6 Feb 2012

Bila Dah Bodoh Macam Lembu NFC Jugak...

Wanita Umno akan beri Rafizi baju kurung merah putih, kata Shahrizat

KUALA LUMPUR, 5 Feb—Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada “penghendap” dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu.

Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.

“Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada penghendap saya,” katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini.

“Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat.”

Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan “bercelaru” oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.

Pengarah strategik PKR, Rafizi mendakwa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.

Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Shahrizat kemudian mengambil cuti selama tiga minggu untuk membenarkan siasatan dijalankan. -TMI

Shahrizat: 'Paparazi Si Jambu intip saya'

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh ‘paparazi Si Jambu’ yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.

Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.

Malah menurut Shahrizat, ‘paparazi Si Jambu’ akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.

"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, ‘ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu’ kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.

"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.

Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan. -SH


Ulasan GB

Takda orang yang nak intip dan nak intai kamu, tapi kamu tak ingatkan kamu sendiri yang sinsing lengan dan nak selak kain - bagi semua orang tengok?

Anda nak hadiahkan pakaian wanita UMNO merah-putih untuk seorang pemimpin Keadilan? Memang amat rendah mentaliti kamu.

Anda tahu apa ertinya? Bererti Wanita UMNO sudah bersedia untuk "dimuziumkan". Pakaian itu sudah tidak ada harga lagi kerana anda sendiri sudah bersedia "menghadiahkan"nya kepada orang lain! Anda sendiri sudah tidak berpakaian merah-putih lagi, hanya biru BN bermakna Wanita UMNO hanya menumpang di bumbung BN, hakikatnya pergerakan Wanita UMNO sudah "mati".

Tak nak letak jawatan secara terhormat, anda akan dipaksa letak jawatan secara dasyat oleh rakyat.

Kamu rasa kamu kuat, tapi kita peringatkan yang rakyat lebih kuat. Penyelewengan berjuta tidak boleh ditutup dengan kenyataan bersifat retorika dengan mengheret pergerakan Wanita yang anda jadi ketuanya sekali didalam isu skandal NFC.

Belajarlah dari kes Khir Toyo, keluarga anda tidak mungkin akan dilepaskan sekjalipun PM dan sekalian pemimpin UMNO cuba pertahankan kedudukan anda. Yang cuba pertahankan anda itu juga nanti bakal tergolek sama. Itu hukum kebenaran.

16 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

"Yang cuba pertahankan anda itu juga nanti bakal tergolek sama. Itu hukum kebenaran".

Amin.,smuge Allah memperkenankan Doa hambanya yg.di inaya/terinaya..

Tanpa Nama berkata...

bagitau kat Pengarah strategik PKR, Rafizi, lawan tetap lawan, jgn takut dgn perang saiko (konon nak saiko lah tu sebab tak ada modal lain nak lawan balik) cara wanita amno yg memalukan diri sendiri tu, apakah dgn hantar baju wanita amno tu, org akan takut, org akan undur atau org sentot, sebaliknya ianya lebih mejatuhkan maruah sendiri, menunjukkan mentaliti terencat, rakyat bising hal nfc bukan kerana nak serang peribadi atau sengaja cari pasal tetapi sebab melibatkan salahguna wang rakyat, melibatkan KEPENTINGAN AWAM, WANG RAKYAT DISELEWENG OLEH KAMU DAN KELUARGA KAMU!!! mereka bising sebab mereka membela kepentingan rakyat, mereka adalah hero rakyat.

kalau di negara maju spt jepun korea, ada saja kontroversi melibatkan wang rakyat, belum apa2 lagi, mereka sendiri dah offer to resign, sebab sendiri rasa malu.

lawan, bagun semua pemimpin PR, sama2 bersatu dakwa sharizat dan keluarganya, biar dia tahu tanah tinggi rendah. dah buat salah tak nak mengaku, bukannya sikit2 duit dah disonglapnya, konon hal nfc hal peniagaan, memanglah hal peniagaan, tapi menega pakai modal cara menipu, boleh kah? ketua wanita dulu tu pun 2x5, jual AP untung atas angin sambil goyang kaki masuk juta2.

yes berkata...

Hai kak Ijat, bergaduh macam zaman 60han, sinsing baju ,selak kain dan yg terkini nak hantar baju pada Rafizi. Terima sahaja pemberian kak Ijat tu nanti kita boleh buat pamerean bahawa itu adalah pemberian menteri yg berhasrat nak selak kain.
Apa yg terjadi hari ini akan jadi sejarah di masa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

SEMPIT BETUL CARA PEMIKIRAN SHARIZAT...DAH JADI MACAM WATAK PEREMPUAN TAK BERPELAJARAN YANG SELALU KITA TENGOK KAT DRAMA TV3 & RTM.

neonazi berkata...

memang macam tu yang umno nak...
kalau boleh biar lebih bodoh daripada lembu....
senang nak control....

Tanpa Nama berkata...

Logik lah sikit.Buat apa nak intai nenek Ijat.Tak ada faedah langsung.
Busuk bau tahi lembu.

Jiwa Islam berkata...

Makin lama makin meroyan kak Jat ni...parok staro ni....

1 Malaysia berkata...

Pemimpin-pemimpin di negara kita, Malaysia terutama yang dok memerintah la, tiada maruah diri. Kalau dah biasa dengan benda haram, sudah tentu maruah diri dah hilang.
Cakap pandai iaitu ibubapa dia pandai mengasuh dia dan ini yang menjadikan dia tak melawan cakap orang-orang tua. Adakah ibubapa dia ajaR dia "mencuri" duit rakyat berjuta? AKU rasa tentu mak ayah dia ajar dia ni rasuah, curi, bohong, ... sebab tu la ni dia jadi macam ni. NASIB BAIK MAK AYAH MASIH AJAR DIA HORMATI ORANG-ORANG TUA. KALAU TIDAK, MAK AYAH DIA, DIA YANG TENDANG.

Tanpa Nama berkata...

takut dengan bayang-bayang sendiri tu

sapi berkata...

Hidup di dunia hanya sekali. Biar puas aku nikmati. Aku belasah kanan dan kiri. Walaupun pembalasan itu pasti. Aku bukannya mengerti. Malah aku pun tak pasti.....

Tanpa Nama berkata...

Dia ni TAMAK...HATI BUSUK & MUKA TEBAL macam daging NFL.....the end for b...end

Tanpa Nama berkata...

Pasal apa kat Rafizi je? Kat ketua Umno bahagian Cheras x nak bagi ke?

Tanpa Nama berkata...

alahai.....
ingat klu dah bagi baju merah putih kat rafizi tu, kes lembu tu dah kira selesai ker? rakyat nak tau kak zat ooii.. rakyat nak tau....

amboiii....
ingat klu dah bagi baju merah putih kat rafizi tur, rakyat beduyun2 nak sokong bn ker? kat jat oooii...klu pr menang, masuk penjara ler lembu2 turrr. tak caya? tungguuuuuuuuuu!!

eleehhhhh.....
setakat baju merah putih. kak jat nak tau apa rafizi nak buat bila terima baju turr?? tak payah nak cerita la kak ijat, kang pompuan2 baju merah putih naik angin pulak. kang kak ijat pulok yang termalu2.

cehhhh....
klu kak ijat berani, bagi la baju merah putih tur kat rafizi...

kak ijat weiii....
janganla marah kat kak fidah pulak. dia cuma bagi nasihat yang baik kat kak ijat. dia tu bagi nasihat beguna. org bagi nasihat tak kan tak boleh terima. kan kan kan kan

Tanpa Nama berkata...

Salah pihak yang memberi pinjaman tu pun perlu diambil kira. Jangan salahkan pihak yang terima pinjaman sahaja.

Cuba bayangkan kalau pinjaman itu diberi kepada orang ramai. Katalah satu keluarga diberi seekor lembu jantan dan seekor lembu betina. Bayangkanlah berapa ramai rakyat Malaysia yang dapat manfaatnya. Agaknya nilai dan jumlah lembu tu dah dua atau tiga kali ganda gamaknya.

Paling tidak pun, patutnya pinjaman tu patutnya diberi kepada petani/ penternak secara berkelompok. Katalah satu kampung diberi 20 ekor lembu. Ada juga faedah kepada pemuda-pemuda kampung. Dapat juga sumber pencarian daripada jualan susu dan daging.

Itu satu hal. satu hal lagi, kalau dah bagi pinjaman tak kan tak buat pemantauan sedangkan projek itu projek untuk kepentingan daging negara. Main bagi pinjam duit lepas tu tinggal senyap tu apahal? Ingat duit yang awak pinjamkan tu, duit mak bapak komer ker? Patutnya, kalau tak dapat pantau tiap-tiap minggu pun, pantau lah sebulan sekali. Tanya perkembangan itu ini. Kalau ada masalah boleh bantu.

Dah jadi macam ni, sapa nak tanggungjawab? Duit bang ooii! Kalau duit kita sendiri tak apalah jugak, ini duit rakyat. Duit yang rakyat tanggungjawabkan kepada kita untuk menguruskannya. Apa kita nak jawab besok kat akhirat?

Huh! meluat aku dengan cerita-cerita kroni dan orang-orang besar negara ni. Lembulah, bajulah, beg tanganlah, cincinlah, ap lah, permit teksilah, balaklah, kapal selamlah, sahamlah, udang kerpanlah, rasuahlah, taik kucinglah, itulah, inilah!!

Agaknya orang-orang kenamaan yang kita pilih melalui pilihanraya ni dah tak ada kerja lain nak buat ke? taik kuching betul

anak adam berkata...

teringat kata2 sorang ustaz tu...bahwa yg HAK ttp akan menang dan yg bathil ttp akan pergi..walau tanpa di kempenkan sekalipun.percayalah janji Allah mereka 2 ini akan lenyap dgn sendirinya...

Carlossani berkata...

Lembu punya susu..
Sapi dapat nama..
N*C buat isu..
Orgnya perlu kerjasama.

jd lah manusia sediada semasa nyawa diambil..dan jgn ALLAH tidak jd kn bukan seperti manusia lg sudah lah...nauzubillah!!!