26 Apr 2013

BN Cukup Terdesak, Peralat Murid Sekolah Berkempen, SPR Berdiam Diri!


Memperalat murid sekolah sebagai budak suruhan bagi kempen Barisan Nasional (BN) adalah pelanggaran etika pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Beliau mengulas gambar di laman sosial yang memaparkan murid Sekolah Kebangsaan Long Jeeh Baram, Sarawak mengibarkan bendera BN ketika mahu menyambut dan memberi sokongan kepada calon BN Baram yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.

“Ini jelas melanggar undang-undang demi kepentingan politik BN. Parti itu seolah-olah makin terdesak sehingga sanggup menggunakan murid untuk kempen politik.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka masih kecil. Jangan heret kanak-kanak dalam kancah politik,” katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

“SPR sepatutnya ambil tindakan segera untuk mengelakkan pemimpin BN menggunakan murid bagi kempen mereka. Penglibatan guru yang merupakan kakitangan awam dalam kes sebegini merupakan salah guna kuasa.

“Saya hairan mengapa Pengarah Pelajaran Negeri atau Daerah sanggup dipergunakan pemimpin BN, dan kemudian memperalat murid sekolah untuk kempen mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu modus operandi sama turut digunakan pemimpin BN di Kuala Lipis, Pahang apabila guru diarah mendengar ‘taklimat’ tohmahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

“Semalam, semua guru dikumpul supaya mendengar taklimat memfitnah pemimpin Pakatan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Lipis. “Antara yang saya dapat maklumat, kononnya kawan Anwar (Ibrahim), Sidek Baba turut diundang memberikan ‘taklimat’ kepada guru,” kata Abbas.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh ke lepas 5 may pecat pengerusi SPR tu...

aku bukan melayu berkata...

Saya kasihan org2 Sabah dan Sarawak, apalagi budak2 kecil tu. Sedih.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak jadi dengan BN ini.... Tanda tanda kepimpinan bahalol akan di tolak rakyat dalam PRU13 nanti.

Alhamdullillah !

Tanpa Nama berkata...

BALA ALLAH smkin hampir...para pemfitnah hanya mnunggu giliran jer...Dato seri Anuar trus kn pjuangan mu biarkn anjing2 menyalak d blkng...PUTRAJYA sdh hampir.

Tanpa Nama berkata...

Sudah hilang maruah diri...

Tanpa Nama berkata...

Memang jelas institusi pelajaran di Malaysia jadi lembu BN.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha! Biasa macai BN menyampuk. Mana macai2 BN smua????? Wakakakakakaa!!!

Tanpa Nama berkata...

teringat lagi baru-baru ni HKR12..

mak bapak bawak anak-anak datang perhimpunan. muka mak bapak keluar dalam paper, siap suruh lapor diri kat balai polis untuk diambik keterangan.. alasannya langgar etika perhimpunan aman.

bia lah mak bapak tu nk bawak anak-anak dia. ni apa kes bawak anak orang2 lain? jangan double standard!! keluarkan jugak muka dalam akhbar. suruh laporkan diri kat balai polis!!

Tanpa Nama berkata...

Woi macai BN apasal senyappppp????? Hahahah!!!

Tanpa Nama berkata...

Cakap x serupa bikin, kalau aku agung dah lama kena tempelengnp

teman kkangsor berkata...

Memang TRIPPLE STANDART betoi. Kalau rope ini bukan aje pembangkang maghoh tetapi teman dan kengkawan yang 50-50 ni pun maghoh juge !

Tanpa Nama berkata...

Inilah kalu nak kenal Parti bATU nESAN Cap KATI yang berjuang atas semangat KERIS TELANJANG yang kontot itu MEROMPAK WANG RAKYAT.
Mereka mengHALALkan apa yang LIDAH mereka kata HARAM
Perentah tuhan apalah sangat, sedangkan peratoran sendiri pon kelabu asap
Jauhilah mereka ini kerana VIRUS ini mudah berjangkit kalau kita bertedoh di kemah mereka.
Mengikut pengalaman cerdik pandai VIRUS yang dikenali dengan simbol KATI ini akan menjadi sangat aktiv pada menjelang 5 Mei 2013. Oleh yang demikian demi menjaga zuriat keturunan kita dari jangkitan yang sangat MERBAHAYA ini anda dinasihatkan menjauhi apa apa objek yang ada simbol KATI pada 5 Mei 2013,untok lebih selamat lupakan terus dari minda anda.
Tuan tuan tak perlu bimbang, VIRUS ini dijangka dapat dilumpohkan sepenohnya menjelang 6 Mei 2013 oleh petugas pasokan keselamatan dari BULAN yang berjaya mendarat dengan ROKET khas di PUTRAJAYA dengan bantuan dan kerjasama PKR, Insya Allah. INI KALI LAH

Tanpa Nama berkata...

teringat aku masa darjah 4, thn 1985. kena berbaris sepanjang jln semata2 dsuruh melambai Dr M yg lalu dpn sekolah. lalu je tu. bkn berenti singgah sekolah. msa tu cuma terfikir seronok sbb xpyh blaja. bla dikenang2 terasa sgt diri diperalatkan guru besar yg nk membodek.