6 Feb 2012

Salehuddin Ayub Bakal MB Johor - Ulasan GB

Pakatan Johor ‘pikat’ Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan “perbincangan serius” dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya menawan kubu kuat Umno itu.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan meraih sokongan kuat pada pilihan raya umum akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun kekurangan calon menteri besar yang berpotensi.

The Malaysian Insider diberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan.

Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh disifatkan sebagai “perbincangan serius” dan kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang.

“Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini, perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau,” katanya.

“...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke Johor.”

Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti.

“Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN,” katanya.

Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian ke Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri itu terutamanya pengundi Melayu.

Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk meletakkan Salahuddin.

Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor.

“Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini,” katanya.

Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata bersedia “berhijrah” ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh parti.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu.

“Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin.

“Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan.

Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990. -TMI

Ulasan GB

Nampaknya apa yang GB utarakan pada blog ini lebih 2 tahun lalu (25 Disember 2009) di dalam artikel Pulanglah Perantau, bakal menjadi kenyataan. Pada ketika itu GB mengulas begini, petikan:

Merujuk kepada kedudukan Naib Presiden Sallehuddin Ayub, yang telah dua kali menjadi ahli parlimen PAS dengan memenangi kerusi di Kubang Kerian Kelantan, maka sudah sampai masa kini YB Salehuddin menggunakan pengalaman dan ilmu yang digarap sepajang menjadi wakil rakyat Kubang Kerian kembali ke Johor untuk memperkuatkan PAS Johor pula.

Tempoh dua penggal untuk YB Salehuddin diizinkan menjadi ahli parlimen bagi Kelantan sepatutnya dipandang sebagai jasa PAS Kelantan yang tak terhingga kepadanya.

Sudah banyak pengorbanan dilakukan oleh PAS Kelantan dengan memberi ruang kepada "orang luar" untuk bertanding mewakili mereka. Dan keistimewaan rakyat Kelantan, sekalipun mereka dikatakan pekat kenegerian, namun di dalam soal perjuangan, gi jahanamlah UMNO, kami tetap pilih PAS tak kira siapa yang memakai lambang bulan hatta orang luar sekalipun. Yang penting Islam diutamakan. Maka menanglah Salehuddin, menanglah Hatta, menanglah Nasaruddin walau ketiga-tiga itu datang dari negeri antah berantah sekalipun.

Saya berkeyakinan masa depan PAS di Johor akan terus cemerlang jika Salehuddin yang saya kenal pernah berjuang dari peringkat akar umbi, kemudian sebagai Ketua Pemuda, terpilih menjadi ahli parlimen, kini ditambahi dengan jawatan Naib Presiden, sepastinya mampu melebarkan pengaruh PAS di negeri kelahirannya.

Yang utama, perjuangan diteruskan dan ingatlah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.

Juteru itu, jom Salehuddin, tanggalkan kot dan talilehermu sebentar, kita harung kampung-kampung seperti dulu-dulu, meredah jawa-jawa yang ada diantaranya masih pekat birunya di Johor itu.


Namun samda beliau menjadi MB Johor jika PR menang di negeri tersebut, ia masih terlalu awal untuk diberikan ulasan. Jika ditanya GB, bolehkah Salehuddin menggalas tugas itu? GB akan menjawab "InsyaAllah, beliau adalah calon MB Johor terbaik yang PAS ada selain dari Dr. Mahfodz, iaitu PJ Johor sendiri".

Baru-baru ini Salehuddin berceramah di tempat GB, dan bekas Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustadz Salleh Yusof, yang turut sama menghadiri ceramahnya, selepas majlis berkenaan mengusiknya, memberikan pengakuan bahawa Salehuddin Ayub sudah banyak berubah, sudah jauh lebih matang dari Salehuddin yang dikenalnya dahulu.

Setakat ini, bagi GB, Salehuddin sebagai Naib Presiden PAS paling kanan, tidak salah pula untuk meletakkan beliau di kerusi parlimen lagi. Jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya, maka Salehuddin bersama beberapa pimpinan PAS yang lain seperti Husam Musa, Mahfudz Omar, Dr. Dzulkefly Ahmad, Mohd Nizar Jamaluddin, Dr. Siti Mariah, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr. Hatta Ramli, Dr. Mujahid, Ust Mohd Nasir Zakaria dan beberapa orang yang lain layak menjadi menteri-menteri di dalam kerajaan baru nanti.

Menimba pengalaman sebagai menteri di Pusat kemudian kembali ke Johor sebagai MB adalah diantara perjalanan yang pernah dilalui oleh beberapa orang seperti Ghani Othman sendiri.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




13 ulasan:

Jiwa Islam berkata...

InsyaAllah PR menang dan YB Salehuddin juga boleh menang di laman sendiri ( Johor )dan layak jadi MB Johor....

Tanpa Nama berkata...

pastikan dulu
johor dalam tangan pr.
barulah cakap pasal mb.
ini belum apa2, itu pula didulukan.
bukankah itu, takbur namanya.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah S.W.T. mengizinkan PR memerintah Malaysia. Kami rakyat Johor menanti dgn sabar.

Tanpa Nama berkata...

anon 10:55

apa plak takburnya?

ia adalah untuk mengobarkan semangat rakyat johor yang telah lama tertekan di bawah BN.

yang kata takbur cuma puak trengganu jer yg dah melepas...

Tanpa Nama berkata...

Anom 10:55
Faham tak maksud takbur tu????
Seharusnya ni sepatutnya di angap sebagai pembakar semangat.....Ada perancangan....

anak Johor di Perantauan berkata...

semoga keajaiban akan terjadi di Johor dgn pertolongan Allah..ianya tidak mustahil kerna maklumat kini di hujung jari.cuma generasi2 lama mmg susah sikit sb sudah serasi dgn gula2 umngok ..

anak Johor di Perantauan berkata...

semoga keajaiban akan terjadi di Johor dgn pertolongan Allah..ianya tidak mustahil kerna maklumat kini di hujung jari.cuma generasi2 lama mmg susah sikit sb sudah serasi dgn gula2 umngok ..

ABU berkata...

Pandailah nak orang takabbur. Bukan takabur, itulah gerakan menggempur namanya. kita mewar warkan Salahuddin sebagai calun Menteri Besar supaya rakyat Johor boleh mantapkan sokongan.

Umno terkesan dengan kempen itu, buktinya ialah, umno sudah pun ketar lutut dan mula memberi reaksi terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat.

Kalau tak takut, buat apa umno nak kalut. Ikut suka PASlah nak letak siapa pun bertanding dan nak angkat siapa pun jadi MB.

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:55,

Ini strategi politik, ini menunjukkan bahawa PR dah ada strategi jika menang. Kita tak nak jadi macam kat Perak. Johor ni kubu kuat BN. Bak kata orang kalau toreh kulit darah warna biru.

Aku dibesarkan di Pontian, Johor. Aku yakin ramai orang Johor yang ingin berubah, sampaikan cina kedai basikal pun dah pandai sembang pasal politik. Apa perlu sekarang ni ialah PAS perlu menerajui perubahan, kerana kalau dulu orang malu - malu nak beli harakah, tapi sekarang aku tengok banyak kedai suratkhabar india dan stesen minyak cina jual harakah dan suara keadilan.

neonazi berkata...

JOHOR tempat lahir dan tertubuhnya UMNO...
dan jugak tempat lahir aku....
tapi tidak mustahil UMNO tersungkur.

matABU berkata...

Anon 8.28pm,
Strategi politik mesti diikuti dengan perancangan dan gerak-kerja.Kalau strategi guna air liur aje buang masa aje.Setakad ini belum nampak lagi PAS Johor laksanakan gerak-kerja pilihanraya walau pun ahli-ahli PAS peringkat akar umbi menunggu arahan-arahan dari peringkat atasan(negeri).PKR sudah mula buat kerja,tapi PAS masih tidur lagi.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

aku anak johor..mak ayah orang susah.tapi tetap setia dengan kerajaan jahanam sekarang ni.masih teringat lagi masa zaman kecik2 bile time pegumuman Pilihan raya.kami satu keluarga sorak kalo umnongok tu menang.bile dan merantau,keluar menyambung pelajaran.baru ku nmpk dn tahu apa itu umnongok.mudahan2an umnongok tersungkur di bumi johor.

amin....ya allah makbulkanlah doa ku ini...

Tanpa Nama berkata...

Aliran zaman dh brubah.aku dh jelak dgn pemerintahan sekRang..harap2 PRU 13 dpt membebas johor drpd umgok...