Task Force: Umno diam kukuhkan hujah
KUALA LUMPUR, 13 April: Sikap mendiamkan diri Umno terhadap dakwaan wujudnya 'task force' bagi memberi taraf kerakyatan kepada warga asing memperkukuhkan lagi hujah dan alasan yang diberikan sebelum ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan konspirasi itu minggu lalu percaya Umno mengambil langkah tidak melayan dakwaannya itu dibimbangi 'memakan diri mereka sendiri'.
"Saya percaya jika kerajaan Umno BN layan dakwaan saya, ia akan menjadi malapetaka besar kepada Umno BN dan akan menjadi 'api membakar diri mereka sendiri'," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, sikap membisu kerajaan itu sekali gus mewajarkan Yang DiPertuan Agong perlu membentuk Suruhanjaya Diraja dengan segera bagi meneliti dakwaannya itu.
"Sikap diam diri ini juga memperkukuhkan cadangan yang telah dibuat oleh PSC dalam laporan awal di mana mencadangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kes yang sama di peringkat negeri Sabah.
"Sekarang ini bukan lagi menjadi isu yang terpencil di Sabah tetapi isu nasional," katanya.
Pendedahan wujudnya 'task force' oleh Ahli Parlimen Pokok Sena itu seharusnya dipandang serius oleh kerajaan.
Namun, selepas seminggu ianya didedahkan, sehingga kini kerajaan belum memberi sebarang respons terhadap dakwaan Mahfuz itu.
Mahfuz juga, bersedia mendedahkan butiran terperinci dakwaannya itu kepada Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk nanti.
Bagaimanapun sehari selepas Mahfuz membuat pendedahan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' dan menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.
Begitu juga, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar. -HD
Ulasan GB
GB pernah ulas,
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Sudah dijangka, Timbalan Pengerusi SPR menafikan. Begitu juga dengan nama-nama lain yang disebutkan oleh mahfuz. Malah pagi ini GB kata, Najib pun akan menafikan.
Tetapi mengikut hukum kebenaran dan keadilan, penafian seseorang tidak semestinya tertegaknya sebuah kebenaran.
Sama seperti kes Teoh Beng Hock dahulu. SPRM yang terlibat secara terus di dalam kes berkenaan menafikan anggotanya bertindak kasar sehingga menyebabkan Teoh terbunuh. Malah sejak hari kejadian, belum sebarang siasatan dimulakan, direka cerita Teoh terjun bunuh diri dari bangunan! Sehinggalah Suruhanjaya Diraja dibentuk akhirnya pekung SPRM sendiri terdedah satu demi satu.
Dalam kes lembu NFC pula. Suami Sharizat panggil sidang media menafikan. Pada peringkat awalnya, semua pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri menafikan. NFC pula mengugut membawa pihak yang mendedahkan kes itu disaman di mahkamah. Namun apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Shahrizat letak jawatan dan suaminya diheret ke muka pengadilan.
Kini di dalam kes Unit Tindakan Khas pemberian IC kepada warga asing. Wan Ahmad menafikannya. Sama macam Sahahrizat, apabila pekung kes lembu terdedah, dihelahkan dengan berkata Pakatan hendak menyerang Wanita UMNO. Di dalam kes pemberian IC ini, Wan Ahmad berhelah dengan menyatakan ia hendak merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan.
Kita yakin jika Wan Ahmad berani untuk membawa kes ini ke mahkamah, lagi banyak salahlaku dan penyelewengannya di dalam SPR bakal terdedah. Itu hukum kebenaran dan keadilan.
klik untuk baca
5 ulasan:
tunggu PR menang PRU13,kita ISA kan depa ni..
Jangan haraplah UMNO akan bersuara dengan isu ni.UMNO bukanlah parti yang berminat nak selamatkan bangsa,agama dan negara.Pemimpin-pemimpin UMNO dah senang dan kayaraya - tak mau ambil kisah apa yang akan berlaku pada negara ni masa depan.Yang penting bagi mereka,terus mengekalkan kuasa untuk terus merompak harta negara dan memperkayakan diri,keluarga dan kroni.Ahli-ahli UMNO dikampong tak tau dan tak sedar pemimpin mereka sudah melakukan pengkhianatan terhadap negara.
BILA PEMBEOT & PENGKHIANAT DIBERI KEPIMPINAN MEMERINTAH NEGARA ! LINGKOPLAH MALAYSIA ! UBAH & TUKAR SEBELUM PARAH KERANA MEMANG DAH PUN PARAH !
buat la report polis ke, sprm ke ingat polis malaysia ni bangsat sangat ker. sikit2 suruhanjaya diraja. pegi la luuuu orang.
Nak report polis, sprm dan sebagainya? Silap2 report terperap jadi pekasam. Begitulah biasanya berlaku bila terkena batang hidung umno. Dlm keadaan umno berkuasa diperingkat pusat, payah nak percaya laporan akan cepat diambil tindakan. Mungkin terperap jer.
Catat Ulasan