2 Jan 2013

[HARI INI] Kes Nizar Saman TV3: Nizar Beri Keterangan Pagi Ini

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, Rabu, berhubung saman fitnah RM50 juta ke atas TV3 berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Pengurusan kes tersebut dijalankan di hadapan Hakim Datin Yeoh Wee Siam hari ini.

Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang itu merupakan satu-satunya saksi bagi plaintif, manakan dua saksi lain akan tampil bagi pihak stesen televisyen tersebut.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan selama tiga hari bermula hari Rabu.

Nizar memfailkan saman berasingan ke atas stesen TV tersebut dan juga akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang menggunakan kenyataannya di Twitter berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah dua pihak terbabit menjejaskan imejnya dan boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa beliau seorang pengkhianat kepada Raja-raja Melayu, terutama kepada Sultan Johor.

Beliau juga mendakwa kenyataan fitnah itu boleh ditafsirkan sebagai bermaksud beliau seorang yang anti-raja dan menghasut orang lain untuk membenci Sultan Johor.

Nizar mendakwa TV3 melaporkan tulisannya di Twitter secara fitnah, dan turut mendakwa Utusan memutar belit tulisannya di Twitter pada keesokan harinya.

Nombor pendaftaran WWW1 berjaya dibida Sultan Johor.

Untuk rekod, pada September tahun lalu, Utusan sudahpun didapati bersalah memfitnah Nizar dan telah diperintah membayar gantiirugi kepada bekas MB Perak tersebut.

Sila baca:

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KEBENARAN berada dimana-mana

Tanpa Nama berkata...

Mereka tak belajar daripada kesilapan yang lalu. Maka terimalah akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

umno satu pertubuhan pengkhianat kepada bangsa melayu dan rakyat negara ini(contoh dalam isu royalti petroleum bagi Kelantan). sesiapa saja yang terlibat/kerjasama dengan umno sudah pasti mereka menjadi manusia yang berakhlak hudoh dan membelakangkan tuntutan agama. memfitnah, seleweng, rasuah, khianat,zholim, pembunuhan ................................dan bermacam lagi kejahatan telah menjadi amalan mereka.

Rakyat kenalah pandai dan bijak berfikir , serta bertindak menjatuhkan umno dalam PRU 13 ini.




Tanpa Nama berkata...

RM50 JUTA? Padan muka tv tiga

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah BN tumbang