12 Apr 2013

1) [Bergambar] Husam Di Masjid Putrajaya 2) Husam Menang Saman Ke Atas NST


Naib Presiden PAS merangkap calon Pakatan Rakyat Parlimen P125 Putrajaya, Dato Husam Musa, hari ini telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya.

Sebaik saja selesai solat Jumaat, para jemaah yang mengetahui akan kehadiran Dato' Husam Musa mereka pun ambil kesempatan menyerbu kearah beliau untuk bersalaman.

Cukup terharu betapa warga Putrajaya sebenarnya mengalu-alukan hasrat dan niat Husam Musa untuk bertanding di parlimen Putrajaya atas tiket PR.

Dari sambutan diberikan, jelas sekali harapan untuk PR rampas kerusi P125 Putrajaya dari UMNO/BN adalah cerah.

Mood kebangkitan rakyat kini yang mau melakukan perubahan sudah tidak mengenal latar belakang, status , pekerjaan, bangsa dan agama. -omakkau










Husam menang saman NST


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.

Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan segala aspek berkaitan gantirugi.
-HD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB taknak komen ke pasal iklan PM KESAYANGAN buat iklan kat youtube tu HEAD LINE LAGI..berapa kosnya? Besar kemain iklanya pakai duit umNGOK ke pakai duit kerajaan (TAX PAYER MONEY)?

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH !!!

Husam ada peluang besar memenangi Putrajaya buat masa ini kerana ramai sudah umat umat Islam Pekerja Kerajaan yang memahami Islam dan ketahui jelas bahawa Rezeki Datangnya Dari ALLAH SWT... juga ramai sudah mengerja kan Hajji dan Umrah.

Itu sedikit sebanyak telah membuka mati hati celek sedikit , dari dulu yang hati telah hitam..... Masjid dan Surau pun banyak sudah di penuhi berbanding tahun tahun terdahulu , zaman Firaoun dan Maha Firaoun.

Alhamdullillah !!!!

shidine didine rahman berkata...

Husam vs ???
Husam nmpk mudah didekati oleh rakyat
Beliau ada aura
Beliau perlu menang utk membawa suara rakyat ke parlimen
Suara yg meyakinkan....


Tanpa Nama berkata...

Aku pernah bertugas di satu sidangan Parlimen dimana YB Husam Musa juga ada membahaskan perkara yang berbangkit... Sesunguhnya beliau adalah seorang berkaliber Pemimpin Besar dikalangan PAS.