Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Kenderaan Pasang Lampu HID, Ubah Suai Nombor Plat
Tindakan tegas akan diambil terhadap kenderaan dengan nombor plat pelbagai reka bentuk, lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard.
Setelah berbulan-bulan mengeluarkan amaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi, bermula Sabtu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan di kawasan panas, sambil menambah operasi turut meliputi semua bandar dan pekan utama.
"Kami telah memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubah suai dan lampu HID yang tidak diluluskan.
"Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tak akan layan sebarang alasan.
"Saman mandatoti akan dikeluarkan," katanya kepada The Star.
Ismail berkata di bawah spesifikasi JPJ, hanya tiga jenis plat nombor dibenarkan.
Bagi kenderaan biasa, ia mestilah terdiri daripada huruf dan nombor putih, timbul atau dilekat di plat hitam manakala bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa, ia harus terdiri daripada huruf putih dan nombor, timbul atau dilekat pada plat merah.
Teksi dan kereta sewa harus mempunyai huruf dan nombor berwarna hitam, timbul atau dilekatkan di atas plat putih.
Pemilik motosikal di atas 250cc yang melanggar kaedah-kaedah mengenai nombor plat akan dikeluarkan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).
Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan).
Ismail berkata lampu HID, yang menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan untuk digunakan kecuali dalam kes-kes di mana perubahan yang dibuat terhadap keseluruhan sistem pencahayaan dengan akreditasi dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).
"HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan," katanya.
Bagi lampu 'strob' atau 'beacon', sejenis lampu berwarna-warni, beliau berkata kenderaan persendirian dilarang memasang peranti sedemikian.
Beliau berkata hanya kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans diberi keutamaan menggunakannya.
mengenai cermin gelap, Ismail berkata JPJ telah menunda tarikh penguatkuasaan sehingga 1 Mei tahun depan.
"Kami menangguhkan tarikh penguatkuasaan dalam tempoh enam bulan untuk memberikan masa yang cukup kepada pemilik kenderaan yang diimport untuk menggantikan cermin gelap mereka selepas JPJ menerima banyak rayuan," katanya. -mstar
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
11 ulasan:
Macam siut..
Kerajaan dah takde duit.
Kenapa tak saman lori amang, lori trailer dan lori balak yang bawa muatan sehingga 3 kali ganda...?
Dengar cerita mereka ni dah bayar yuran bulanan... ye ker...?
Hutang negara makan bnyk...tahniah pd PM KANGKUNG
Nak cri duit agak2 lh... P cri bus,lori diorg 2 bjalan atas dasar keuntungan.. byak ksalahan n bhaya diorg buat..
Dari dulu tak tahu mana datang nya begitu ramai nya pegawai jpj semasa musim perayaan terutama raya puasa
Ni skg pasal lampu dan nombor plat seramai 1500 orang pegawai
Padahal kita boleh lihat se tiap hari ada lori dan bas yang di pandu laju dan berbahaya Timbul persoalan sekurang kurang nya setengah dari pegawai tersebut sepatutnya kerap di jalanraya
Dan jika tak ada pemeriksaan apakah tugas kerja yang pegawai tersebut ? Menguji dan meluluskan lesen pemandu Habis sekarang adakah yang ingin mendapatkan lesen tertangguh ?
hujung tahun semua nak bonus 500/- dan nak minum coffee bean ke , starbuck ke....
air mineral mana boleh lagi.
mamak , coffee latte satu mari.
Semua orang tahu bas express selalunya laju melebihi had di highway. Apa tindakan JPJ?
Jangan operasi tahi ayam sahaja dan berat sebelah.Tak kira dari ketua negara sampai ke orang biasa, salah denda saja.Kalau mereka kata kenal VIP ini itu talipon saja VIP itu dan minta dia datang.Sistem menyamar bagai orang awam lebih berkesan.Rakyat harus di beri incentive 10% dari atas setiap pengadu kesalahan.Rasuah memang ada tapi ingat ini nak bagi anak bini makan. Takut lah Allah SWT.
Sy rasa ni utk aes ni...
Well I no comment. Tapi pastikan lu JPJ jangan pula memilih bulu dalam melakukan kerja. KALAU TIDAK SIAP WE ALL KERJAKAN YOU BALIK.
Operasi akan dilakukan bersama Polis dan SPAD nak tanya SPAD kenapa bas awam di tengah tengah bandaraya mengeluarkan asap hitam yang terlampau banyak hingga mengelapkan pandangan orang dibelakangnya dibiarkan beroperasi tanpa dikenakan saman apakah SPAD juga sudah digelapkan juga oleh syarikat tersebut dan macam mana puspakom menjalankan tugas meluluskan pengoperasian kenderaan tersebut..jangan buat kerja hangat hangat tahi ayam.
Catat Ulasan