9 Jan 2012

Sumpah Saiful Pun Berjalan, Hanya 50 Turun Sokongnya

Hanya sekitar 50 orang penyokong Saiful Bukhari Azlan – pengadu dalam kes Liwat II – hadir dalam perhimpunan di kawasan Masjid Wilayah Persekutuan ketika mahkamah menyampaikan keputusan perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun sudah cukup untuk mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka mula berarak ke kawasan mahkamah.

Setiausaha agung Permas, Zulkifly Shariff yang mengetuai perhimpunan hari ini, sebelum dilaporkan bahawa pertubuhan itu akan menggerakkan sehingga 5,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu.

Ratusan para penyokong Anwar kemudiannya mula mendekati kumpulan tersebut apabila pasukan berbaju kuning dengan slogan "anti sex bebas 901" itu mula keluar daripada kawasan masjid tersebut dan menuju ke mahkamah.

Perang mulut kemudiannya tercetus apabila kumpulan penyokong Anwar mula membantah tindakan kumpulan penyokong Saiful yang membawa kain rentang antaranya dengan slogan "tolak Anwar", "pertahankan sistem dan institusi kehakiman" serta "liwat tetap liwat."

Polis antara lain menetapkan syarat supaya peserta perhimpunan hari ini tidak membawa apa-apa kain rentang.

Tolak menolak dan pergelutan kecil kemudiannya berlaku di antara beberapa orang kumpulan penyokong berkenaan apabila beberapa orang penyokong Anwar berusaha untuk merampas kain rentang berkenaan.

Keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan beberapa orang terjatuh.

Pergelutan di kawasan jalan berhampiran pusat penjaja medan selera itu berlaku sejurus sebelum mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebasakan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar ketika yang berang itu turut menghalau penyokong anti-Anwar itu supaya "balik."

Kumpulan pro-Saiful kemudiannya terpaksa berundur dan memasuki kawasan masjid semula apabila terus diasak oleh kumpulan pro Anwar.

Sekumpulan anggota polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid dan menghalang kumpulan pro Anwar yang melaungkan slogan reformasi, bertakbir dan berselawat. -mk

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita lihat mana si Sayfool nak sembunyikan diri selepas ini . Bila Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan, kita akan desak agar si Sayfool ini dibicarakan di Mahkamah Syariah. Kalau dia bijak, dia kena cepat tinggalkan negara. Pergilah lanjutkan pelajaran di luar negara. Biasiswa kan mudah dapat walaupun tak berapa pandai.

anti zulnoording berkata...

Syukur Alhamdulillah DSAI bebas...tp aku risau mcm kes kerajaan negeri PR Perak berulang bilamana sayfool ni bawa ke mahkamah rayuan....tak pasti ending nya... harap DSAI terus bebas dan dpt tuju ke Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Jika SayFool pergi belajar luar negara....nanti plak dgr citer berkahwin plak dgn Jantan Mat Saleh....rugi plak si sponsor bagi biasiswa kt Say Fool sebab tak dpt nk gunakan utk jatuhkan Anwar.

Ammyhassan berkata...

Saya sgt simpati dgn Sayfool kerana kesempitan hidup dia sanggup terima habuan RM juta2 dgn menuduh DSAI meliwatnya... Empat saksi sahaja yg tahu kes ini selain Allah swt: 1. Anwar 2. Sayfool 3. Malaikat 4. Iblis lahabau... Iblis lahabau pun terkejut beruk dgn keberanian Sayfool... Sayfool kata alaa bila aku dah nak mampus nnt taubatla...

Tanpa Nama berkata...

bukan 50 orang tapi Utusan kata 50 juta orang turun.

Tanpa Nama berkata...

Pak Berahim tak ada dtg ke?

Aku teringin sgt nak tengok Pak Berahim dtg mengetuai bala Perkasanya utk menghalang rakyat yg cintakan keadilan supaya bersurai dgn segera...

Tapi sayang rupanya Pak Berahim hanya kuat kompang kat depan tv jea...

Tanpa Nama berkata...

Breheng Ali samseng tahi minyak atau samseng Kampung Dusun. Berani cakap dalam TV aje.

Unknown berkata...

Anonymous said...
bukan 50 orang tapi Utusan kata 50 juta orang turun.

hahah rakyat malaysia pun x sampai 50 juta..mana dtgnye tu?