9 Jan 2012

Nasharuddin Terperangkap Lagi Dengan Media Pro-UMNO

Pertikai Anwar PM, Nasharudin Patut Dipecat Juga

PENULIS tidak mahu bincang banyak soal pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali kerana tindakan pemecatan itu sepatutnya sudah dibuat lama dahulu, bukan selepas satu demi satu ‘kemungkaran’ yang dilakukannya sehingga membebankan PAS dan Pakatan Rakyat.

Tapi bak kata pepatah lama, “Better Late Than Never”.

Masalahnya, terbaru ini penulis dimaklumkan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula sebentar tadi muncul di TV3 mempertikaikan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Tidak setakat itu Nasharudin juga mempersoalkan usaha mengadakan himpunan rakyat untuk membebaskan Anwar esok (Gerakan 901). Alasan Nasharudin ialah meletakkan kewibawaan dan kedaulatan mahkamah di tempat yang sewajarnya
.

Jika semua perasan, ulasan Nasharudin ini senada dengan Hasan Ali beberapa hari yang lepas cuma yang berbeza, Hasan Ali menjadikan soal moral Anwar dan jadual peperiksaan yang sedang berlangsung di hampir kesemua Universiti tempatan sebagai alasan utama

Begitu juga dengan medium yang dipilih untuk menyatakan pendirian, TV3 (tidak perlu diulas panjang).

Kebetulan, Nasharudin adalah antara 2 pemimpin PAS selain Hasan Ali (kini bekas pemimpin) yang sama terlibat dengan ‘pemberontakan’ yang berlaku dalam PAS tempoh hari, gara-gara tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya akan datang.

Soalnya, baru sahaja Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan PAS akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Tidak berapa lama sebelum itu, DAP juga menyatakan pendirian yang sama.

Kenapa Nasharudin pula memilih pendirian berbeza, melainkan dia juga mahu mengikut jejak Hasan Ali?


Penulis boleh menerima kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang mempertikaikan soal perlantikan Perdana Menteri interim bagi menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sementara menunggu beliau dibebaskan dari penjara.

Tapi tidak sama dengan kenyataan Nasharudin kerana persetujuan untuk memilih Anwar sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat itu bukan perkara baru malah sudah lama diperkatakan, terutama sejak pembentukan Pakatan Rakyat pada April 2008.

Penulis harap, PAS tidak lagi mengulangi kesilapan sama mengendalikan masalah Hasan Ali dalam hal berkaitan Nasharudin Mat Isa ini juga.

Kelihatan pada mata penulis, media-media pro UMNO sedang mula mendekati Nasharudin setelah Hasan Ali ‘hilang nilai’ apabila dipecat dari PAS. -suarapakatanrakyat


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




17 ulasan:

AsalBukanUMNO berkata...

Subhanallah!, aku ingat hanya aku seorang sahaja yang menonton berita TV3, aku berdoa supaya ahli dan para penyokong PAS tidak menonton atau tertidur, khususnya semasa berita mengenai kenyataan sahabat lama aku, ust Nasaruddin Mat Isa.
Tiada dalam benak aku, bahawa ada lagi pimpinan PAS yang akan terbuang selepas Hasan Ali.
Namun setelah aku mengkaji secara mendalam, jelas sekali PAS akan menghadapi ujian besar sebelum PRU13, dimana terdapat kecederungan beberapa orang dari pimpinan parti yang berminat jika mereka diambil tindakan oleh parti.
Dengan izin Allah, maka terdedahlah bahawa Hasan Ali tidak keseorangan dalam tindakannya, bahkan terdapat segelintir pimpinan parti yang selama ini menyokong dan berada dibelakang Hasan Ali.
Dengan ketegasan Tim. Ketua Pemuda PAS dengan isu "jangan hina kekanda saya". Kemudian Ketua dewan ulamak PAS dan ketua Pemuda PAS yang memberi amaran kepada Azmin Ali supaya tidak mencampuri urusan "rumahtangga" PAS.
Maka PAS tidak akan berjaya mententeramkan ahli dan penyokongnya sehingga PRU13 nanti.
Inilah jalan terakhir yang telah berjaya dirancang UMNO untuk merosakkan dan membantut kemaraan PR ke putra jaya. Namun kenapa PAS yang berjaya dibolosi UMNO?.

Awanama berkata...

UMNO sayang NASHA, kalau PAS pecat NASHA pun tidak menjadi kudis, NASHA akan dapat keuntungan yang besar wang berjuta dari puak UMNO kerana UMNO telah nekat untuk melagakan bekas pemimpin PAS yang menyokong UMNO kepada musuh mereka (PAS)yang menentang UMNO.
hanya pemimpin PAS yang dapat menilai NASHA.

Jangan anggap pengundi atas pagar bodoh dan diperbodohkan oleh UMNO, UMNO hanya BANTU ahli UMNO sahaja, RAKYAT yang bukan ahli UMNO atau pengundi atas pagar sentiasa ditindas dan di pijak oleh PARTI UMNOBN.


dari :PENGUNDI ATAS PAGAR

Awanama berkata...

btl tuan...aku dh ckup meluat ngn kata2 pemimpin pas 2 org nie dlm media2 musuh...yg aku pelik jgk kbanyakan org yg spendapat ngn hasang ali nie pemimpin2 org yg ada asas didikan agama...klu yg bwh2 ahli pas dari golongan ust...hari tue pn tkeluar dari mulut seorg ust pas yg sering ajar kuliah2 di msjid2 disini..ust tue jgk ada darah adik bradik ngn ajk pas pusat yg dlunya ketua penerangan pas pusat,ust nie dlu pn pnh kecoh pasal mendoakn lim guan eng di p.png...dlm program pas prk liqa' ilmi tue ust tue leh bg kenyataan yg spendapat ngn hasan ali..ust tue bt kenyataan jgk klu pd pru 13 pkr btanding d tmpt pas n pkr rebutkn skrg nie...ust tue kata dia xkn undi pkr dtmpt tue nnti..pelikkn?dia bkn spendapat dgn hasan ali spaya ahli pas x perlu turun 901 nie..dia kata tue cuma masaalah pribadi...adakah dia sbgai ust xtau tggjwb membela manusia yg dzalimi??adakah dia bsetuju bhw anwar melakukn pbuatan oleh pihk musuh??ape asasnye dia kata rakyat x perlu menunjukkn bantahan kpd org yg dzalimi oleh undg2 ciptaan manusia kmudian disalah gunakn utk menzalimi manusia??adakah mereka2 membantu sgala kezaliman ini!!klu seorg pemimpin bsar negara dilayan sbgini...adakah anda yg mrk akn melayan rakyat bwahan dgn baik??nasib masa program tue ada ust tuan ibrahim tuan man..dia perli baek pnye..xtaula nk ckp sesetengah2 pemimpin pas nie..nsib baik ust hadi x trikut dgn rentak2 mrk nie sbb disekelingnya skrg ada pemimpin2 yg bijak..tahniah ust hadi!!cuba klu dlu ust nasa yg msih jd tim..lg terukla pas..

Awanama berkata...

Si Nasha ni sama saja dgn DHA... sama2 bodo....

Amri Mat Saaid berkata...

he he humban kan je Nasha n the gang

Awanama berkata...

Isu siapa jadi PM jika pakatan rakyat menang ini agenda Umporno.
Meskipun pemimpin pakatan rakyat dah buat keputusan Anwar yang akan jadi PM kalau menguasai Putrajaya.
Umporno cuba mengambil kesempatan dengan keputusan Mahkamah terhadap apa yang akan diumumkan esok.
Anwar mungkin akan didapati bersalah atau dibebaskan dengan kenyataan hakim,bahawa ini perlakuan luar tabie Anwar dan Saifol atas dasar suka sama suka dengan gambaran Anwar Pemimpin yang tidak bermoral. Tidak apa yang terjejas kepada Sayfool yang setaraf pelacur jalanan yang mendapat upah.

Kedua2 keputusan ini akan dijadikan isu oleh Umporno untuk memerangkap mana2 pemimpin PR yang gila buat press statemen pendapat yang bertentangan diantara satu sama lain dan akan dimanipulasikan dengan tujuan untuk menimbulkan ketegangan para penyokong parti dalam PR.
Adakah Nasharudin ini telah terperangkap? atau sengaja dijadikan pemain sepakmula untuk semua pemimpin dan penyokong parti dalam PR berebut bola dan tersasul menendang bola kedalam gol sendiri...

Awanama berkata...

Bukan terperangkap. Saja meminta ditendang juga setelah HA ditendang. Regu yang cukup mantap jika kedua-dua mereka berada di luar pagar PAS. Regu yang boleh umno jadikan balaci untuk 'pukul' PAS. Namun sekadar berdegar-degar di luar pagar PAS, tidak menjejaskan PAS.

Sedih memang sedih mengenangkan bagaimana allahyarham ust. Fadzil membawa ust. Nasha ni menyertai PAS dan mendapat kepercayaan yang baik dilantik sebagai SUA. Kemudiannya mendapat tempat sebagai calon PAS dan jadi MP. Itulah dugaan untuk ust. Nasha. Antara perjuangan dan harta.

Kepada ust. Nasha putarlah kembali kata-kata tuan dalam ceramah2 lalu tentang seruan perjuangan tuan yang tulus dan ikhlas kerana Allah. Sekarang tuan sedang meludah kembali hasrat dan ajakan perjuangan tuan untuk menegakkan Islam. Aduhai...Allah maha mengetahui. Moga tuan dalam perlindungan Allah.

Awanama berkata...

Dengan terpecatnya Hassan Ali dan dengan aksi baru Nasaruddin Mat Isa serta pengakuan Nik Abduh yang Nasha tu "kekanda dia" - sekarang ternyata apa yang selama ini diperkatakan bahawa memang ada "teman sebantal UMNO" dalam PAS.Menjelang PRU akan datang,mereka mula membuat onar agar kerja-kerja persediaan PRU tergendala dan mereka berharap ahli-ahli hilang fokus untuk gerak-kerja PRU.Semua ini rancangan UMNO menggunakan "komrad" dari dalam PAS.Sudah nampak "seruan wala" yang mereka laungkan dan sudah terdedah sikap "flip-flop" pemimpin tertinggi.

1 Malaysia berkata...

AKU SOKONG DSAI MENJADI PM MALAYSIA SEBAB BELIAU TELAHPUN DICOP SEBAGAI PEMIMPIN YANG PALING JAHAT BUKAN SAJA DI MALAYSIA TETAPI DI SELURUH DUNIA. INILAH PANDANGAN PUAK BN/UMNO/MCA/GERAKAN/.../UG.
ALANG-ALANG PELUK PEKASAM, .....
ALLAH SWT SENTIASA MELINDUNGI MAKHLUKNYA YANG YANG DIANIAYA DAN DITINDAS.
BAGI ANAK ALI, SELAMAT BERJUANG DI KALANGAN MUNAFIKUN.

lia sari berkata...

MA****K H***N, orang nak bertekak nak berbalas, berbalah la dalam mesyuarat, hentam habis2. Bila dah mesyuarat buat keputusan, tak setuju pun kena setuju, kena sokong, bagitau marhaen kata sokong. Itu adat berpersatuan. Ni dak, kira dia saja yang betoi. Dia ni masuk la pertubuhan mana pun dok macam tu lajugak....hampeh !

Awanama berkata...

Mamat ni pun nak ikut Hassan Ali juga. Barangkali dia juga nak jadi MB Selangor atau sekurang-kurangnya Timbalan.

Awanama berkata...

bodoh @ sewel @ jahat nsharudin ni???, dlm org dok panas isu hasan ali, dlm ahli2 pas dok 'fuh legaaaaa, hassan ali kena pecat' dia pulak main wayang, tak reti2 bahasa ke ada agenda tersembunyi.

tak takut dgn teguran TGNA, nak kena pecat serta-merta jugak ke baru aman? kena pecat baru padan dgn muka dia, tak habis2 buat masalah.

org dok kisah anwar nak masuk dlm, persediaan PRU13, daftar pengundi yg kotor dan banyak lagi benda penting, dia boleh buat kenyataan yg bodoh macam tu...

anwar dah disepakati lama dah akan jadi PM jika PR menang, so apa hal engkau nak persoal, kalau x puas hati, tak bolehkah guna saluran dalaman, kena masuk tv3 jugak ke? atau engkau ni gila glamour lambat dpt microphone tv3suku atau utusan meloya aja nak jwp yg pelik2, tak fikir impak buruk pada parti, takkan bodoh sgt dah dlm politik lama dah. belah ajalah drp pas kalau dah banyak songeh sgt.

yes berkata...

Saudara sekelian , tak perlu marah marah, InshaAllah Pas akan buang Nasha ni.

jelutung a.k berkata...

biasanya kalu seorang pejuang, fizikal kena sasa, gagah,tinggi, dada bidang, berjalan ada gaya garang,bercakap ada gaya pejuang,susun ayat teratur, tegas berwibawa,tidak bongkok,tidak pendek, tidak gemuk, tidak menyengeh sokmo, tidak celupar, tidak bacul, tidak bermuka2, ehh macam2 lagi keterampilan yang baik2. renung-renung kan lah.

ammyhassan berkata...

Apala nak dikesalkan dgn org2 mcm ni... sedangkan jiran sebelah rumah almarhum ustaz hassan shukri pun buat hal... inikan pula org jauh walaupun rajin jugak dia tunjuk muka kat tmn melewar tu!

Awanama berkata...

Yang seronok dengan UMNO ni jenis hidup mewah. Tak tahu nak rasa kesusahan rakyat. Tu le jadi tak cukup makan sokmo. Pantang ada umpan terus nak makan.

Awanama berkata...

Salam GB dan semua,

Di TV3 kejap tadi Hassan Ali kata dia berjuang untuk Islam, Melayu dan lainnya. Dan kepada orang bukan Melayu dia kata jangan takut kepada Hassan Ali. Bukan main berkobar-kobar kemarahannya. Sempat juga dia sekel DSAI dan cuba laga dan angkat President PAS dalam soal siapa yang patut jadi PM. Ada juga ditunjukkan orang popular PAS memuji kejaguhan Hassan Ali. Semua guna landasan Islam untuk buktikan diri seorang wira. Kalau dulu ada Hadari, kali ini tak tahu apa pulak. Islam Motivasi agaknya !. HA ..HA! sijilmu tebal bergulong, pangkat mu tinggi membukit, tapi ... macam budak-budak berebut gasing lakunya.