2 Jan 2013

[PANAS] Bekas KSU Ditahan Bersama 36 GRO

LOMPAT: Pengunjung disko nekad terjun elak dicekup ketika diserbuan.

Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

“Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam. -HM

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagi pemimpin umno ini hal biasa.
hapuskan segera umno bn sebelum bala menimpa negara.

Tanpa Nama berkata...

Mari lihat setan-setan bertempiaran lari.... kah..kah..kah.. inilah dia haramjadah2.

Tanpa Nama berkata...

Inilah hasil tarbiah UMNO kepada pemuda dan orang tua Melayu.Kekabdang kesian juga kita kepada puak2 ni dah nak mampus pun belum sedar2.

Tanpa Nama berkata...

kat penguasa bukan main takut,tapi kat tuhan tak takut pulak, selamba je langgar hukum tuhan,besok kat akhirat boleh lari macam ni ke

Tanpa Nama berkata...

BUAT APA.NAK TANGKAP BUDAK BUDAK TU. TANGKAP LE MENTERI yang buat macam tu.

Tanpa Nama berkata...

Anon atas sekali kenapa berfikiran terlalu bodoh!

Adakah di Kelantan terdapat masaalah pelacuran dan masaalah dadah di sebabkan ajaran PAS?

Tanpa Nama berkata...

setiap keadaan ada pengawalnya kalau pengawalnya pun jenis tak ambil pusing keliling kelalang makin banyaklah keruntuhan yang akan berlaku

Tanpa Nama berkata...

biarlah Latok Latok enjoy sakan, Latok sudah kaya dan masih muda lagi....baru 50 lebih saja bah.

apam apam murah pulak di kuala lumpur ini, lagi tembam lagi murah.

apa nak jadi kepada orang orang melayu kita ini, makin maju negara makin hanyut ke neraka pe'el orang melayu bagai beruk masok bandar.

itulah hakikat orang melayu di bandar, makin lupa diri dan leka di sesatkan syaitan di rejam, yang di sangka kawanan.

Tanpa Nama berkata...

denda rm 3,000 je? denda rm 100,000 sepatutnya sebab menggangu tugas penjawat awam..baru betul...sama mcm umar...baru la adil...

Carlos Santiago berkata...

hemmmmm.....memalukan..BANkami

Tanpa Nama berkata...

inilah juga mengapa pemimpin UMNO dan kaum kerabatnya,enggan melaksanalan hukum hudud.

Tanpa Nama berkata...

Syaitan yang dikenali....kita tak sokong syaitan

Tanpa Nama berkata...

Teruskan serbuan ni ke pusat2 karaoke mewah di kl ni...jgn dok sorok sgt...buat serbuan kat tmpt2 murah...patutnya serbu tmpt mewah tu sama jgn dok selindungkan sesapa di sana