26 Apr 2013

Blogger UMNO, Novandri Kemalangan, Tangan Kirinya Hancur


Barangkali sudah suratan dan takdir Tuhan, apa saja perbuatan kita di dunia ini sesetengahnya 'dibayar secara tunai' semasa kita masih hidup.

Ia juga merupakan peringatan dan amaran dari Allah SWT supaya menghentikan kerja-kerja fitnah dan mengadu domba sesama manusia.

Ketua perang siber Umno Pulau Pinang, Novandri Hassan Basri atau lebih dikenali dengan nama Dr MiM (Minda Intelek Melayu) disahkan telah hancur sebahagian dari tangan kirinya akibat kemalangan yang berlaku di kilometer 381.2 arah selatan Lebuhraya PLUS dekat Slim River, Perak, awal pagi semalam.


Novandri dikejarkan ke Hospital Slim River dengan bantuan ambulans dan dirawat sebagai pesakit luar.

Bagaimanapun ekoran kecederaan serius yang dialami Novandri akibat impak dari kemalangan tersebut, dia ditahan di wad kecemasan dan doktor yang merawatnya mengesahkan sebahagian tangan kirinya hancur teruk.

Kemalangan yang berlaku membabitkan Novandri yang juga naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor dan seorang rakannya berpunca dari masalah kegagalan mengawal kenderaan hingga menyebabkan kereta yang dinaiki terbabas.

Pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) sebelum ini telah disaman oleh Khalid Samad kerana fitnah.

Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan berbentuk fitnah dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya serta memohon maaf.

Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Selain itu dia juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah tinggi di Pulau Pinang 7 Januari 2013 lalu.

Bagaimanapun, beberapa blogger Umno kesal dengan laporan Utusan Malaysia kerana tidak menjelaskan bagaimana Novandri boleh mengalami kemalangan dahsyat itu.


Sesetengahnya mendakwa kereta yang dinaiki Novandri telah tercabut tayarnya disyaki angkara perbuatan khianat.

Nampaknya blogger Umno ini sudah pandai mereka-reka cerita sebagaimana tulisan mereka yang cukup jijik dengan fitnah dan video lucah.


Jika mereka tidak berpuas hati dan mengesyaki ada unsur-unsur khianat, mengapa tidak laporkan terus kepada polis dan jangan salahkan Utusan sebab barangkali media rejim Umno tersebut pun sudah tidak percaya dengan fitnah yang dilemparkan, asyik terkantoi saja.

Sudahlah jualan akhbar Umno itu merudum, laman versi internet juga mencatatkan bilangan pembaca unik (unique readers) sedikit mendahului pesaingnya, Berita Harian dan jauh sekali jika dibandingkan dengan portal berita berpengaruh, Malaysiakini di seluruh dunia.

Malaysiakini - Kedudukan 2,545 (Malaysia tempat ke 13)
Berita Harian - Kedudukan 7,987 (Malaysia tempat ke 42)
Utusan Malaysia - Kedudukan 5,526 (Malaysia tempat ke 25)
Harian Metro - Kedudukan 8,492 (Malaysia tempat ke 47)

(Sumber : www.alexa.com - 26 April 2013)

Insiden membabitkan Novandri jelas memberi peringatan kepada semua blogger Umno agar jangan memfitnah dan menyebarkan video lucah kerana apa yang dialami Novandri cuma sekelumit dari balasan yang sewajarnya diterima di sana nanti!

Papa Gomo, Jas Salleh malah Bro Jinggo, apakah kamu semua masih tidak sedar dan terus sebarkan berita palsu dan video lucah sesudah melihat gambar Novandri terlantar? -jalanpulang1978

Ulasan GB

Setiap perbuatan jahat akan menerima balasannya sepertimana setiap perbuatan baik juga akan menerima balasannya.

Itu hukum kebenaran dan keadilan dan ianya tercatat indah di dalam Al-Quran:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Tetapi malangnya blogger-blogger dan para wartawan UMNO ini tak ramai yang suka membaca Al-Quran lantaran itu tak jumpa panduan-panduan hidup yang berguna untuk mereka.

GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:

Satu demi satu blogger pencacai UMNO terkedu lantaran fitnah-fitnah yang direka dan ditaburkan. Sebelum ini Novandri (Dr.Mim) memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan AJK PAS Pusat itu seorang bishop.

Kes Papagomo disaman Datuk Husam masih berjalan di mahkamah dan yang menjelekkan, papagomo enggan mengaku blog itu miliknya.

Parpukari telah dikenali sebagai penyebar gambar palsu mengenai muslimat PAS yang kononnya diraba semasa HKR 112.

Sementara blogger-blogger pencacai UMNO yang lain sedang berbaris menunggu "ganjaran" masing-masing. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.


Pemfitnah, wartawan akhbar dan blogger pencacai akan tetap terhukum akhirnya. Kita sama-sama tunggu dan lihat.




Apa yang GB tulis sudah pun menjadi kenyataan!

Semuga Novandri bertaubat dan semuga Allah mengurniakan kesembuhan dan taufiq hidayah kepadanya serta menjadi iktibar kepada blogger, wartawan akhbar dan sekalian pencacai UMNO yang lainnya!

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu lah balasan Allah Taala kepada mereka yang suka menabur fitnah dan mengadu domba. Allah dah tunjukkan balasan di dunia lagi. Nasib baik tak maeninggal dunai.

Tanpa Nama berkata...

Dia taip kat komputer pakai tangan kanan...dia basuh berak pakai tangan kiri...elok la tu lepas ni basuh berak tangan kanan ,makan tangan kanan,fitnah orang tangan kanan ...banggalah tu...insuran banyak tu,,boleh buat bayar saman...

Tanpa Nama berkata...

padan muka dia. pengerusi spr sama timbalan dia bila lagi nak terima bala. 2 ekor nie lagi dasyat penipuan mereka..

Tanpa Nama berkata...

Sbg peringatan utk kita semua...jangan menipu,jangan fitnah, jangan hina orang..dan jangan menzalimi diri sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Allah SWT byr cash..xda tgu2 lps bangkit dr kubur baru nk dihukum...ingat dosa dan pahala bila nk buat sesuatu...lebih mati dr hidup menabur fitnah saja makhluk2 mcm ni....taubat byk2 le lps ni..apa pulak musibah yg menunggu akibat dosa2 silam...

Tanpa Nama berkata...

Bersyukurlah kerana Allah memberi balasan dan peringatan kpd dia di dunia lagi.Moga moga dia bertaubat.Ingatlah pesanan Allah,"Tidak sia sia tiap sesuatu yang Aku jadikan,--------

Tanpa Nama berkata...

Segala dugaan tu ada hikmahnya. Semuanya ketentuan Allah...

Nemo88 berkata...

Wahai saudara Novandri, apa jua yang berlaku menghendaki kita berfikir. Merenung ke arah keredaan Allah. Sejauh mana pun kita telah tersesat selagi ada masa maka berpatah baliklah dengan segera dan padan serta timbuskan segala kesilapan masa lalu dengan kebenaran dan KEADILAN tanpa batasan.

teman manong berkata...

Terkezhut teman nengok rope mamat ni, udah macam mayat pulak yee, mate teman agaknye....Moge panjang omo dan bertaubat !

Tanpa Nama berkata...

Kita kena redha terhadap apa-apa musibah yang diterima. Kita kena muhasabah diri kita tentang dosa-dosa apa yang telah kita lakukan kerana hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui. Musibah diterima di dunia menunjukkan bahawa Allah masih menyayangi kita. Jika kita membuat dosa bertaubatlah dan kembali bersama orang-orang yang benar semoga kita diberkati Allah dan dimasukkan ke dalam syurganya. Tetapi jika kita melakukan dosa-dosa tetapi tidak ditimpa musibah itu dinamakan Istidraj. Ini paling bahaya kerana Allah telah membenci kita dan membiarkan terus sesat dan bergelumang dalam dosa dan bakal dihumban ke dalam Neraka. Nauzubillah. Wallah hua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Orang yang dizalimi dekat dengan Allah. Doa orang dizalimi makbul.

Tanpa Nama berkata...

JAGA2 papagomo..munkin kamu slepas ini jika di takdir kn...sgra lah brtaubat, walaupun kamu trlepas di sini, tpi kami yakin kamu tetap trtangkap di AKHIRAT nanti..mereka2 tlibat dgn FITNAH sdg menungu giliran msing2 dn tiada yg tlps..ALLAH MAHA ADIL LG MAHA BIJAKSANA..bri lah UNDI tuan/puan utk PAS PKR DAP di pti undi tuan/puan 5 mei nanti...inshalllah.

Unknown berkata...

Perasan tak kalu post macam ni macai umno senyap je hahahahahaha sorry la riak tapi stakat ni sy belum pena fitnah orang lagi huhuhuhu jangan lupa macai umno fitnah lebih besar dosa dri mbunuh....huhuhuhu cuak la tu kan kan kan hahahahahahahahaahahahahahaahahahahahahahahhahahahahahaha tau takut

Tanpa Nama berkata...

Salam GB,

mohon komen balas dakwaan blogger UMNO ini disini http://azlishukri.blogspot.com/2013/04/kisah-tangan-kiri-dr-novandri-hancur.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AzliShukriToday+%28AZLI+SHUKRI+TODAY%29

chuta baling berkata...

Hanya Janji Allah Janji yg ditepati. Itu tandanya Allah masih sayang pd hambaNya. Allah mahu hambanya kembali ke jalan yg benar. Itu baru ujian Allah yg kecil shj. Allah tarik nikmat tangan kiri. Kalau Allah tarik nikmat tangan kiri dan kanan. Macamana. Insaflah!. Hidup ini sekali shj. Berubahlah selagi hayat dikandung badan. Kembali ke jln yg benar iaitu jln org2 yg diberi petunjuk.

mohdakhbar29 berkata...

beliau patut bersyukur kerana kemalangan itu sekurang2 nya masih sempat memohon maaf dan bertaubat atas keterlanjuran nya tapi bagaimana pula mereka yg mati tanpa sempat memohon ampun dan maaf pd org yg mereka aniyai?berbaloikah imbuhan yg diterima didunia dibandingkan seksa akhirat nanti?oleh itu wahai semua sahabatku marilah kita bertaubat dng sebenar2 taubat sebelum ajal menjemput.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Tanpa Nama berkata...

Tahniah and takziah

Tanpa Nama berkata...

Innalillahiwainnailaihirojiuun

anie88 berkata...

Innalillah hiwainnalillahirrojiuunn.

Tanpa Nama berkata...

Sama2 kita doakan kesihatan novandri...semoga dia insaf dan bertaubat.cukup ler blsn yg dia dpt.semoga keikhlasan kita membuka hati dia.

Tanpa Nama berkata...

Tangan kiri mu dah hancur novandri kerana dosamu yang banyak terhadap rakyat Malaysia. Walaupun i benci you, tapi i harap semoga you sembuh dan bertaubat kepada Allah S.W.T. dan harap tangan kiri dapat sembuh seperti biasa (Biasanya kalau sudah tangan kiri sudah hancur kemungkinan tangannya terpaksa dipotong untuk selamatkan nyawa, Walauhualam)

rockers berkata...

mudah-mudahan dia tk hidup lama lepas ni. Biarlah dia mati saja senang skit. Terlepas bala org2 gelugor jika allah nk beri ketentuannya.
orang2 PR kawasan bukit gelugor berdoalah supaya pemfitnah dari umno ini segera menemui tuhan,kerana mungkin kawasan anda tuhan akan berkati disebabkan ketiadaanya.aminnn..(kita doakan untuk mereka yg baik2 dgn doa yg terbaik saja dan saling ingat mengingati tentang kebenaran dan jauhilah segala larangannya.ceesGoV

Whoamie Muhd Nor berkata...

cash tu lebih baik bagi mrk yang sedar...