Mayat wanita terbakar dalam parit
KULIM – Dua lelaki yang mahu memikat burung terkejut besar apabila menemui mayat seorang wanita sedang terbakar di dalam parit sedalam dua meter di kawasan semak tepi Jalan Padang Meha berhampiran Taman Desa, Padang Serai di sini malam kelmarin.
Gambar: BEBERAPA orang anggota polis menjalankan siasatan di kawasan penemuan mayat seorang wanita yang dibakar dekat Kulim kelmarin.
Mayat wanita lingkungan usia 20-an tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang, tangan terikat serta badan berbalut kain oleh dua orang awam itu pada kira-kira pukul 10 malam.
Polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian bertindak memadamkan api pada mayat yang telah rentung.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada dua orang awam yang bertindak menghubungi Balai Polis Sungai Karangan.
“Kejadian itu masih baru memandangkan ketika anggota kami tiba, api masih lagi membakar mayat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dihumban ke dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit itu untuk dibakar bagi menghapuskan bukti.
“Setakat ini kami belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain keadaan mayat juga sudah rentung,” ujarnya.
Katanya, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. -kosmo

Wanita rentung dalam lubang
KULIM - Seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dibakar di dalam lubang, kira-kira 30 meter dari tepi jalan utama menuju Bukit Putih dekat sini, jam 10.15 malam kelmarin.
Mayat mangsa dipercayai berusia 20-an dibakar dalam lubang sedalam hampir satu meter dengan tangannya diikat.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam yang menemui mangsa dalam keadaan terbakar.
Menurutnya, daripada pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis tidak menemui sebarang pengenalan diri.
“Selepas menerima maklumat dari orang awam, polis datang ke tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa masih lagi terbakar. Mayat yang ditemui ini didapati terbakar 100 peratus.
“Sehingga kini polis tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa dan meminta sesiapa yang mempunyai sebarang kenyataan tentang mangsa dan kejadian ini dapat berhubung terus dengan polis.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang berada di tempat kejadian berkata, polis akan menyiasat kes ini dan menahan suspek dengan segera.
Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Kulim. -SH
5 ulasan:
Rompak,bunuh, samun, curi, culik -Hishamuddin kata, Malaysia adalah Negara yang paling selamat.
Die tipu kite....so ape langkah kite seterusnya dlm pru13.....kita fikirlah sendiri....
malaysia negar yg paling selamat diasia.
apa perancangan PR agar Malaysia lebih selamat?
-pemuda kulim-
perancangan PR nak laksanakn hudud tp puak2 penentang (BN) yang nak hancurkannya.. mcm org kristian yg nak guna kalimah Allah, begitu juga umngok.. nak gune je kalimah Allah terutama dlm sumpah laknat tp xnak bersama pertahankannya menerusi undang2 islam ini.. lepas ni aku akn cite pd anak cucu aku, jgn skali2 masuk umno sbb boleh jd kafir laknatullah.. kalimah Allah nak tp undang2 yg diamnahkanNya tolak.. bodoh bangang umno ni..
Catat Ulasan