12 Apr 2013

Kesan Video Lucah "Mustafa": Orangramai Meluat & Akan Tentang BN Habis-habisan


Sekarang tiba giliran pemimpin PAS pula dijadikan sasaran serangan video seks.

Sebelumnya PKR memberi amaran akan muncul serangan politik berbentuk aksi lucah dua video berasingan melibatkan dua pemimpin kanan parti itu, seorang menteri besar dan seorang lagi naib presiden.

Tidak lama sebelum pilihan raya umum 2008, aksi lucah tokoh MCA menjadi perbualan. Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengaku dan meletakkan jawatan daripada kabinet.

Sembilan hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, tiada sesiapa menduga PAS pula menjadi sasarannya.

Foto wajah seseorang yang kelihatan seperti tokoh utama parti itu yang berbogel dikatakan mengadakan hubungan seks di sebuah bilik.

Desas-desus ini tersebar awal malam tadi dan diberitakan di laman web The Star Online menjelang tengah malam.

Sementara Malaysiakini difahamkan tentang kewujudan imej ini sekitar 8 malam tetapi mengambil keputusan tidak melaporkan sehingga mendapat ulasan tuan punya badan.

Sementara dunia blog, khususnya yang pro-Umno, dengan tangkas menyebarkan imej-imej video tersebut bersama sejumlah maklumat yang mengejutkan.

Wanita dibayar oleh PKR?

Kononnya, menurut blog-blog tersebut, wanita yang berasmara dengan tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan.

Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam.

Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya menurut blog lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang.

Sama ada sahih atau tidak, blog menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat.

Video itu memaparkan seorang perempuan, kata blog lagi, disyaki bukan warganegara melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan.

Jadi, berbeza kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat.

Alasannya, menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah dipecat.

Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa!

Yakinkan penyokong totok Umno

Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno?

(Atau, dua pemimpin muda PKR itu memang berasal dari daerah Besut?)

Jika begitulah hasratnya, untuk apa lagi diyakinkan kepada penyokong totok Umno bahawa pemimpin PAS memang tidak guna?

Apakah tidak cukup selama berdekad-dekad serangan Umno terhadap PAS di negeri penyu itu?

Kerusi parlimen itu atau Terengganu umumnya tidak pernah dikhabarkan akan bergoncang pada pilihan raya 5 Mei nanti -- tidak seperti Negeri Sembilan, Kedah, Johor atau Perak.

Kenapa tidak diedarkan di Marang, kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang atau Kuala Terengganu yang bakal ditandingi seorang arkitek terkenal dan kerabat diraja?

Jika serangan video itu dilancarkan oleh PKR dengan gaya baling batu sembunyi tangan, kenapa tidak ia disebarkan sahaja melalui Internet, media berpengaruh yang dikuasai sebaik-baiknya oleh parti itu?

Bukankah Internet sudah menjadi sarang bahan-bahan porno yang boleh dijadikan saluran sebaran dengan murah tetapi sasarannya ribuan, malah jutaan, penyokong PAS?

Jika pengundi meragui kesucian pemimpin-pemimpin PAS, apakah kesannya kepada Pakatan Rakyat yang ingin merampas Putrajaya?

Tidakkah menyerang PAS bererti juga menghakis peluang pembangkang menambah undi?

Walaupun ia tidak mustahil, dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya?

Jika ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang kamera di bilik tidur.

Jika wujud unit terhebat itu, kenapa pula unit itu tidak berjaya mengedarkannya dengan senyap-senyap tanpa dengan mudah diketahui umum dan ditangkap polis?

Jika benarlah laporan polis mengesyaki wanita itu bukan warganegara ini, bagaimana pula blog pro-Umno dengan mudah mendapat pengakuannya?

Sejak bila pula polis atau penulis pro-Umno menemui wanita itu dan mengambil keterangannya?


Dan bagaimana pula unit terbaik PKR itu gagal menyembunyikan wanita upahannya agar tidak dicekup oleh pihak berwajib atau musuh-musuh politiknya seperti BN atau Umno?

Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti. -Fathi Aris Omar/mk


Naib presiden PAS yakin video seks palsu


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa percaya, video seks baru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti Islam itu "palsu" dan parti tidak perlu menyiasatnya.

"Jika mereka boleh buat video Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka boleh buat video melibatkan sesiapa sahaja," kata Husam ketika ditemui pagi ini.

Lapan hari sebelum penamaan calon, beberapa blog pro-Umno memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

Penulis blog Papagomo mendakwa, wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu - yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan.

Laman perkongsian Youtube sudah membuang video itu.
-mk


Ulasan GB

Selepas video Anwar, Mat Sabu, diikuti Azmin kemudian Nurul Izaah, kini Mustafa Ali.

Hanya si akal terrencat yang percaya itu bukan konspirasi UMNO.

Di dalam kes terbaru ini, yang dituduh ialah AMK PKR melakukan dan mengedarkannya, tetapi yang mula dan banyak melaporkan ialah blogger UMNO. Sepatutnya AMK PKRlah yang melaporkan terlebih dahulu di blog, tetapi puak UMNO pulak yang dulu dan yang lebih-lebih tempik soraknya. Kan dah kantoi. Bodoh bin bangang!

Itulah sebenarnya mentaliti UMNO - seks, seks, seks. Menggunakan ia sebagai senjata di penghujung usia, dan senjata itu bakal memakan tuannya semula.




Laporan sebelum ini
klik untuk baca


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bogel, bogel, bogel... teruskan memangkah BN agar anak2 kita dibiasakan dgn video2 lucah. pastu rakyat pulak terikut melakukan seks luar nikah. maka berlambaklah anak luar nikah di Malaysia ni. syabas umno krn selalu mensajikan video lucah pd kami. tq..

XUMNO berkata...

Dunia dah tahu penglibatan Umno dalam kes2 video lucah yang direkacipta. Bukankah minit mesyuarat kumpulan yang melibatkan Sidek Baba jelas menggariskan rancangan jahat Umno untuk membuat video2 fitnah pemimpin2 Pakatan.Jadi tak usah dilayanlah permainan kotor mereka.Syaitan kalau kita maki makin menjadi besar dia.

Tanpa Nama berkata...

Mereka ingat kami percaya. Sekuku hitam pun kami tak percaya. Kami hanya pervaya kalau ada 4 orang saksi. Ini jes zina. Bukan soal kami taksub kpd PAS. Tapi itu hukum Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah pasang kamera tersembunyi tu dah tentu nak kantoi orang, apsal singkat sangat akal MACAI? Nak kantoikan orang kasi serbu dengan TV3,RTM, Mazidul 999, JAWI dengan segala wartawan baru la BETUL-BETUL KANTOI..

Tanpa Nama berkata...

niat tidak menghalalkan cara. saya lihat orang pas ini selalu sahaja menuduh setiap perlakuan adalah perbuatan umno.

dalam pelbagai isu video ini, orang cina dan india bertepuk sahaja bila umno dan pas bertelagah...inilah dikatakan pengaklhiran malaysia dipimpin melayu.

Tanpa Nama berkata...

kekadang kita ni tak tau ntah betol atau tidak video tu... Klu tengok dari video tu memang jelas mukanya.. Klu betul video tu asli, aku amat terperanjat sebab dalam parti yang aku kagumi, ada segelintir parasit2 yang alim2 kucing... Orang2 seperti ini patut di tendang keluar dari awal. sebab suatu hari nanti, orang2 seperti inilah yang akan merosakkan nama parti...

Dan sekiranya video ini hasil fitnah Papagomo dan sekutunya, semoga Allah melaknat mereka.


-yoda-

Tanpa Nama berkata...

selagi UBN x dikapankan...itulah mentaliti mereka..ingat rakyat bodo mcm mereka..blh terima saja apa yg disajikan..tolong jgn pandang hina pd rakyat...rakyat semakin bijak.. cara tsb zaman madey boleh buat.. skrg say NO...Ini Kali Lah 3x

Waris berkata...

Mamat tu mesti digantung serta merta sementara penyiasatan menyeluruh dilakukan. Pas perlu tegas dlm hal membabitkan maksiat. Pas perlu bertindak secara proaktif. Mamat tu perlu diadili sewajarnya. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Tak perlu beri pembelaan membabi buta.

Dalam keadaan suntuk dan kritikal buat masa ni gantung dulu keahlian atau keanggotaan beliau sebelum memecat beliau jika benar2 bersalah dan hukum hudud pertama perlu dilakukan jika didapati bersalah.

Tiada kompromi dalam menjalankan hukuman walaupun sama2 geng UG.

Walau bagaimana pun ia tidak mengubah pendirian aku terhadap ABU. Pada aku umno jahat no. 1. So, yang lain jangan pulak ikut jahat umno.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah !!!!

Sudah budak budak DUMBNO tu budak budak bahalol dari pangkat Ketua huingga ke Despatch Boy, semuanya Bahalol maka kerja nya semua bahalol lah macam rupa umat umat DUMBNO sendiri.....

Hidup mereka buat habis beras aje!

Tanpa Nama berkata...

Manusia bodoh sahaja yang percaya video tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Video Lucah tahap pasar malam je tu. Banyak yang meragukan. Kalau nak buat pun upah la yang pakar dalam bidang ni. kalau setakat tahap budak hingusan kat pasar malam baik duduk main congkak lagi bagus

Andre Irwan berkata...

Kepada April 12, 2013 at 4:51 PM,
Tak usah jadi batu api dengan mengatakan orang Cina akan memerintah semasa orang UMNO bertelagah dengan orang PAS? Ini mitos yang dah basi. Hanya mentaliti kau bertaraf bahalol saja percaya akan hal ini.

Kepada Waris,
Kenapa harus percaya kepada munafikun dan fasikun? Bukankah kita dah dipesan diperingatkan akan perangai puak ini? Hang ni betul-betulkah penyokong PR atau saja-saja berlakon???? Aku bukan ahli PAS/DAP/PKR tapi bagi aku, PR tetap di hati.

Yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil juga. Pada Allah swt, kita berserah.

Waris berkata...

Saudara andre irwan... aku tak cakap pun aku percaya. Cuma aku bercakap dari sudut strategi. Bila sedang berperang dan dia cedera parah maka cutikan dia. Bila dah sembuh nanti boleh kembali berperang.

Jika dia masih dalam medan peperangan dalam keadaan cedera parah, maka tentera2 lain akan sibuk menjaga dia daripada fokus dalam peperangan.

Melainkan pas ingin jadi pembangkang sampai kiamat. Tolong jangan berfikir macam melayu ortodoks umno berfikir. Berfikiran terbukalah untuk membezakan antara cara melayu umno dan pas. Jangan nanti pas ganti umno dengan perangai2 sekali serupa.

Aku tak nak nanti tukar umno dapat umno jugak tapi atas jenama lain. Buang masa aku je sebagai rakyat yang berjuang setakat yang aku mampu ni.