1 Nov 2014

[VIDEO] KLIA2 Banjir Amat Memalukan!


Tony Pua hari ini mempersoal kewibawaan pengurusan KLIA2, MAHB, apabila badan pengurusan itu gagal untuk menyelesaikan masalah retakan dan tanah mendap di landasan, jalan rayap dan tempat letak pesawat lapangan terbang antarabangsa terbaru itu.

Menurutnya, isu tanah mendap telah menjadi ‘jenaka antarabangsa’ kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di lapangan terbang yang kononnya menggunakan teknologi tinggi.

“Saya membangkitkan perkara ini kerana melihat satu video di Youtube semalam bertajuk ‘Berlaku banjir di KLIA2’ yang menunjukkan terdapat pekerja lapangan terbang sedang menimba air di kawasan landasan yang telah dinaiki air.

“Ini satu jenaka yang amat serius yang perlu ditangani oleh pihak Kementerian Pengangkutan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen ini.

Jelasnya, insiden ini bukan kali pertama berlaku dan ia sangat mengejutkan kerana landasan masih beroperasi dan menyatakan bahawa keadaan mungkin akan lebih buruk sekiranya KLIA2 mencapai penggunaan maksima di masa hadapan.

“Cuba bayangkan sekiranya landasan tersebut sibuk, mungkin sesuatu yang lebih buruk berlaku,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan bahawa persoalan mengenai KLIA2 telah ditanyakan olehnya kepada Menteri Pengangkutan bagi mendapat penjelasan berkenaan jumlah kos pembinaan serta langkah yang dirancang oleh MAHB untuk mengatasi masalah lapangan terbang yang berhadapan masalah retakan dan tanah mendap terutamanya di apron dan runway.

“Saya hanya mendapat jawapan yang beliau mengakui memang ada berlakunya mendapan di KLIA2 dan masalah tersebut berpunca daripada ‘differential settlement’ yang sudah dijangka dan telah diambil kira semasa pembinaan KLIA2.

“Keselamatan operasi dan penerbangan di KLIA2 tidak terjejas akibat mendapan dan takungan air tersebut,” kata menteri terbabit.

Ujarnya, pihak MAHB telah menjalankan kajian secara komprehensif yang membolehkan MAHB mengenal pasti dan melaksanakan tindakan berterusan yang paling sesuai dan praktikal bagi menangani isu ini.

“Antaranya adalah kerja pembaikan segera seperti penampalan, pembaikan, retakan dan pengambusan lubang. -FMT




ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan itu tidak dapat ditolak. Ia tetap berjalan sekalipun cuba dinafikan.

Walaupun sebelum ini pihak pengurusan KLIA dan MAHB menafikan hal-hal berkaitan dengan isu retakan dan pemendapan di KLIA2, kini video di atas menunjukkan pekerja lapangan terbang sedang menimba air di kawasan landasan yang telah dinaiki air.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila duit haram di guna tuk kaya kroni kroni melalui projek goreng pisang macam ini , hasil nya burok banyak saja.

Yang bagi buat projek melayu menongkat langit nak kaya guna duit rakyat.

Lahanat biasa lah.

Amuraria berkata...

auta pak kasa la jawapan depa ! bila tiada ketelusan,kronisma & seberadik kaum sanak sedara daa pulun buat duit tapi kerja bikin cincai asal masyuk laju ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

yg menerima kesan pengguna2 yg x de kena mengena dgn projek tu. Ya Allah selamatkan kami rakyat yg nakkan keadilan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan, terutama bidang geoteknikal, mendapan dan banjir ini tidak sepatutnya berlaku. T3knik dan kaedah kejuruteraan yang ada hari ini jika dimanafaatkan s3cara telus dan t3gas dapat m3ngelak pe4kara2 ini. F3nomena m3ndapan bagi p3mbinaan landasan kapalterbang adalah perkara paling p3nting sekali yang perlu dititikberatkan. Jika berlaku ia m3nunjukkan mutu pembinaan yang berkualiti r3ndah.

abuamir berkata...

Mungkin yg dapat kontrak ni syarikat pembersihan tanadas kot sebab itu mereka suka air bertakung bila hujan ada kerja, ada wang masuk. Konsep kontraktor umno kalau buat baik2 nanti tak rosak tak ada projek lagi sebab itu mereka tampal jalan ala kadar aje. Nanti rosak balik mereka akan dpt kontrak tampal lagi.

Saya pernah tanya kontraktor umno ni, katanya kalau tak rosak mereka pun tak ada kerja atau wang masuk. Mereka ni jenis makan duit haram, apa ada kesah........

Tanpa Nama berkata...

Hmm sah dah projek KLIA2 tidak menjalankan Environmental impact asessetment (EIA) atau sudah dijalankan tapi Kroni UMNO mengendah kata nasihat pakar dalam bidang EIA. for your information pegawai EIA adalah dibenci oleh kroni UMNO maklumLAH mana diaorang dengar kata nasihat pakar kalau merugikan diaorang sedangkan pegawai EIA sangat jelas apa akan berlaku di masa akan datang kalau pemaju berkeras nak melaksanakan projek tersebut.

INGAT BENDA INI ULAMA TAK BOLEH BERI PENYELESAIKAN KECUALI GOLONGAN PROFESIONAL YANG MAHIR DALAM ILMU SAINS ALAM SEKITAR DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. SIAPA YANG TERASA TU BERINGATLAH MANUSIA BUKAN PERFECT 100% SAMPAI DITEGUR PUN TIDAK BOLEH. WALALLAHUALAM.