2 Jan 2013

Projek Jalan Termahal T’ganu Diberi Kepada Syarikat Milik Ketua Pemuda Umno Negeri

Jingga 13 hari ini (kelmarin) tampil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu bagi tujuan untuk membuat laporan rasmi bahawa wujud gejala salahguna kuasa dan aktiviti rasuah berkaitan dengan Skandal Pembinaan Jalanraya dari Gemuroh ke Kg. Banggol Tuan Muda berjarak 7.6KM berharga RM226 juta.

Laporan SPRM ini dibuat berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Terengganu Tahun 2011 di muka surat 37 di bawah tajuk Agensi Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran.

Justeru, Laporan Ketua Audit Negara tersebut membuktikan bahawa pembinaan jalanraya ‘termahal’ tersebut bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan dari segi pelanggaran undang-undang dan pencabulan Perlembagaan Persekutuan, malahan ketelusan kerajaan negeri Terengganu sendiri di dalam meng’anugerah’kan projek berkenaan kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, Saiful Bahri Badaruddin sehingga melangkaui segala prosedur dan peraturan yang mesti dipatuhi di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Para penduduk telah berjuang bagi membantah kezaliman dan ketidakadilan pihak Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Negeri Terengganu yang langsung tidak mengendahkan memorandum dan suara para penduduk.

Dato’ Abdul Rahin Mohd Said yang merupakan ADUN Teluk Pasu juga dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi memastikan jalanraya tersebut terus berjalan sehingga sanggup berbohong di dalam media bagi memenuhi kerakusan syarikat kontraktor yang dianugerahkan projek tersebut sehingga melakukan pelbagai cara bagi tujuan merealitikan impian mereka secara licik sehingga melibatkan semua agensi seperti Jabatan Kerjaraya Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian serta Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Banggol Donas.

Jingga 13 mendesak agar pihak SPRM menyiasat dengan terperinci, adil dan profesional serta bermaruah skandal pembinaan jalanraya tersebut kerana ianya adalah melibatkan dana awam dan turut melanggar Akta Pengambilan Tanah 1960 yang merupakan undang-undang Negara.

Sebagai rekod, laporan SPRM ini adalah merupakan laporan yang ketiga dibuat. Namun begitu, sehingga sekarang masih tiada sebarang keberhasilan terhadap siasatan yang telah dibuat termasuk perjuangan para penduduk yang pernah menyuarakan tentang kezaliman dan ketidakadilan yang dihadapi oleh mereka kepada Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, Menteri JKR dan sebagainya. Ini jelas membuktikan bahawa moto “Rakyat Didahulukan” yang dilaungkan oleh pihak kerajaan hanyalah retorik semata-mata.

Fariz Musa
Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hancur negara apabila si bahalol di utamakan dalam agenda pengkayaan rakyat.

Agenda Sekim Cepat Bahalol akan merugikan bangsa apabila lembu lembu di angkat menjadi pemimpin manusia.

Tanpa Nama berkata...

ya allah mengapa mereka begitu rakus.... mengambil hak rakyaat terengganu

Tanpa Nama berkata...

http://xg3ax.blogspot.com/2013/01/pihak-bnmelangkah-dengan-bergaya-tahun.html

Tanpa Nama berkata...

Terus terang i cakap dah bertahun - tahunan UMNO tidak mendedahkan laporan audit negara kepada umum melalui media dia orang. I harap apabila PR memerintah kelak laporan audit mesti dipubliskanh kepada umum, bukan dirahsiakan sepertimana UMNO buat sebab kita adalah bos dan harus tahu semua laporan audit yang telah dibuat.

Tanpa Nama berkata...

Kenyang perut dia. Seronok dia

wanie berkata...

Pastikan orang2 kampung ( yg tak ada akses internet; yng ada cuma TV 123 ) tahu mengenai cerita2 sebegini

Tanpa Nama berkata...

Wow RM 30 juta / km? Bapok punya mahal...sepanjang jalan tu diaorang buat keje letupkan batu ke apa? Kaya raya la kontraktor tu..biasanya satu km jalan yg baru labih kurang 4/5 juta je...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Malaysia yang diberi kuasa ibarat monyet dapat bunga. Tak tahu guna dengan betul.

Tanpa Nama berkata...

wahai kaumku Taatlah syariat Allah dan rasulnya,berpada padalah,carilah harta dgn betul dan berkah,itukan lebih baik,baik duit lebih tu banyakkan projek idustries desa yang berkualiti,contohnya,product tin kari ayam yg sedap hingga menjilat siku,dsb,or buat budjet peruntukkan pengajian qualiti al quran di seluruh mukim rakyat yg masih rabun baca Al quran,utk kita dan anak anak akan datang,beri elaun yg mengajar dan belajar sekali,sebagai tanda kita syukur pada yg maha pemurah nescaya akan d tambah rahmatnya moga d realitikan amin ya allah...fom s. abah

Tanpa Nama berkata...

Kalau di selangor SYABAS, UMNO punya?