19 Okt 2015

Kehadiran AMANAH Merupakan Satu Perubahan Yang Baik - Hassan Mahmud Al-Hafiz

Kepimpinan Pas perlu berubah

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.

Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).

Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti berkenaan.



“Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti. Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut nak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu.

“Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa nak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar?” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hassan berkata, pimpinan Pas juga perlu mengambil pendekatan mendidik pelajar-pelajar di universiti-universiti tempatan dan luar negara dari peringkat awal bagi melahirkan golongan pelapis pada masa depan.

Ujar beliau, Pas sememangnya mempunyai ramai golongan ulama namun parti berkenaan masih kekurangan golongan walak iaitu taat setia serta ketua yang hebat.

“Pas perlu mencontohi kepimpinan seperti Hassan Al Banna, Abdul Qadir Audah dan Sayyid Qutb di mana orang ramai dapat mengambil kebaikan dari apa yang mereka luahkan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaan politik di negara ini, Hassan turut beranggapan senario politik negara pada masa ini menunjukkan peningkatan yang baik dan rakyat semakin matang.

Beliau berkata, masyarakat kini mula faham dan berani untuk mencabar, mengkritik serta mengemukakan idea berhubung sesuatu isu yang berlaku.

“Ini barulah politik sebenar. Kalau diam saja, itu dipanggil politik pak turut,”
katanya.

Dalam pada itu, Hassan yang juga ahli Pas juga turut memaklumkan bahawa kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dalam arena politik tanah air bertujuan bagi menunjukkan kepada Pas yang parti berkenaan bakal kekeringan golongan pemimpin akademik.

Hassan berkata, sekiranya ahli di dalam Pas berpecah, mereka masih mempunyai Amanah sebagai platform bagi meneruskan perjuangan politik.

“Ulama pernah berpesan, perpecahan kerana ingin bersatu itu lebih baik dari bersatu kerana hendakkan perpecahan.

“Kehadiran Amanah dalam politik tanah air adalah merupakan satu perubahan yang baik di samping melahirkan pemimpin dan pelapis yang hebat,”
katanya. -SH

32 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Jika terdapat tiga golongan iaitu:

1.pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu),
2.Ulul Albab (Ahli Falsafah)
3. Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).

In Shaa Allah parti tersebut akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Percayalah, walau datang kata2 hikmah dari pakar-pakar ilmuan, Hadi Awang dan kuncu-kuncunya akan kepanasan dan keras hati untuk menerima nasihat.

air gunung berkata...

Berani dia kutuk kritik ulamak.
Nak kena siku lutut kot.
Tak pon DAP taja neh.
Kih kih kih.
Lantak korang laa PAS oiiii.
Kalo dah yakin nak takut apanya.
Smlm dah berhimpun 60k.
So tu tanda sokongan kuat lg menyeluruh dr segenap lapisan.
Apa la sgt dgn pot pet hassan mahmud tu.
Tp kalo rasa diri masih kecik gak x dapek den nak mnolong.wala' ajer lah senang...kan kan kan?

Tanpa Nama berkata...

Pencentus umah telah memberi pandangan . elauk la tu ... adik beradik umnooo...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS.Kabilah tetap berjalan...Kabilah PAN teruskan langkah sebagai wadah Islam progresif. Biarkan laluan mereka,PAN dgn laluan sendiri. InsyaAllah...titik pertemuan menuju kepada Ilahi. Hidup itu perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:36 PM tu tulis main bantai jer.

Ust Hassan Mahmud Al-Hafi itu sendiri mengaku dia ahli PAS

"Dalam pada itu, Hassan yang juga ahli Pas juga turut memaklumkan bahawa kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dalam arena politik tanah air bertujuan bagi menunjukkan kepada Pas yang parti berkenaan bakal kekeringan golongan pemimpin akademik."

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah, panas je macai pas nk terima hakikat, yang paling bangsat dalam parti ialah pemimpin yang x boleh ditegur, kalu ditegur habis dicantasnya.. cube tengok najib, cuba tengok hadi.. bila sibangsat ini jadi jenama gagal, maka gantilh dengan pemimpin yang lebih layak.

awang batuburok berkata...


Berani nya dia kritik puak puak maksum dalam PAS.

Tak takut ker di gelar JEBON, BARUA, BROKER dll...
Kena siku dan lutut baru tau.

awang batuburok berkata...


Berani nya dia kritik puak puak maksum dalam PAS.

Tak takut ker di gelar JEBON, BARUA, BROKER dll...
Kena siku dan lutut baru tau.

Tanpa Nama berkata...

Turunlah semua tok alim dari seluruh alam pun, hadi tidak akan turun punya. Dia tidak akan turun walau apa pun terjadi. Dia adalah jantung dan nyawa pas.

Semua penaja sudah siap sedia untuk sponsor dia untuk buat kerja2 dahsyat punya. Mari kita tengok senarai planning dia.

- Tunjukkan berapa orang pengikut setia berpakaian seragam yang ada. Isi kepala mereka kononnya sungguh2 nak berjihad.

- Musnahkan semua parti2 selain umno bn. Kalahkan mereka dalam pru. Pas sorang2 tentulah tak boleh perintah. Kalau ada mp yang menang, join bn untuk cukupkan korum memerintah.

- Bersedia untuk menerima arahan jihad akbar yakni kasi mampos semua orang islam yang tak masuk pas. Kasi hancor dunia ini pun tak apa. Dah habis punah baru ajak kapir buat baik. Kasi tau apek tu, itu orang islam lebih kapir dari kapir dari kau tau. Itu pasal gua kasi hantam cukup2. Haiya, lu punya nabi ajar itu macam ke? Betul, betul apek.

Tanpa Nama berkata...

Hasan mahmood adalah penyokong tegar pas era 80an. Tetapi sekarang sudah lain lantaran mengenali perangai buruk haji hadi yang sangat keterlaluan. Haji hadi tidak layak memimpin gerakan isalam. Tingkah laku dan pertuturannya tidak selaras dengan quran dan hadis. Dia hanya mempermainkan ugama. Hadi merancang...allahpun merancang. Allah sebaik baik perancang.

Tanpa Nama berkata...

Hasan mahmud ni dah menyampah dengan perangai haji hadi ni.

dinULTRAMAN berkata...

aku pun taksub sangat dengan TGHH, tapi aku menyampah dengan lebai jadian ini. Memalukan!!
Dimana beliau ketika umat Islam mengharapkan ulamak memimpin mereka, untuk mempertahankan agama dan menegakkan keadilan?. ������

Tanpa Nama berkata...

Laa.. kata kena dengar ckp ulama... takkan ulama drp pas jee kena patuh... ke kat Malaysia ni lesen title ulama beri kpd pas jee.?

lelaki dicermin berkata...

Tuan presiden keluar kenyataan...AMANAH CABARAN KECIL BUAT PAS... aku mcm tak percaya seorg naib ulamak dunia boleh keluar kenyataan begitu.. malunya aku bila seorg beragama islam ckp mcm ni. Seolah2 dia tahu ke sesuatu di masa depan.. dia ambik contoh dato asri, hamim dan berjasa.. apakah tiga2 peristiwa itu dia akitek menghadapi peristiwa tu.. memang tuan presiden seorg yg tak tahu malu... sape2 ingat satu masa dulu seblm PRU ( tak ingat pru ke berapa ) dia boleh keluar kenyataan LIM KIT SIANG SEPERTI UBAT YG TELAH LUPUT TARIKHNYA.. ucapan memberi kesan besar pd pembangkang.. kerusi perlimen byk pas tewas.. tak ingat tuan presiden ni menang ke kalah.. yang ajaibnya LKS masa tu menang penuh bergaya..aku ada baca satu artikal.. kenapa masa zaman mahathir tuan presiden tak pernah di tangkap... spt operasi lalang dan dan ISA.. sbb mahathir berpendapat BYK KATA2 TUAN PRESIDEN MENGUNTUNGKAN umno... contoh sembayang 2 imam.. mcm dia atas td LKS ubat yg habis tarikh luput...

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni mau hasan kene boikot dgn ulamak2 pas...

Tanpa Nama berkata...

Hasan mahmud dah tak respect dengan lebai lebai pas ni.

Tanpa Nama berkata...



Dalam PAS pun ada juga tiga ahli:

. Ahli Ponteng
. Ahli U-turn
. Ahli Cai

Tiga-tiga 'ahli' ini mesti ada hanya pada seorang individu sahaja untuk memudahkan menentukan hala parti dan membuat keputusan mengikut hati sendiri.

Tanpa Nama berkata...



Dalam Amanah masih di perlukan Ulul Ilmi.

Apa kata Datuk Hassan tinggalkan saja PAS dan mari lah bersama-sama Amanah untuk kita perbetulkan PAS dan selamatkan Islam di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi cakap dlm ceramah kat kota bharu, Amanah ni cabaran kecik jea buat pas, berlagak betul si hj hadi tu skrg bila berkata kata...

Tanpa Nama berkata...

Wahai tuan-tuan cakaplah apa kamu nak cakap Hj Hadi tak bagus ke umno bongok ke Amanah hebat ke Dap berjiwa rakyat ke, PKR lawan tetap lawan ke. aku hanya berpegang kepada sabda Rasullah
"Umatku akan berpecah kepada 73 puak.Semua puak masuk neraka kecuali 1 puak. Tanya sahabat siapakah puak yang satu tu. Jawab Rasullah Yang satu itu ialah puak yang mengikut caraku dan cara para sahabatku. Tuan tuan itulah jawapan rasullah. Para sahabat tidak bertanya bagaimana untuk menyatukan puak-puak ini tapi dia bertanya siapakah puak ini. Kesimpulanya perpecahan itu pasti berlaku dan Rasullah mengarahkan kita mencari puak yang mengikut sunnahnya dan sahabatnya untuk diikuti. Jadi ikutlah sabda Rasullah agar kita semua tidak di humban ke dalam NERAKA ALLAH. waspada tuan-tuan tak kira saya, tuan-tuan atau Ust Hasan Mahmud sendiri akan diadili.

Tanpa Nama berkata...

Tak masuuuk..

Jeman berkata...

Puak hadi konpom ikut Rasullulah ke? Kafirkan org jebonkn org fitnah org yg x sehaluan? Jual agama utk kepentingan duniawi mcm menantu dia din ayam tu ke? Ini ke maksud tuan..

Tanpa Nama berkata...

Tak abis2 nk menlabel org x sehaluan sesat. Ini sajelah hujjah para walaun, kalau tak kisah khalid al walid, kisah 73 golongan ni yg dibawanya. Ingatlah tuan bahawa "Sungguh Tuhanmu, Dialah paling mengetahui siapa yg sesat dr jlnNya; dan Dia yg paling mengetahui siapa yg mendpt petunjuk" Alalam:7

Tanpa Nama berkata...

Dia nak kata pas sajalah yang betul tuh. Dia mana ada baca kitab bab akidah dan mengenali mazhab2 dan aliran fikrah umat islam yang berpuluh2 itu. Dari qadiani, ahmadiah, mat matahari, alawiyah dan banyak lagi sampai 73 puak dia tak kenal. Dia hanya kenal pas saja betul, yang lain salah. Pas betul yang lain salah. Masuk neraka.

Padahal pas itu berjamak dengan syiah kerana menyokong basyar. Pas anggap syiah dan ahlil sunnah tu adek beradik lalu diseru jangan berpecah belah.

Hakikatnya seluruh dunia sudah memutuskan bahawa syiah adalah agama yang lain dari islam. Pembunuh syaidina omar dimartabatkan sebagai hero sepanjang zaman. Makamnya dibina begitu megah lagi disucikan. Lagi dikeramatkan. Kau kata Islam lagi ke syiah ni wahai hadi? Tiap2 tahun kau pegi sana buat ape?

Tanpa Nama berkata...

sibuk dgn hadis 73 golongan tp lupa dgn firman Allah swt:

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." (Ayat 67,Surah Ahzab)

dan ini doa walaun2 yg kena tipu dgn ulamak jahat:

"Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." (Ayat 68,Surah Ahzab)

Ingatlah! maki hamun, fitnah, melabel org tanpa hak, ponteng persidangan tanpa uzur syarie, songlap balak sampai botak gunung2, menyamakan insan dgn haiwan, tak bayar potongan gaji guru2 YIK sampai tertunggak rm14.6juta BUKANLAH DARI SUNAH RASULULLAH SAW.

celakalah mereka yg mengada-adakan sesuatu yg bukan dr Nabi saw.

Tanpa Nama berkata...

Inilah khurafat yg wajib diperangi. Pas tu Islam, Islam tu Pas. Org ni tak mengaji lebih di luar kelompok ustaz pas. Moga mnjadi pengajaran kpd kita semua supaya terbuka dgn pendpt lain. Tak semesti kita setuju, tapi utk ambil pndpt yg terbaik.

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Puak PAS sekarang ni dah bengong dan tak cerdik berpolitik. Ditegur langsung tak boleh dan cepat marah. Orang berpolitik fikir jauh ke depan tapi PAS sekarang syok sendiri dan jadi katak bawah tempurung. Rakyat sedang memerhatikan dan akan menghukum PAS dalam pilihanraya ajan datang.

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan golongan yang satu itu sebab PAS tak cukup ketiga-ketiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).

PAS cuma ada dua iaitu Ilmu Had dan Ilmu Jin!

Ada 73 cuma satu sahaja yang betul dan salah-satu ciri-ciri golongan yang satu tersebut ia lah pengikutnya tidak kaya-raya dan kalau kaya-raya sentiasa menderma/bersedekah hartanya.

Jika ada seorang sahaja dalam golongan tersebut yang seronok dengan kekayaan dan berkira-kira bila bersedekah, bukan nya puak yang satu seperti di maksudkan. Jika begitu yang kita faham tentang maksud 'puak' atau 'golongan' tentu tidak tepat, bukan? Dan begitu lah sebaliknya dalam golongan yang lain bukan yang satu, ada seseorang yang mengikut cara para sahabat, mustahil orang tersebut di hukum semata-mata kerana salah golongan.

Maksud 'golongan' yang di maksudkan bukan lah satu kumpulan manusia yang bergerak secara beramai-ramai seperti pertubuhan atau berparti. Susah untuk menentukan golongan atau puak yang betul tetapi tidak susah untuk menentukan diri sendiri yang betul atau tidak dengan berpandukan Islam atau cara sahabat.

Semuanya berbalik pada diri kita sendiri.


Jika diri kita sendiri yakin dan hidup kita hampir kepada cara para sahabat, secara automatik kita dalam 'golongan/puak' yang tidak masuk neraka.

Kita boleh sanjung Hadi, kita boleh sanjung Anwar atau sesiapa sahaja tetapi kita tidak boleh ikut mereka 100%. Kerana mungkin Hadi dalam golongan yang hampir 100 KM ke neraka, Mungkin Anwar dalam golong 1000 KM ke neraka. Jika sebelum sampai neraka kita tinggalkan mereka demi kebaikan dan yang lebih benar menghampiri maksud Rasullullah saw, kita mungkin selamat !

Amanah dimana pemimpin nya sedar golongan yang di ikut nya selama ini tidak menepati ciri-ciri golongan yang satu yang mengikut cara para sahabat lalu meninggalkan nya dengan menubuh 'golongan' yang baru tanpa mengikut atau menyertai 'golongan' yang telah terbentuk.

Selamat Mencari apa yang di cari.
Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Jauh beza ulamk ini dengan ulmak itu,pemikiranya matang .berkembang mengikut keadaan.satu sahaja aku suka (Berpecah untuk bersatu dan buka bersatu untu perpecah) poning Hadi memikirkan .

Mohtar Dahlan berkata...

Pas hari ini dah jadi spt parti umno....
eluk juga Pas gabung dgn umno....memang cocok....

Islam hanya kata kata yg berapi2...sedangkan amalan diri menyimpang dari Islam....penuh nafsu amarah, maki orang sana sini, hukum orang sasuka hati....semua ikut hawa nafsu...Itukah Islam yg diamalkan dalam PAS..?

Tanpa Nama berkata...

Bagi penyokong PAS, ulama mereka hanya ada 1 - tghh.

Tanpa Nama berkata...

Bila pas bergabung dgn umno,maka akan sempurna lah segalanya..