6 Feb 2012

Majlis Maulidur Rasul Guna Tema Seks Diserbu JAIM

Melaka – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai.

Gambar: SEORANG penguat kuasa JAIM (kanan) menurunkan kain rentang penganjur sambutan Maulidur Rasul di Krubong Perdana, Melaka semalam.

Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama.

Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat

“Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam,” katanya di sini semalam. -kosmo

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




5 ulasan:

abu berkata...

kerana ada pihak tertentu mengunakan sex sebagai senjata...untuk kekal kan kuasa..
mungkin puak ini terikut juga untuk berbuat begitu.....
ini ijitihad saya je...jgan percaya sangat..

Rencana Rakyat berkata...

setuju

yes berkata...

Kesah SEX di popularkan oleh Tun Mahadir, begitu juga dg perkataan liwat dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

aku pun setuju.

che ila berkata...

Sapa nak bangkang ?