Kota Setar dilanda puting beliung
ALOR SETAR - Tiga cedera, manakala lebih 35 rumah rosak selepas angin kuat melanda tiga kawasan di daerah Kota Setar, petang tadi.
Dua daripada tiga mangsa yang cedera adalah dari Taman Inang terkena serpihan kaca daripada pintu dan seorang kanak-kanak difahamkan cedera ketika memancing di tengah sawah di kawasan berkenaan.
Seorang lagi mangsa tercedera di bahagian badan dan tangan akibat terkena serpihan atap zink rumah yang di bawa angin di Kampung Sungai Baru.
Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.
Fenomena pusaran angin bersaiz sederhana seakan ‘puting beliung’ itu jelas kelihatan daripada beberapa kawasan, dipercayai bermula dari kawasan Sungai Baru menghala ke Mergong.
Fenomena alam yang berlaku buat kali kedua itu, selepas Pendang pada 14 Oktober lalu menyebabkan orang ramai merakamkan kejadian dan menjadi viral di laman Facebook. -SH
ULASAN GB
Apakah puting beliung itu sebagai satu amaran keras dari langit terhadap gejala di bawah ini yang dilaporkan beberapa hari lalu?
Berjoget tengah sawah
Pengunjung dan pelayan leka menari.
PENDANG - Jika dari luar, kedai makan ini dilihat tenang di tengah sawah, namun siapa sangka pada malamnya ia dijadikan tempat hiburan.
Tidak punya papan tanda, kawasan kedai makan itu kelihatan meriah dengan pengunjung yang kononnya datang untuk menjamu selera dan itu antara helah yang digunakan pengusaha untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Tinjauan Sinar Harian pada jam 12.30 tengah malam mendapati, kedai tersebut menyajikan tarian mengghairahkan dan minuman keras kepada pengunjung beragama Islam.
Sinar Harian sempat menemu bual seorang pengunjung dalam lingkungan 50 tahun, hanya ingin dikenali sebagai Mat.
Atas sebab keselamatan, dia tidak mahu identitinya didedahkan dan enggan gambarnya dirakam.
"Kebiasaannya, kedai ini akan ramai pada malam Jumaat, pengunjung yang datang akan dilayan oleh pelayan kedai tersebut dengan berpakaian seksi."
"Setiap layanan yang diberikan, mereka akan menerima tip sebanyak RM30," katanya.
Minuman keras yang disediakan kepada pengunjung Muslim.
Jadi tempat lepak
Katanya, selain minuman keras, kedai makan ini juga menyajikan air berkarbonat dengan harga RM7 sebotol.
"Harga yang dijual memang mahal, kalau ikutkan memang Mat tidak mahu datang sini, mahal sangat, tapi sebab bosan, Mat datang la sini."
"Mat selalu datang kedai ini dengan kawan pada jam 11.30 malam, lepas habis kerja. Sinilah tempat kami lepak," katanya.
Mat berkata, pelayan perempuan dalam kedai tersebut berumur lingkungan 27 hingga 40 tahun.
"Biasanya, mereka akan menggoda dengan aksi mengghairahkan," katanya.
Pelayan yang menari berpelukan melayan pengunjung.
Suami abai tanggungjawab
"Perangai suami saya berubah sejak berkunjung ke situ, setiap kali dapat gaji dia akan ke kedai makan tersebut untuk berjoli dengan perempuan seksi."
Itu keluhan seorang wanita mendakwa suaminya kerap berkunjung ke kedai makan yang menyediakan khidmat pelayan.
Wanita berkenaan menceritakan keadaannya kepada Sinar Harian selepas tidak sabar dengan kerenah suami yang sering mabuk dan berfoya-foya dengan pelayan kedai terbabit.
Ibu kepada anak lima itu berkata, sejak belakangan ini, suaminya kerap mengunjungi kedai berkenaan dan hanya akan pulang awal pagi.
Bukan setakat itu, katanya, suami yang juga pekerja projek turut mengambil minuman keras yang didakwa boleh diperoleh secara mudah di kedai terbabit.
Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Aminah (bukan nama sebenar) berkata, kehidupannya semakin tertekan apabila sering dipukul suaminya.
“Setiap kali saya minta duit untuk beli barangan dapur dan belanja sekolah anak-anak, suami akan naik angin dan menengking dengan kata-kata kesat.
“Sejak berkunjung ke situ, dia jadi seorang pemabuk dan lupa tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.
Katanya, dia hanya mampu berdoa semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada suaminya.
Polis tumpas premis
Bertindak atas aduan, polis Kedah menyerbu pusat hiburan yang menawarkan minuman keras bersembunyi di sebalik kedai makan di sempadan Pokok Sena - Pendang jam 1.15 pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, semakan mendapati, penjaga premis gagal mengemukakan lesen hiburan di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
“Polis turut menahan seorang penjaga dan seorang pelayan wanita berumur 27 tahun yang terbabit.
"Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut.
“Seramai 14 pengunjung turut disiasat melibatkan 12 lelaki Melayu dan dua wanita Melayu. Semakan dibuat mendapati, mereka tiada rekod jenayah,” katanya.
Mohd Nashir berkata, pihaknya turut merampas beberapa peralatan antaranya dua komputer, dua pembesar suara, satu mikrofon, satu amplifier dan satu unit mixer. -SH
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
15 ulasan:
lagi banyak penganjuran ya hanana perdana...
lagi banyak pula datangnya puting beliung....
Dan Kedah diantara negeri yg terawal menganjurkan zikir perdana ini...
betul ker zikir ini dtg dari islam dan rasulullah SAW....
نعوذ بالله من ذلك Nauzubillah min zalik dgn perkara yg direka-reka
Allah tangguhkan balasan perbuatan zalim manusia sehingga ke satu masa...mungkin kini sudah sampai masanya...WaAllahuaklam...SubhanaAllah...
jaga sikit masa beri komen...
Takut lepas ni bumbung rumah korang pulak tercabut kena taufan...
Tahniah MB dan Rakyat Kedah kerana menjadi negeri pertama mencapai taraf negeri maju, sama macam USA,
sebab dah ada pub-bar dalam bendang dan laa ni dah ada puting beliung macam yg selalu berlaku kat USA.
Lah kt merbok pn apa kurangnya... Bleh tahan & xtahan.. Bn menang rakyat senang katakan.. Mk mai? Mai khms mlam jumaat dpa pkat baca yasin kt tupah... Sempoi habaq hang...muda? tua? sama level
Ini bala dari Allah satu peringatan.
Kita hidup jangan menongkat langit.
Walau kaya pun tak ke mana.
Masok kubur jugak.
judi haram merata-rata di Kedah
apabila bala dijenamakan sebagai bencana alam, manusia akan terus melakukan perkara zalim. ini satu peringatan kepada sesiapa, termasuk pemerintah supya jgan sekali kali melakukan kezaliman
Tuan
Aik....mana cai-cai UMNO? Semua tak berani masuk N3 ni plakkkk....
Hari sembang k3ncang sungguh bila puting beliung melanda Port Klang. Kata cai-cai UMNO , itu adalah bala Allah turunkan kerana buat acara sentuh anjing.
Ni plak bila pe4kara sama be4laku kat Kedah, negeri UMJO perintah....nak kira macam mana plak? Rahmat Allah kerana UMNO memerintah Kedah? Puting beliung ini kejadian kedua kat kedah. Bulan lepas puting beliung juga melanda kedah....kat kawasan pendang!
Allooo))))....alloooo)))) cai UMNO....alloooo)))
"jaga sikit masa beri komen...
Takut lepas ni bumbung rumah korang pulak tercabut kena taufan..."
Jawapan cai UMNO bila kena batang hidung s3ndiri!.....kahkahkah.
Itu hari s3mbang k3ncang giler bila puting beliung melanda Port Klang. Bila kena tang batang hidung....masih nak tunjuk sikap bongkak.....kahkahkah
Setiap taufan diberi nama kan
So taufan kota setar ini dikenali dengan nama 'keris berputar'
Tak semua orang terus mengaitkan kejadian ini dengan kekuasaan Allah dan kalau ada pun sekejap kerana tak lama lepas tu terus mengaitkan dengan angin cuaca dan perubahan muka bumi Orang jenis macam ni ialah orang UMNO bila kita kaitkan dengan dosa dosa dalam agama dan sosial
Dia orang hanya yakin sepenuhnya jika gumpalan awan di langit tu runtuh sekali !
Pelik jugak tak ada pesawat yang hilang ....
banyaknya cai cai pr yg sombong dan bangga kt sini..jgn la seronok sangat bila ujian Allah kena kt orang..nanti bila dh kena batang idung sendiri baru la tau..haha
Anon 3:08
Bila kena tang batang hidung sendiri dan tak boleh nak putar belit cakap la orang sombong.
Terlupakah macamana perangai hangpa cai-cai UMNO bila port klang dilanda puting beliung baru2 ini. Meriah macam raya hindu hangpa dok tala orang, bala Allah la...macam2
Bila kena batang hidup sendiri pun masih nak salahkan orang. Dasar manusia putar alam....
Beb lu kena bersyukur bandar alor setar masih lagi wujud beb. Kalaulah bandar alor setar kena puting beliung tahap 5 fujita scale, alamatnya bandar alor setar jadi padang jarak padang terkukurlah jadinya sekaligus lenyap terus bandar alor setar dari peta malaysia. Wallahualam.
Catat Ulasan