20 Sep 2012

Wajah Mangsa Dan Suspek Kejadian Pengawal Keselamatan Tembak Rakan

[Kiri]: Mangsa Hasnol Hafiz Saad, 28
[Kanan]: Suspek Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25


Di dalam kejadian kelmarin yang berlaku pada pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di Taiping, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Sementara suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping dimana suspek dikatakan memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

Sebaik saja berita berkenaan disiarkan di blog ini semalam, seorang pembaca telah mengirimkan alamat facebook kedua-dua mangsa dan suspek dan gambar-gambar wajah kedua-dua yang terlibat dapat GB perolehi daripada facebook masing-masing.

Kepada keluarga Allahyarham Hasnol Hafiz Saad, kita rakamkan ucapan takziah dan semuga tenang menerima dugaan Allah.

GB yakin sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga akhirnya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yang jahat tidak akan selamat di dunia mahupun akhirat. Buat apa kaya mencuri tapi jiwa dan perasaan takut dan tak selamat diburu polis. Biarlah kaya ilmu agama dan akhirat. Itu lebih baik di sisi Allah dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Ada tak kemungkinan orang lain yg menahan van itu, menembak pemandu van, merompak wang dan melarikan suspek..dgn tujuan agar suspek yg akan dituduh membunuh & merompak?

Bukan apa, sekadar tak mahu segera menuduh suspek itu sblum ada bukti nyata..

Tanpa Nama berkata...

duit duit duit maknusia boleh jadi perangai macam pelesit
rompak rasuah tipu curi bunuh apa lagi nak tambah ....tak kira dari kalangan bawahan sampai atasan itulah hari-hari ceritanya dimedia
walau pun aman tapi tak ada keberkatan dari Allah.Hidup kita menempek di bumi Allah tapi hidup tak mau ikut perintah Allah.

Tanpa Nama berkata...

entah2 dah lari pergi ke thailand....celaka punya rakan kerja,sebab duit gamak bunuh sesama islam,tambah pula rakan sekerja suspek tu sendiri...

Amuraria berkata...

Sungguh cepat di Mesia dapat gambaran & kesimpulan bagaimana terjadi insiden ini ! siapa nampak kawan tembak kawan ? mungkikah ada pihak lain ? Bukan membela jenayah tapi serba kemungkinan boleh jadi ! macam kondo & lembu nfc ! macam kapal yang susah selam ! macam altantuya dibom ! macam sirul & rakan bertopeng ! macam teoh beng hock ! macam penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani ! Di malaysia macam-macam boleh jadi disebalik tersurat & tersirat ! ABU saja penyelamat !

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Mangsa, Hasnol Hafiz Saad adalah anak buah saya walau saya tidak rapat dgn beliau.
Tapi nenek mangsa,arwah atoknya, mak nya Pn Latifah serta semua bapa saudara dan mak saudara umpama keluarga bagi keluarga kami.
Neneknya menjaga kami adik beradik bila mak ke sekolah.

Arwah mangsa ketika kecil akan sentiasa mengikut nenek nya bila ke rumah kami.

Kata adik2 saya yg rapat dgn arwah mangsa: Arwah dari kecil sampai ajalnya memang perangai baik dan mudah mesra.
SEmoga ALLAH cucuri rahmat dan keampunan kepada arwah.

Menurut saksi yg berhampiran dgn tmpt kejadian(budak car wash)mereka perasan van belok ke arah berlainan dari kebiasaan dan tiba2 berhenti.Kemudian ada kereta hitam berhenti di belakang van.Seterusnya nampak suspek dalam pakaian keselamatan keluar dan mengangkut beberapa beg hitam ke arah kereta hitam dan pergi bersama kereta tersebut.
Saya tak pasti samada mereka dengar atau tidak bunyi tembakan.
Selepas it baru mereka syak sesuatu yg buruk berlaku.

Beberapa persoalan bermain di kepala saya bila dapat urutan cerita tersebut:
1-Adakah SOP syarikat keselamatan tersebut hanya 2 pengawal mengutip jumlah wang yg banyak? Yang sering saya lihat sekurang2nya 3 orang atau 4 orang termasuk driver.

2-Jika suspek yg menembak mangsa, saya terkedu bagaimana seseorang sanggup menembak rakan harian dan rakan setugas?

3-Kerta civic hitam yg mengekori kemungkinan besar dalang utama dan telah berpakat dgn suspek. Adakah mereka ini dari kumpulan gangster Taiping atau geng Ah Long? Adakah suspek dalam kesulitan yg melampau sehingga terpaksa mengikut rancangan kumpulan ini?

4-Jika suspek 'terpaksa' menuruti arahan geng ini, ada kemungkinan suspek juga tidak selamat kerana geng ini MUNGKIN akan hapuskan suspek agar trail mereka dapat di kaburi.

Allahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Sedih melihat umat umat melayu making mengilai dunia dari akhirat sehingga sanggup membunuh untuk duit hanya 1.2 juta yang tak sebanyak mana sehingga tidak cukuo untuk membayar harga tunai kereta Audi R8.

Memang bahalol anak anak melayu masakini yang menolak Quran dan Sunnah apabila berTuhankan nafsu duniawi. Giler rassuah melayu, campak bayi melayu, rogol melayu, bahalol melayu, giler bini pun melayu, parti politik benggap pun melayu, dan paling buruk pemimpin pun melayu.

Adakah bangsa melayu di ciptakan untuk jadi contoh kepada bangsa lain agar tidak jadi sebodoh bodoh bangsa melayu?

Untuk renungan bersama....

Charlie Rove berkata...

alhamdullillah ..khabar dari staff Syarikat Pengawal Keselamatan terbabit..orang yang tembak kawannya tu telah dapat ditangkap ptg 25.09.2012 ..suspek yang berada di sempadan siam..telah dihubungi rakan sekongkol untuk patah balik ke malaysia dan suspek menuruti balik Ke Malaysia dan ditangkap di Kangar Perlis.