12 Apr 2013

Lagi Pegawai Tentera Sertai PKR, Bantu Kempen Pakatan


SSeorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya.

Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad dan Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran), bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi) dan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (Hashim).

Hashim diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Baharu pada 3 April lalu.

Imran pula diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut. -KD

5 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdullillah !

Anak Sarawak perlu bangun menentang rasuah dan penganiayaan rakyat Sarawak....

Tahniah Sarawak !!!!

Sesungguhnya Bujang Senang tidak sendirian di Sunagi Sarawak...

Awanama berkata...

Inilah peluang rakyat Sarawak ambil kesempatan bagi mengajar Taib Mahmud. Macam rakyat Kelantan ajar MB Mohamad Yaacob dan macam rakyat Terengganu mengajar MB Wan Mokhtar Ahmad.

Awanama berkata...

Tabik tuan,

Semoga tuan sentiasa dimurahkan rezeki.

Ps: if not mistaken Lt. Kol sebelum ni ketua or somebody kat UMNO kawasan wangsa maju or semewhere in KL?

Tabik tuan!

Awanama berkata...

from : D'Jango@TheRedBURET tm

solute dato' ghafir and the geng...tiga kali GEMPUR WIRA....GEMPUR...WIRA...GEMPUR...EIRA....GEMPUR....WIRA...

TAKBIRRRR....

shidine didine rahman berkata...

Naikkan calon yg waras dn humbankan calon yg tua n bernafsu kaldai...