2 Jan 2013

[EDISI TERDESAK] UMNO Mainkan Politik Perkauman & Ugama Fitnah ADUN Sekincan


Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) ini yang sudah dimenanginya selama dua penggal sejak 2004.

Ujar beliau, sebaran risalah dan fitnah yang disebar mendakwa Suee Lim akan ‘lari’ ke DUN lain adalah strategi terdesak pihak BN yang cuba mengaburi mata rakyat dengan membohongi masyarakat dengan fakta yang tidak berasas.

Pagi ini, masyarakat di Kawasan Perumahan Taman Ria Sekinchan dikejutkan dengan taburan risalah lapan muka surat yang bertajuk ‘Dosa-dosa Ng Swee Lim’ bagi memburukkan imej Adun Sekinchan itu.

Risalah berbahasa Melayu itu diletakkan di setiap rumah yang dipercayai disebarkan pada waktu malam tahun baru 2013 yang juga dipercayai disebarkan di kawasan lain di DUN Sekinchan.

Ia mengutarakan sembilan isu yang menyerang keperibadian Suee Lim dengan cuba menyalahkan pengundi kerana memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lepas.

“Ia adalah provokasi BN untuk mengelirukan rakyat.

“Dalam tahun baru ini mereka (BN) hilang pedoman di DUN Sekinchan dan Parlimen Sungai Besar serta seluruh Sabak Bernam,” kata Suee Lim ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau, kekuatan Pakatan Rakyat (PR) semakin terserlah di Parlimen Sungai Besar, Parlimen Sabak Bernam dan juga Parlimen Tanjong Karang.

“Rakyat semakin hari mempercayai Pakatan Rakyat dan merasai kebahagiaan kepada PR dengan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya.

Katanya beliau akan jika dipilih akan terus melakukan kesinambungan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Suee Lim ketika menjawab tuduhan dalam risalah fitnah berkenaan isu Billboard tertera wajah Suee Lim itu adalah disebabkan BN cemburu dengan kejayaan beliau mempromosikan Sekinchan sebagai kawasan pelancongan baru di Selangor.

“Saya hanya mempromosikan DUN Sekinchan sebagai satu destinasi eko-pelancongan.

“Dan rakyat di Sekinchan sudah mengetahui pelancongan di sini telah berkembang dengan pesat dengan ramai pelancong daripada luar negeri datang ke Sekinchan untuk melawat keunikannya seperti bendang padi, perikanan dan industri kecil sederhana.

“Potensi DUN Sekinchan dicungkilkan dengan mengadakan billboard yang besar dan akhirnya kejayaan ini mereka (BN) iri hati dengan kejayaan ini dan mereka menyerang saya dengan isu billboard ini,” ujarnya.

Ulasan GB

Budaya samseng, mencarut, memaki, politik perkauman, fitnah... tu semua dah menjadi talian hayat terakhir golongan UMNO BN.

Bukankah itu petanda jelas UMNO BN sudah berada benar-benar di penghujung usianya?

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tindakan aniaya serta lucah hanya merugikan bangsa umno sahaja. Hanya mereka mereka rendah martabat sahaja yang bangga akan kebodohan mereka sendiri.

Lihat sahaja lah pemimpin umno yang sedia ada, bangga hidup dengan hasil kekayaan ala mahafiraoun.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa malu jadi Melayu disebabkan perangai buruk melayu umno.......

Tanpa Nama berkata...

Pada pemimpin bn jng la ajar bebudak amno jd tak de akhlak malu le dgn bangsa lain jd lah pemimpin yg boleh berhujah utk berlawan

Tanpa Nama berkata...

Budaya fitnah, mencarut , rasuah, samseng sudahpun menjadi darah daging dalam UMNO. Sesiapa ahli UMNO yang hatinya ingin berubah pada tahun ini maka mulakan dengan tinggalkan parti UMNO yang sudahpun rosak. Baru anda dapat membuat amalan kebajikan dengan hati yang tenang.

muzium padi gunung kheyang berkata...

sifat jaki yang ada pada umno memang tak dapat dipisahkan.Ng merupakan penceramah dan ADUN yang amat baik dan mempunyai keperibadian yang tinggi.

kalau tuan guru pun boleh mereka fitnah,jadi apalah sangat pada Ng.

sebagai seorang ADUN DAP yang begitu mesra dan ramah dengan orang melayu atau jawa maka perasaan iri hati dan cemburu begitu menebal dengan kebolehan beliau.

XUMNO berkata...

Kesian betul tengok UMNO yang sedang lemas nak mati terlolong2 memaki hamun orang lain, manabur fitnah. Tak pernah terfikir parti yang pernah aku sertai tahun 60an dan 70an dulu dah sampai peringkat ini, paling busuk dan meloyakan. Kepada ahli2 UMNO yang masih ada sekulumit iman dalam diri mereka tolonglah tinggalkan parti longkang ini. Berhijrahlah kepada yang lebih baik demi menyelamatkan diri, keluarga, cucu cicit dan bangsa.

Militia Buruh berkata...

UMNO dah takde modal nak lawan Ng Suee Lim, tu pasal dia main sentimen agama dan kaum nak fitnah Ng Suee Lim. Bagi aku, YB Ng adalah seorang pemimpin yg menepati ciri2 pemimpin ideal bagi aku. Beliau lahir dari golongan bawahan, bekerja bawahan, dan naik sebagai pemimpin yg berjaya memajukan ekonomi di kawasan DUN Sekinchan yg beliau wakili. Inilah ciri2 pemimpin ideal meurut Karl marx, iaitu pemimpin dari kalangan kaum pekerja. beliau adalah permata berpotensi untuk rakyat negara kita. Beliau juga mendedahkan skandal SAT1M (Sapu tanah satu malaysia) sehingga UMNO bengang dan cuba memfitnah beliau. Kami sebagai rakyat sikit pun tak percaya dgn hasutan bodoh dari UMNO/BN thdap YB Ng.

Tanpa Nama berkata...

Dalam kembara cuti2 malaysia dari Putrajaya ke Ipoh baru2 ini kami melalui jalan tanpa tol@bukan highway untuk menikmati keindahan panorama dan melalui kampung2 di sepanjang jalan... lalu setiba di Sekinchan kami ternampak billboard besar tertulis "Tahun Melawat Sekinchan" (jika tak silap...maaf kalau tersalah)lalu kami ambil keputusan untuk singgah dan pusing2 sekitar bandar Sekinchan...bandar ini ok dan pesat membangun...kami singgah di satu bangunan tertulis "Agro..." kami menikmati cendol durian dan membeli kerepek2 serta minuman 3+1 jenama Agro...layanan ok...sesuai lah dengan seruan Tahun Melawat Sekinchan...cuma harga cendol agak tinggi berbanding kualitinya...Sejujurnya mempromosikan kawasan jajahan dan tadbiran adalah sesuatu yang amat baik dan berguna cuma pengisian perlu lebih mantap dan memenuhi kehendak pelancong...