9 Jan 2012

Turunkan Gambar Najib: Adam Adli Digantung Pengajian 3 Semester

Adam Adli digantung 3 semester, dibicarakan tanpa peguam

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Adam Adli berkata beliau mula dibicarakan pada pukul 3.30 petang tadi.

“Ketika dibicarakan saya seorang diri berdepan dengan lapan orang panel...saya seorang diri tanpa pembelaan peguam.

“Saya tidak dibenarkan membawa peguam kerana ia adalah peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), satu pembelaan yang saya tidak layak dapat,” katanya.

Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak kain rentang yang gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya bendera kebebasan mahasiswa.

Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini berkata akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik sehingga AUKU dimansuhkan.

“Saya akan pastikan tiada penindasan lagi,” katanya menambah akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan itu yang disifatkan berat sebelah. -TMI


Adam Adli digantung 3 semester

TANJUNG MALIM, 9 Jan: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapati bersalah kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, keputusan menggantung Adam diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI hari ini.

"UPSI ada tiga pilihan, memberikan amaran, menggantung pengajian atau memecat Adam dari UPSI...nampaknya UPSI memilih hukuman pertengahan iaitu menggantung beliau tiga semester," kata sumber kepada Harakahdaily.

Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.

Sebelum ini, tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.

Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada beberapa blogger Pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.

Adam Adli, Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester pengajian.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.

Adam Adli merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester lagi sebelum menamatkan pengajian.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi. -HD




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak pe tunggu jer...kan PRU13 dah dekat...UBAH PEMERINTAH dapat masok balik belajar...adli jgn risau sbb akan dikenang jasa mu hingga akhir hayat semangat perjuangan mu adli...allahswt bersama org yg menegakkan kebenaran............takbir3x

Tanpa Nama berkata...

Patut le hari ini sekitar UPSI tg malim penuh dengan polis menbuat sekatan jalan raya dan Pasukan FRU bertrak 2 yg datang ...seolah -olah kita sedang menbicarakan seorang PENGANAS di dalam UPSI...Lawan tetap lawan...segala urusan hari ini terganggu kerana tindakan pihak polis menbuat sekatan di merata tempat...

Tanpa Nama berkata...

ala,ok lh tu 3sem..boleh lah kau fokus b'demo-demonstrasi' tu..ntah ape ko pjuangkn xtau lah..jgn jd cm Ibrahim Ali..HIDUP Dato' Seri Anwar Ibrahim..!

Tanpa Nama berkata...

Siswa n Siswi UPSI mesti lah berani.Taukah kalian bahawa sekarang ini ramai graduan UPSI masih tidak mendapat kerja lagi.Padahal Graduan UPSI semestinya akan terus menjadi warga pendidik kerana sudah tau tujuan memasuki UPSI untuk apa.Tetapi nampak seperti di anaktirikan.Mereka lebih mengutamakan dari KPLI untuk mengisi kekosongan menjadi guru.Jangan jadi PENAKUT wahai Warga UPSI.

Tanpa Nama berkata...

tak apa adam adli.
daripada jadi guru
yang tak tentu kedudukannya.
lebih baik jadi pejuang
bantu anwar & pr menumpaskan
kerajaan bn/umno yang zalim.
allahuakbar.

Tanpa Nama berkata...

Pihak UPSI kena ingat bahawa lepasan di sana belum tentu dapat jadi guru. Belum ada jaminan. Kalau ada pinjaman PTPTN pula, belum ada kerja lagi dah kena bayar.

Tanpa Nama berkata...

Memang AUKU zalim kerana tidak memberi hak membela diri dalam 'perbicaraan' tersebut. Perbicaraan begini bolehlah di ibarat seperti beramai-ramai pukul seorang yang tangannya diikat.

Profesor-profesor kangkung dan kongkang yang bertindak sebagai hakim pun menerima AUKU yang zalim sebagai rujukan mereka untuk bertindak terhadap pelajar.

Perbicaraan tanpa peguam adalah tidak adil sebagaimana ajaran Islam. Sekurang-kurang memberi ruang dan peluang untuk bersama ber'bincang' tentang kebebasan untuk menyatakan pendapat, pandangan dan beroganisasi sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Kalau isu-isu lain kita rujuk kepada perlembagaan, kenapa dalam kes Adli kita 'tutup' perlembagaan.

Kita hairan cerdik pandai di UPSI menutup sebelah mata dalam hal ini. Mereka ini akan dimaki hamun dan disumpah sepanjang masa oleh rakyat Malaysia terutamanya pelajar kerana tidak mahu dijadikan 'lembu'.

Ingat bila anda mempraktikkan AUKU yang zalim bermakna anda juga termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Bagaimana pula jika keluarga dan sanak saudara anda dizalimi?

Tanpa Nama berkata...

Takpe terjd lagi BERSIH3..jaga lah siPOLIS2 ni..aku xbg chan dah..kali ni aku sapu perabih...siap kau polis,
jangan ingat aku takut....k adli dok relax2 dulu...tunggu lahhhhhh.....

Tanpa Nama berkata...

kalau turunkan gambar najib dan naikkan gambar altantuya mau kena penjara lagi lama

jelutung a.k berkata...

kat mahkamah maktab perguruan tu peguam tak boleh masuk. tunggu di mahkamah luar nanti, berebut-rebut peguam nak bantu, free je.

Tanpa Nama berkata...

Pelik korang ni, kat inst pengajian mana ada mahkamah, cuma ada adalah j/kuasa tatatertib..... apa pasal pula nak bawa lawyer masuk 'perbicaraan'? Hati-hati brother, kalau nak 'bangkang' pun biarlah rasional, kalau kita terus berperangai macam 'samseng' gara-gara meniru rentak pihak lawan maka akhirnya nanti kita sendiri yg akan kecewa....rakyat akan berfikir apa bezanya puak itu dgn puak ini, sama saja, cuma kumpulan berbeza yg rakus berebut kuasa.

Tanpa Nama berkata...

anon 7:32 tulis "...cuma kumpulan berbeza yg rakus berebut kuasa."

rakus kuasa untuk tegakkan negara yg adil dan berkebajikan untuk rakyat tidak mengapa, daripada rakus berebut kuasa kerana nak sapu wang rakyat seperti kes lembu dan sapu wang zakat.

ahli umno selama-lamanya bodoh seperti lembu.