blog Greenboc sehingga ada beberapa media dilihat menghasut agar Datuk Saifuddin mengambil tindakan undang-undang ke atas GB.

Ketika itu GB mengulas, petikan:

"Beliau bagaimanapun tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel itu kerana menghormati hak sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan masing-masing.

Apa yang dimuatkan di dalam artikel itu, katanya, hanyalah spekulasi politik dan ia tidak mengandungi ungkapan yang memburuk-burukkan beliau secara peribadi."

Dan justeru itu, sepatutnya GB ada banyak sebab untuk bererima kasih kepada kedua-dua ahli parlimen berkenaan yang menampakkan kematangan berpolitik mereka di samping bersyukur kepada Allah s.w.t. lantarannya.

Apa-apa pun seperkara yang masih bermain di fikiran GB ialah mengapa sekalian banyak isu yang ada sekarang, namun isu yang GB lontarkan semalam itulah yang mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Agensi berita negara, BERNAMA merupakan yang terawal memberikan respons yang memetik tulisan GB tersebut dan lantas menghubungi ahli parlimen berkenaan untuk mendapatkan reaksi dan pengesahan terhdap tulisan GB bekenaan.

Ternyata bahawa kini pihak media arus perdana yang rata-rata dikenali sebagai teramat pro-establishment merasa sensitif terhadap sebarang isu yang melibat mana-mana ahli parlimen BN yang akan melompat ke mana-mana parti Pakatan Rakyat.

Ada banyak sebab untuk mereka merasa terlalu sensitif.

Senario politik yang berlaku mutakhir ini menjelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah-Najib ini diketahui umum sedang menghadapi pergolakan yang begitu hebat yang oleh ramai pemerhati politik berpendapat sebarang isu yang ditangani secara silap oleh pimpinan kerajaan akan hanya mengakibatkan penamatan riwayat pemerintahan BN di negara ini dengan lebih cepat.

Justeru sekalipun negara kini dilanda isu hangat seperti isu liwat Datuk Seri Anwar yang mampu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih tampuk kerajaan, namun mereka tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa mereka tidak boleh memandang remeh terhadap isu lain sekalipun ia dbangkitkan oleh seorang blogger tak terkenal seperti GB ini.

Sikap ofensif yang di diambil di dalam isu liwat sekalipun boleh memberikan kredit yang banyak kepada BN namun jika BN melupakan untuk mengambil langkah defensif dan berjaga-jaga, nanti dikhuatiri yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Apa tah lagi di dalam suasana rakyat kini secara puratanya memihak kepada Pakatan Rakyat apabila isu kenaikan harga minyak dan barang yang telah benar-benar menjatuhkan keredibiliti dan populariti BN di mata rakyat.




Kini setelah lebih 7 tahun, apa yang GB jangkakan dahulu menjadi kenyataan. Datuk Saifuddin menyertai PKR dan menerajui Sektretariat Pakatan Harapan.

Semuga Pakatan Harapan akan terus bergerak ke hadapan dan benar-benar menjadi parti yang menggantikan BN sebagai parti kerajaan sebaik PRU14 berakhir nanti.

8 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:


Syabas Saifudin dan Gb, teruskan usaha tuan-tuan,segala perkara yg baik insyallah Allah memberkati usaha kita.

sekali lagi syabas,tahniah.

go PH go.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Satu perkembangan yg baik.apa lagi jangkaan gb.ph blh menang x next pru????

Unknown berkata...

Rasa nya sbb saifuddin di lantik... kwn dan lawan mempunyai perasaan hormat pd beliau... begitu juga semasa menjadi tim menteri... idea2 beliau boleh di terima òleh org BN dan pembangkang... blog pro pas... suruh parti mencari yg ada nama gah melompat ke parti pas... ada kot... bekas dun DAP perak tu..yang telah lupus tarikh.. kesihan...

Tanpa Nama berkata...

Datuk Saifudin dan Datuk Seri Anwar bersama ramai lagi telah didoktrinkan semasa alam pembelajaran mereka dulu, bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang mampu membela nasib orang melayu. Ianya adalah benar atau setidak-tidaknya hampir kepada benar, perjuangan UMNO adalah seperti kenyataan tersebut, tetapi ianya dasar dan perjuangan UMNO masa dahululah. Sejak lebih kurang 20 tahun kebelakangan dan bertambah teruk lagi akhir-akhir ini, perjuangan UMNO lebih kepada memperjuangkan kepentingan peribadi sendiri serta syarikat kroni dan bukannya membela nasib melayu khususnya dan rakyat secara umumnya. Disebabkan Datuk Saifuddin dan Datuk Seri Anwar ini cerdik DAN memiliki prinsip yang jelas, sudah tentulah mereka tidak akan melakukan tindakan seperti Hasan Malik dan/atau Ahmad Maslan yang terang-terangan mempamerkan kebangangan daya intelek itu.

Tanpa Nama berkata...

di sokan semoga yang menyertai Amanah adalah manusia yang amanah an bila berbahasa menggunaka bahasa yang lunak di dengar dan dapat di terima masayarak umum.Tunukan Islam itu Indah dan mudah.Kumpulan yang selalu menggunakan bahasa kesat sekiranay ingin bersama DITEPI Amnah silakan bersihkan mulut dahulu dari kekotoran bahasa kesat.

Tanpa Nama berkata...




INSAN Ber Guna...Insan Ter PUJI
Di DOA kan Seluruh...Langit dan BUMI
MATANG-Dewasa..."AMANAH" di HATI
ARIF Mem Baca..."Firasat" MAKNAWI


INSAN Ber Guna...Insan Ter PUJI
Mem BERI Idea..."Jalan" CAHAYA
AMANAH yg Kudus...Ter Pahat di HATI
TAK "Makan" Umpan...Nobat & HARTA

ARIF Mem BACA..."Firasat" MAKNAWI
Anugerah"NYA Kepada...Insan Ter PUJI
BUKAN lah Harta...NOBAT di CARI
Hanya lah "AMANAH-NYA"...Ber Takhta BERSEMADI




MATANG adalah..."Jiwa" DEWASA
"Jiwa" DEWASA...Arif BIJAKSANA
Suka Mem BERI...Bukan MEMINTA
Suka Me LIHAT...Insan GUMBIRA


Dewasa-BIJAKSANA...Matang SEMPURNA
Tak Hingin Ter KINJAT...Nobat HINGUSAN
Budak-Budak HINGUSAN...Di Umpan "GULA2"
"Mabuk" HARTA ...Di Perdaya kan SETAN


BudakBudak HINGUSAN...Di Umpan "GULA2"
HARTA dan Kuasa...Di Perangkap SETAN
FITNAH Ponteng...U-Turn dan AUTA
Per JANJIAN Setan...Wajib TUNAI kan


Budak-Budak HINGUSAN...Akal nya CETEK
Pantang Di TEGUR...Pantang Di LARANG
Sumpah SERANAH...Merampus MEREPEK
Ter Serlah BODOH...Ber Lagak GARANG





Wahai Sahabat...Amanah BUDIMAN
Jadi lah MATANG...Ber Lapang DADA
Arif BIJAKSANA..."Men-Dakap" TUHAN
"Men-Dakap" AMANAH...Erat SEMPURNA


"Mendakap" AMANAH....Erat SEMPURNA
Suka Mem BERI...Bukan Men CURI
Mem BERI Itu....Sifat Yg"ESA
HARUM Me Wangi...Mulia ABADI..


Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
MATANG itu...Luas SEMPURNA
Mem BERI Ber Kongsi...Kurniaan TUHAN
Nikmat"NYA Ber Tambah...Ber Ganda-GANDA..








Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Ku Nan dengan sombongnya melabel sebagai liabiliti sebaik sahaja Saifudin keluar Umno dan menjadi ahli PKR. Wan Azizah dengan bangga menyatakan bahawa Safudin adalah aset yang terlalu berharga untuk membangun Malaysia. Anggap sahajalah kenyataan Setiausaha Agung Umno itu menyamai kenyataan seorang suami yang menyesal menceraikan isteri. Dalam situasi sekarang, Ku Nan seperti "gila talak" kehilangan seorang isteri yang masih disayanginya. Malangnya tiada istilah "Cina buta" dalam politik invidu yang bermaruah.

Saifudin adalah oarang yang bijak dalam politik. Politik beliau untuk membangun negara, dan bukannya politik cari makan. Budaya "wa ampu sana dan wa ampu sini" tiada dalam kamus politik Saifudin. Lantaran itu beliau sanggup bergelumang menentang arus perjalanan Umno yang penuh dengan budaya ampu dan bodek. Saifudin sebagai manusia yang bijak, dicampak ke laut sekalipun akan menjadi pulau, dan dicampakkan ke darat pula akan membangunkan Pakatan Harapan sebagai kerajaan yang memerintah Malaysia melalui PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

Pernah bekerja dengan Datuk Saifuddin n sy puji cara Datuk berhujah.. syabas datuk